Saturday, March 28, 2009

Had Tempoh Untuk Pemimpin 2

Sambungan….
Begitu juga jika dibandingkan di antara Sarawak dan Sabah, di mana Sabah merasai sistem pemerintahan berpenggal dan Sarawak pula telah diketuai oleh seorang pemimpin selama 28 tahun. Pernah saya bertanya warga Sabah yang menyatakan bahawa kebajikan mereka diabaikan kerana setiap pemimpin yang baru hanya ingin mengaut keuntungan dengan secepat-cepatnya sebelum masa mereka tamat. Di Sarawak pula dibawah satu pimpinan telah mengecapi pembangunan yang saya rasa amat membanggakan bagi sebuah negeri yang begitu luas. Rakyatnya hidup aman dan selamat, hinggakan kebersihan dan kesihatan rakyat pun mampu dijaga. Pehin Seri Abdul Taib Mahmud merupakan kuasa yang membolehkan kesemua ini terjadi. Rakyat hormat dan takut terhadapnya, namun rakyat sedar akan kebolehannya memimpin dan sedar akan betapa perlunya beliau dalam memimpin negeri Sarawak. Banyak juga aku dengar rakyat yang merungut, namun tahun demi tahun beliau masih mampu memenangi hati rakyat. Pemimpin yang memberikan segala kemudahan dan kebahagiaan kepada rakyat bukanlah seorang pemimpin yang baik, perkara seumpama itu hanya akan menjahanamkan sebuah pemerintahan walau sekukuh mana sekalipun pemerintahan tersebut. Pemimpin seperti Pehin Seri merupakan pemimpin yang mampu mencari keseimbangan dalam pemerintahan mereka. Tahu bila masa untuk memberi dan tahu bila masa untuk ambil.

Jika Tuanku Abdul Rahman merupakan Bapa Malaysia, Pehin Seri layak saya berikan gelaran Bapa Sarawak. Beliau merupakan yang terbaik dan tiada siapa layak menjadi penggantinya. Beliau membuatkan rakyat Sarawak bangga untuk jadi Orang Sarawak. Diharapkan pemerintahannya akan kekal berpanjangan. Insyallah..

1 comment:

  1. Ingin menjemput anda ke...http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm

    ReplyDelete