Thursday, December 25, 2008

Eda Cupcakes

Cupcakes.. Kuih moden yang menjadi trend terkini..

Dari blog Eda Cupcakes saya lihat ramai yang menggemari kuih ini dan usahawanita kita Puan NurAida mengambil peluang ini untuk menggunakan kemahiran yang dia ada dalam memulakan perniagaan menjual cupcakes.

Pada mulanya saya memang dapat rasakan bahawa penjualan cupcakes ini mempunyai potensi kerana rupanya yang menarik dan berwarna-warni. Selain daripada menjadi kuih ia boleh menjadi penghantar mesej atau seakan-akan sebuah kad untuk dihadiahkan kepada teman-teman atau ahli keluarga. Menjadi hadiah hantaran juga merupakan salah satu kegunaannya yang menjadi ikutan di masa sekarang. Cupcakes boleh menggantikan kek harijadi atau kek perkahwinan yang biasanya digunakan. Dengan harga yang lebih murah dan rupa yang lebih cute dan menarik, sudah tentu trend ini akan menjadi ikutan ramai.

Disamping potensi-potensi yang saya senaraikan di atas, yang paling mengejutkan saya ialah apabila saya merasa sendiri cupcakes buatan Puan Nur Aida. Saya ingatkan rasanya seperti kek-kek icing yang biasa, tapi setelah mencuba sendiri ternyata ianya bukan saja sedap dilihat tetapi juga sedap untuk dimakan. Saya biasanya agak cerewet dan sangat spesifik tentang mutu dan rasa makanan, namun Cupcakes Puan NurAida saya kategorikan sebagai sedap.

Untuk mereka yang ingin mencuba Cupcakes, saya syorkan Eda Cupcakes yang halal dan 100% buatan bumiputra. Keterangan untuk tempahan boleh didapati di blognya.

http://edacupcakes.blogspot.com/

Wednesday, December 24, 2008

Rasuah dalam Perniagaan 2

Sambungan....

Jadi apakah jalan penyelesaiannya bagi kita usahawan-usahawan Islam yang enggan memberi rasuah?

Persoalan yang pernah menjadi tanda tanya kepada saya, setelah puas saya bertanya, cari, baca dan kaji, saya dapati yang kurang pada mereka yang memberi dan menerima rasuah adalah perasaan tawakkal. Tawakkal yang membawa maksud:

“mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar kepada kekuatan-Nya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan-Nya pada waktu menghadapi kesukaran”.

Jika kita telah usaha dengan sebaik-baiknya maka seharusnya kita serahkan saja tugas seterusnya kepada Allah SWT. Biarlah Dia yang menentukan nasib kita.

Apabila kurang perasaan tawakkal ini, pada ketika itulah kita mula mencari ikhtiar sendiri untuk memudahkan kerja serta menyenangkan kehidupan kita. Kita mula memberi rasuah kerana kita percaya orang yang kita berikan rasuah itu adalah satu-satunya yang dapat membantu kita. Begitu juga dengan penerima rasuah, mereka percaya bahawa hanya dengan duit yang mereka terima itu, mereka mampu mencari nafkah lebih. Sedangkan yang memberi rezeki hanya yang satu iaitu Allah SWT.

Itulah kesedaran yang saya perolehi, kesedaran bahawa untuk bahagia, hidup senang, mewah, kita tidak perlu memberi rasuah atau meminta pertolongan dari mana-mana manusia di muka bumi ini, kerana untuk membuka pintu rezeki yang tertutup, kita hanya perlu ketuk pintu itu dengan doa dan amalan.

Tapi bagaimana pula jika bidang perniagaan anda memaksa anda mengamalkan rasuah? Persoalan yang juga pernah bermain di minda saya. Persoalan ini terjawab apabila saya lihat perjalanan hidup seorang teman saya yang juga usahawan yang enggan mengamalkan rasuah sedangkan syarikat-syarikat lain yang menjadi saingannya menggunakan taktik itu. Pada mulanya memang banyak projek-projek yang terlepas sehingga dia katakan bahawa mungkin bidang perniagaan ini bukan bidang untuk dirinya. Setelah beberapa bulan, dengan izin Allah SWT dia telah mendapat satu cawangan francais untuk sebuah stesen minyak. Sekarang dia masih lagi dengan perniagaan lamanya tanpa mengamalkan rasuah dan bahagia dengan pendapatan yang diperolehinya.

Disini boleh kita lihat bagaimana rezeki itu Allah SWT kurniakan dalam bentuk yang pelbagai. Terpulanglah kepada kita menilai dan mensyukuri nikmatnya. Mungkin dalam hati anda merasakan bahawa untuk memiliki stesen minyak adalah suatu perkara yang mustahil, namun sebenarnya ada banyak lagi perniagaan yang tidak memerlukan kita untuk memberi rasuah. Kita boleh melibatkan diri dalam bidang makanan, servis gunting rambut, cuci kereta dan sebagainya. Jika dilakukan dengan niat dan besertakan dengan tawakkal, Insyaallah ianya akan membuahkan hasil dan memberikan kebahagiaan.

Rasuah dalam perniagaan 1

Saya tertarik apabila terbaca isu dari blog Malaysia Complain yang menulis mengenai rasuah dan puncanya. Pada pendapat saya biasanya rasuah ini melibatkan wang dan apabila ianya melibatkan wang maka ia akan begitu hampir dengan urusan perniagaan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa rasuah telah menjadi budaya dalam masyarakat kita Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia tapi diseluruh dunia mengamalkan budaya ini.

Dalam perniagaan di Malaysia, beberapa tahun dahulu semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia perniagaan saya anggap rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ketika itu saya berpendapat rasuah ini boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek, memudahkan perjalanan projek, melancarkan pembayaran projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.

Sepanjang proses pembelajaran dalam dunia perniagaan ini juga saya telah lihat pelbagai badan dan organisasi yang mengamalkannya. Tidak kiralah kastam, polis, imigresen, lembaga lada, KWSP dan yang paling mengejutkan Lembaga Masjid dan Baitulmal. Mungkin mereka boleh berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/bantuan/hadiah/saguhati dan sebagainya. Namun "Niat tidak menghalalkan cara". Walaupun cara yang dilakukan betul tapi hendaklah disertai juga dengan niat yang betul. Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala apa yang kita lakukan. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul.

Nabi s.a.w bersabda:

“Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Setelah saya perhatikan pelbagai ragam usahawan-usahawan yang saya temui, barulah saya fahami bahawa walaupun mereka berpendapat bahawa kerja atau projek akan berjalan lancar dengan rasuah. Namun yang membezakannya dengan projek tanpa rasuah adalah BERKAT. Mungkin ramai yang tidak mempedulikan tentang berkat kerana berkat tidak nampak dan tidak berupa. Oleh itu ramai yang ambil tidak kisah. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini, saya nampak perbezaan berkat dan tidak berkat. Biasanya saya lihat projek-projek yang ada mangamalkan rasuah itu akan timbul pelbagai masalah. Barang tak sampai-sampai, pihak ni bermasalah, kemalangan ini dan itu, bayaran tersangkut sebab masalah teknikal dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke BPR juga, yang menyedihkan ialah ada diantara tupai-tupai yang hanya insaf sekejap saja dan kemudiannya balik keperangai asal dan dengan bangganya menceritakan kejayaannya terlepas dari tangan BPR. Mungkin boleh terlepas dari BPR tapi ingatlah janji yang Allah SWT kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Jadi apakah jalan penyelesaiannya bagi kita usahawan-usahawan Islam yang enggan memberi rasuah?

bersambung.....

Tuesday, December 23, 2008

Hutang dan Mati

Dalam perniagaan seseorang usahawan tidak akan terlepas dari mengambil hutang. Hutang disamping boleh membantu sesebuah perniagaan, ianya juga boleh mendatangkan kerunsingan, resah gelisah dan mengganggu kerohanian jika tidak dilunaskan. Berikut antara maklumat dan sedikit penjelasan berkenaan dengan hutang dan kematian yang saya perolehi. Diharap dapat menjadi panduan dan bekalan kita semua.

Islam amat mengambil berat tentang kesejahteraan penganut-penganutnya baik dari segi fizikal iaitu melalui penjagaan dan amalan hidup yang bersih dan sihat mengikut pandangan dan ajaran Islam, bahkan juga dari segi kesejahteraan mental dan jiwa seseorang itu pun diberi perhatian oleh ajaran Islam, supaya setiap orang Islam itu jangan sampai setiap masa dalam keadaan fikiran yang runsing, kusut dan resah-gelisah, sehingga mengganggu bukan sahaja ketenangan hidup bahkan ketenangan dan kekhusyukan beribadat khasnya dalam ibadat sembahyangnya.
Mengikut ajaran Islam di antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit runsing atau tekanan jiwa (stress) ialah akibat dari menanggung beban hutang yang banyak.


Perlu diambil perhatian bahawa walaupun perbuatan berhutang itu tidaklah ditegah sekeras-kerasnya oleh Islam, akan tetapi apabila sampai kepada sikap cuba lari dari hutang iaitu dengan pengertian lain tidak mahu membayar hutang, maka perbuatan itu adalah suatu perbuatan zalim menurut Islam sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi SAW, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.’’ Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.

Salah satu kesan yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan dan ahli-ahli waris tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).


Bahkan pernah berlaku satu peristiwa, di mana Rasulullah SAW pada mulanya tidak mahu menyembahyangkan jenazah seorang lelaki dari golongan Ansar apabila Baginda tahu bahawa lelaki itu masih ada berhutang dua dinar, lalu hutang lelaki itu dibayar oleh seorang sahabat bernama Fataadatal Ansari, maka barulah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyembahyangkan jenazahnya.

Di dalam satu kejadian lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah suatu hari telah duduk bersama para sahabat Baginda di tempat satu jenazah, maka Baginda mendongak atau mengangkat kepala Baginda ke langit kemudian meletakkan tapak tangan Baginda di atas dahi Baginda dan berkata: “Maha Suci Allah yang telah menurunkan suatu yang sangat dahsyat.’’
Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:

“(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.’’ (Riwayat Al-Imam Ahmad).

Demikianlah akibat buruk orang yang menanggung hutang yang sengaja lari dari tanggungjawab membayar dan menyelesaikan hutang-hutangnya. Oleh itu jangan sampai ada yang menganggap kalau tidak membayar hutang dan ia mati maka hutang-hutangnya itu tidak akan mengejar di akhirat nanti. Ingatlah apa jua bentuk hutang dan walau di mana-mana jua pun semuanya itu akan menjadi penghalang untuk memasuki Syurga Allah di akhirat nanti - Siapakah yang tidak mahu Syurga Allah, kecuali mereka yang sombong dan takbur dengan perintah dan larangan-larangan Allah Subhanahu Wataala.


Walaupun Islam tidak menghalang kita berhutang, tetapi adalah elok jika kita dapat mengelakkan diri dari berhutang, apatah lagi jika berhutang kepada pemberi hutang yang mengambil kesempatan. Perlu diingat, berhutang memanglah senang tetapi membayarnya sangatlah susah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada mengajarkan doa hutang yang dibaca pada waktu pagi dan waktu petang, doanya ialah memohon kepada Allah Subhanahu Wataala akan memberikan perlindungan daripada hutang, doa tersebut ialah yang bermaksud:
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan dan aku berlindung dari lemah dan tidak berdaya dan rasa malas dan aku berlindung dari sifat pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari tenggelam dalam hutang dan tekanan (kezaliman) orang.’’
Apa yang menyebabkan seseorang itu menanggung hutang yang banyak ialah disebabkan biasanya kerana tidak tahu mengurus pendapatan atau wang yang diperolehinya, terutama sikap berbelanja yang berlebihan dan ingin hidup bermewah-mewah dan bergaya.


Sebenarnya Islam telah mengajar kita dalam soal berbelanja dan cara mengurus pendapatan ini. Andainya kita menghayati ajaran-ajaran Islam, sudah pasti kita tidak terjebak dalam timbunan hutang yang membelenggu kehidupan kita. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Furqan ayat 67 yang tafsirannya:

“Dan juga mereka yang diredai Allah itu ialah yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara itu (boros dan bakhil).’’

Ayat tersebut mengajar cara mengurus pendapatan atau kewangan kita, iaitu bagaimana sewajarnya kita membelanjakannya antaranya iaitu tidak bersikap bakhil terutama untuk memberi nafkah ke atas tanggungan kita. Begitu juga jangan berbelanja dengan cara membazir sehingga mendedahkan diri kepada hutang yang banyak, ini juga mengakibatkan diri sentiasa dibelenggu kerisauan apatah lagi jika sampai diisytiharkan 'muflis' atau bankrap yang mendatangkan kehinaan diri di mata masyarakat.

Oleh itu sebagai seorang Islam biarlah kita hidup dengan sifat kanaah iaitu sifat hidup berpada dan bersederhana dalam memenuhi keperluan hidup seharian. Ukurlah baju di badan sendiri, ingatlah kekayaan sebenar seseorang itu bukan terletak pada hartanya akan tetapi adalah di dalam hidup yang bersifat kanaah iaitu yang bersederhanaan dalam hidup.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 26 - 27 yang tafsirannya:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.’’

Sunday, December 21, 2008

Kepentingan cara permakanan yang sihat

Cara permakanan yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Jika kita lihat pada masa sekarang makanan seperti serat serta sayur-sayuran semakin sukar untuk diperolehi di gerai-gerai. Ini kerana sayur dan buah mudah rosak atau layu dan ini membuatkan para pengusaha makanan kurang gemar untuk menyajikan makanan-makanan seumpama itu. Walaupun ada sebilangan yang menjualnya, namun harga yang dikenakan agak mahal sedikit dan ini secara automatik akan membuatkan pembeli lebih gemar memilih makanan seperti ayam, kerang atau nasi lemak.

Apabila ini berterusan, lama-kelamaan hidangan sayur dan makanan berserat akan berkurangan dan menjadi bertambah mahal. Ini secara langsung akan membuatkan kita sebagai pembeli mengamalkan gaya permakanan yang tidak sihat.

Penyelesaian adalah kesedaran dan sedikit usaha sendiri untuk mendapatkan makanan seimbang yang lebih berkhasiat. Belilah sayur-sayuran dan masaklah sendiri di rumah. Janganlah kita hanya mengambil langkah mudah dengan tidak memikirkan akibat dan komplikasi yang mungkin kita hadapi di masa akan datang. Kesihatan kita adalah rahmat terbesar yang Allah SWT berikan. Ingatlah kata pepatah "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Saturday, December 20, 2008

Remaja Islam kurang pendedahan agama

Pada masa sekarang pelbagai gejala sosial berlaku di kalangan remaja. Ini amat menyedihkan kerana dari jumlah keseluruhan ianya melibatkan banyak remaja-remaja Islam.

Kekurangan pendedahan tentang Islam dan tidak dibesarkan dalam cara hidup Islam merupakan punca utama tragedi ini. Jika perkara ini ditangani dengan lebih awal, banyak masalah yang dihadapi sekarang dapat di atasi. Kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dalam kes ini, rebungnya bukanlah golongan remaja tapi ibubapa atau penjaga kepada remaja tersebut.

Jika boleh ibubapa diberikan didikan, bantuan serta panduan yang sepatutnya. Kenalpasti masalah yang dihadapi dan cuba cari jalan penyelesaian. Ibubapa juga harus diajar bagaimana pendekatan yang harus di gunakan untuk mendidik golongan remaja tersebut. Pada usia remaja jiwa mereka lebih gemar untuk memberontak dan mencuba sesuatu yang baru. Jadi untuk membentuk mereka ini, pendekatan yang lebih lembut dengan memahami kehendak mereka harus digunakan.

Saya lihat apa yang kita lakukan sekarang hanya cuba menyelesaikan kesan masalah dan bukannya punca masalah yang sebenar. Saya yakin jika berjaya mendidik satu lapisan generasi ibubapa, kesannya dapat dirasai untuk beberapa generasi yang akan datang. Insyaallah.

Thursday, December 18, 2008

Hari ini tak bentuk kerajaan, Esok harga minyak turun juga

Bila saya lihat kejadian penurunan harga minyak, saya akan teringatkan debat diantara DSAI dengan Shabery. Memang melucukan bagaimana kerajaan yang dijanjikan oleh DSAI untuk dibentuk, tak juga menunjukkan bentuk tapi harga minyak tetap turun tanpa DSAI.

Langkah kerajaan kita untuk menaikkan harga minyak adalah wajar memandangkan harga minyak yang melambung tinggi ketika itu dipasaran. Jika harga minyak terus naik ketika itu dan kerajaan masih menanggung beban subsidi minyak, mungkin kekacauan ekonomi boleh berlaku. Kenaikan harga minyak hanyalah sebagai langkah selamat untuk menjamin kestabilan ekonomi negara. Jika beban yang berlebihan ditanggung, negara mungkin terpaksa akur kepada pihak-pihak yang sentiasa menunggu untuk mengambil kesempatan 'menolong' negara kita. Jika berlaku sedemikian rupa maka kemampuan kita untuk maju dan berkembang akan tersekat untuk beberapa tahun yang akan datang.

Jadi janganlah kita bertindak dengan terburu-buru hanya kerana harga minyak naik. Anggaplah kenaikan harga yang kita bayar itu adalah untuk membantu negara. Anggaplah juga harga dan pengorbanan yang kita bayar itu hanyalah amaun yang sangat kecil kalau dibandingkan dengan pejuang-pejuang negara pada masa lepas yang sanggup berkorban nyawa dan darah mereka demi negara.

Wednesday, December 17, 2008

ISLAM DAN PERNIAGAAN

Untuk renungan usahawan-usahawan Islam :
http://permai1.tripod.com/etika.html



Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna(ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan. `Tidak Kami abaikan sesuatu pun dalam Al-Kitab'


Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang.


`Dan tidak kami utuskan kamu( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam'


Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan `Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukum-hukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti.


Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan. Malah adalah suatu hakikat bahawa perkembangan dunia Melayu dan perniagaan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Sejarah bangsa Melayu telah mempamirkan satu hubungan yang begitu jelas antara keduanya. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalm bentuknya yang tersendiri pada awal abad 15 dengan tersebarnya agama Islam dan terbinanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dapat di kaji dalam dokumen-dokumen sejarah seperti Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang, Suma Oriental of Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa, Rihlah Ibn Batuta, Undang-Undang Laut Melaka dsbnya.


Falsafah Umum


Falsafah umum perniagaan yang menjadi asas kehidupan Muslim.


Falsafah ialah pegangan individu atau masyarakat mengenai ketuhanan, manusia, kebahagiaan dan persoalan-persoalan asas kehidupan. Falsafah ini akan menentukan sikap seseorang itu terhadap dirinya, orang lain dan kerjanya. Sikap ini akan memberikan kesan terhadap tindakan dan gelagatnya dalam mengendalikan kerjanya.

Tuesday, December 16, 2008

Buat duit dengan hanya duduk dirumah

Pada masa kini teknologi berkembang dengan pesatnya sehingga ada yang mampu untuk mencari nafkah dengan hanya duduk dirumah. Penggunaan teknologi dan maklumat yang boleh di akses tanpa had ini membuka peluang kepada laman-laman web untuk beroperasi sebagai kedai maya tanpa wujud sebarang premis fizikal. Ini menjimatkan tenaga dan kos yang besar. Jika dulu modal untuk membuka sebuah kedai bunga mungkin mencecah RM50 000 tapi sekarang sebuah kedai maya hanya akan memakan belanja RM10 000. Target pasaran yang dulunya hanya masyarakat setempat, kini menjangkau keseluruh dunia dengan adanya jaringan internet.

Kedai maya telah menjadi trend semenjak 3 ke 4 tahun lepas dan usahawan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam gelombang permodenan ini. Ada dikalangan mereka yang telah menjadi jutawan dengan hanya mengusahakan perniagaan maya.

Sebenarnya untuk membuka sebuah perniagaan maya tidaklah sesusah yang disangka. Kebanyakkan daripada kita hanya kekurangan pengetahuan mengenai cara-cara untuk memulakan perniagaan maya ini. Jika kita luangkan masa untuk membuat sedikit kaji selidik atau beli buku mengenai perniagaan maya ini, kita akan dapati bahawa ianya mempunyai potensi yang baik untuk maju.

Langkah pertama adalah niat, jika itu sudah ada maka lambat-laun ia pasti akan membuahkan hasil.

Friday, November 28, 2008

Projek Cari

Projek Cari di antara projek usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita. Projek tersebut adalah pada asasnya satu usaha yang murni untuk mengubah nasib rakyat dan seterusnya berniat memajukan lagi negara Malaysia.

Namun kemanakah arah tujuan projek ini yang hanya berjalan dalam tempoh 6 bulan sahaja?

Projek yang merupakan usahasama ahli parlimen, ADUN dan jabatan kebajikan ini, menugaskan pihak ADUN sebagai medium pencari dan kemudiannya menyerahkan permohonan kepada jabatan kebajikan masyarakat untuk menyiasat kes-kes tersebut.

Ini kemudiannya akan mendatangkan masalah apabila permohonan datang tanpa henti dan tanpa tapisan awal dari pihak ADUN demi menjaga hati pengundi. Projek cari hanya mensasarkan beberapa kumpulan masyarakat, dengan bantuan tertentu dan mengikut syarat-syarat tertentu sahaja. Apabila tidak ingin mengecewakan hati pihak pemohon pihak ADUN akan menerima sahaja permohonan tersebut dan ini akan menyukarkan kedudukan pihak jabatan kebajikan masyarakat untuk menyiasat kes yang terlalu banyak dalam jangka masa yang singkat. Tambahan pula tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi. Apabila ini berlaku, kesannya adalah pemohon yang benar-benar layak dan memerlukan bantuan akan lambat menerima bantuan mereka.

Pihak ADUN yang terlibat seharusnya memainkan peranan mereka dengan memberitahu pihak pemohon tentang mekanisme dan tujuan sebenar projek cari ini. Janganlah sekadar melepas batuk ditangga dengan hanya sebagai tempat pemberian borang sahaja. Ini kerana projek ini boleh membantu mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan.

Oleh itu, janganlah kita melambat-lambatkan dan menghampakan harapan mereka. Mungkin dengan keprihatinan yang lebih dari kita, kita dapat membantu mereka untuk mendapatkan sesuap nasi.

Monday, November 24, 2008

Tip Membeli-Belah Dalam Talian (on-line shopping)

Haaa…aku pasti ramai yang pernah buat on-line shopping ni kan? Salah satu talian web yang sangat popular untuk membeli belah begini adalah tak lain dan tak bukan iaitu E-bay. Ramai yang tertarik untuk membuat pembelian menerusi laman sebegini memandangkan harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga asal (dengan adanya tawar-menawar). Tetapi sebelum anda leka dengan membeli-belah menerusi talian web begini, pernahkah anda memikirkan sejauh manakah anda dilindungi? Dari segi keaslian sesuatu barang tersebut, kaedah bayaran yang paling selamat juga menguntungkan, dan juga kepuasan diri anda tika membuat pembelian on-line ini? Jadi ingin aku kongsi bersama sedikit-sebanyak tip-tip yang aku dapat kala membaca suratkhabar Berita Harian tempoh hari mengenai tip membeli-belah dalam talian ini. Diharapkan ianya turut dapat membantu anda:

(1) PC Mestilah Dilindungi

Sebelum memasuki talian pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisisian keselamatan Internet yang dikemaskini untuk melindungi daripada perisian pengintip (spyware), virus, cecacing (worms) dan lain-lain ancaman.

(2) Jangan Abaikan Tabiat Baik Membeli-Belah

Disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh melupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli.

(3) Buat Carian Penilaian

Ingatkan diri anda untuk sentiasa membuat carian penilaian ynag pernah dibuat oleh orang lain yang pernah membeli barang daripada syarikat/pihak tersebut. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat/pihak tersebut.

(4) Lakukan Transaksi Pada Laman Web Yang Selamat

Transaksi wang patut dilakukan hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat pembelian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

(5) Bayar Gunakan Kad Kredit

Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk transaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.

(6) Cetak Resit Atau Helaian Pengesahan Pembelian

Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian! Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

(sumber: Berita Harian, 14 November 2008)

Monday, November 17, 2008

Kekayaan dan Keimanan

Di petik dari:

http://www.usahawan.org/index.php?env=-innews/detail:m27-1-1-3:l0-0-0:n14-0-0:bb0-0-1-1-1-0

Dunia perniagaan dalam apa bidang sekalipun akan menghidangkan kepada kita seribu macam ujian? Ada kalanya ujian itu datang boleh dielak tapi adakalanya tidak boleh dielakkan lagi, namun ada juga yang sengaja mahu mencuba-cuba dan akhirnya tidak mampu dan kalah. Maka di sinilah pentingnya peringatan dari saudara kita yang lain dan kami sangat mengharapkan agar laman usahawan ini juga dapat memainkan peranan yang sangat mulia ini.

Kali ini saya cuba mengutip beberapa kalimat yang disusun oleh Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya Daurul Qiyam wal Akhlaq fil Iqtisyodil Islami (Peranan Nilai dan Moral dalam Perekonomian Islam - terbitan Robbani Press, Jakarta). “Kelemahan paling dasar yang dilakukan oleh para pengusaha ialah melupakan diri dengan kebiasaan hidup seharian dengan kebendaan, angka-angka dan pendapatan. Akibatnya para pengusaha semakin jauh dari mengingati keagungan dan kebesaran Allah bahkan ada yang sudah begitu jauh hingga dalam hatinya tidak ada lagi kehidupan akhirat, halal haram, pahala dan syurga, seksa dan neraka.”

Para pengusaha sekalian, Apakah persediaan kita untuk ke akhirat? Imam Al Ghazali ada menulis dalam Ihya’ di bab yang kelima, apa katanya;

“Tidak sepatutnya bagi seorang pengusaha disibukkan oleh mata pencariannya dari akhiratnya, sehingga umurnya akan sia-sia dan perniagaannya akan rugi. Bahkan akan hilang keuntungan akhiratnya dan tidak dapat ditebus dengan apa yang ia peroleh di dunia kerana dia telah menjual kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Tetapi orang yang waras akan menyayangi dirinya, iaitu yang memelihara modalnya. Modalnya adalah agamanya dan keselamatannya dalam agama. Sebahagian ulama salaf berkata, “ Sesuatu yang paling utama bagi seseorang yang berakal adalah apa-apa yang yang paling diperlukannya dalam kehidupan ini. Sedangkan sesuatu yang paling diperlukannya dalam kehidupan dunia adalah sesuatu yang paling terpuji akibatnya dalam kehidupan akhirat.`

Inilah gambaran hidup seorang pengusaha biasa bagi seorang ulama’ mu’tabar. Pengusaha yang berjaya pada pandangan kita biasanya diukur dari nilai benda yang terlihat dengan mata tapi berbeza dengan Imam alGhazali dan orang mukmin yang lain. Dari sinilah timbulnya percaya diri,ikhlas,taat,komitmen,jihad,pengorbanan dan lain-lain yang diasaskan dari penilaian tadi. Abu Bakar, Usman, Abd Rahman bin Auf dan sahabat lain sukses kerana yakin dengan janji Allah di akhirat nanti sehingga apa saja yang diminta oleh Allah dan Rasul, tidak pernah mereka katakan “NO” tapi terus dengan “YES” dan mengalirlah harta benda mereka demi Allah dan Rasul. Inilah kehidupan contoh selamanya buat kita para pengusaha Muslim yang tidak akan terpisah walau sesaat dari aturan Islam yang syumul dan iman haqiqi yang mendominasi kehidupan kita.

Kata White Rabbit:

Dapat kita baca disini betapa pentingnya mengingati akhirat dalam kesibukan dunia keusahawanan yang kita jalani. Saya lihat teman-teman seperjuangan saya kebanyakkannya tumpas dalam ujian-ujian yang diberi oleh Allah SWT di dunia keusahawanan ini.

Ketika mereka dilanda kesusahan, kekurangan wang dan kesempitan hidup, mereka selalu mengingati Allah SWT, bersembahyang dan berdoa. Ketika itu hubungan kekeluargaan yang mereka ada diantara suami isteri dan anak-anak cukup akrab dan rapat sekali. Apabila dicurahkan dan dibentangkan Allah SWT dengan kemewahan serta perniagaan yang baik, amalan dan sembahyang mula ditinggalkan. Suami isteri sering bergaduh sehingga dua daripada teman saya ini dalam usia yang begitu muda bercerai. Kasih sayang entah ke mana? Anak entah apakah nasibnya?

Jadi baiklah kita sesama muslim ini ingat mengingati, sebenarnya ujian kemiskinan itu bukanlah ujian yang sukar dan ramai yang boleh bangkit darinya. Ujian yang sebanar-benarnya menguji keimanan kita dan yang paling menggerunkan adalah ujian kemewahan dan ujian kuasa. Itulah saat dan waktunya kita menghadapi cabaran-cabaran seperti rasuah, arak, perempuan, dadah dan bermacam lagi. Oleh itu apabila kita diberikan Allah SWT dengan kemewahan dunia ini, cepat-cepatlah kita bersyukur dan sentiasa mengingatiNya supaya kita tidak terpesong dan lalai sehingga tersesat.

Kini saya lebih peka dengan permasalahan ini kerana melihat dengan mata sendiri kejadian yang menimpa teman-teman saya. Rumahtangga yang dulunya bahagia dengan ketiadaan wang tapi sekarang porak peranda ketika memiliki kesemua yang mereka ingini. Analisa saya mungkin dengan adanya wang mereka mula melupakan Allah SWT, lupa berterima kasih padaNya dan lupa berdoa. Mungkin mereka rasa apa yang mereka rasai dan nikmati adalah hasil titik peluh mereka semata-mata. Mungkin Allah SWT ingin menyedarkan mereka namun mereka masih tidak nampak. Teman-teman saya semakin galak merosakkan diri mereka dengan melakukan kerja-kerja yang terlarang. Perniagaan mereka semakin banyak menghasilkan duit. Namun mereka semakin jauh tersesat melayan perasaan kecewa dengan kehidupan dunia yang sementara sedangkan kehidupan akhiratlah yang kekal. Doa saya agar mereka balik ke jalan yang diredhai sebelum semuanya terlambat.

Kesimpulannya ini membuktikan kekayaan bukanlah segalanya dan kemewahan jika tidak disertakan dengan keimanan boleh menjadi ujian Allah SWT yang paling mencabar untuk manusia.

Monday, October 27, 2008

Bahasa Malaysia Jiwa Bangsa Malaysia

Kerajaan Pulau Pinang langgar semangat Perlembagaan

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara.

Baca lagi

Pewaris Melayu kata:

Wahai rakyat Malaysia, lihatlah contoh yang ada didepan mata kita sekarang. Yang mana racun dan yang mana madu. Cukuplah jika anda sudah tersilap mengundi pada PRU12 yang lalu, marilah kita bersama-sama menolak Pakatan Rakyat yang jelas amat menentang semangat Perlembagaan yang sudah terpahat sekian lama sejak 50tahun yang lepas. Penulis amat geram sekali tindak tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang ingin meng"singapura"kan Pulau Pinang.

Ayuh orang-orang Melayu sekalian, kita bersatu. Lupakanlah perbezaan politik. Buanglah semangat assobiah dalam diri anda, adakah anda mahu sejarah Singapura terjadi kepada Pulau Pinang?

Kata White Rabbit:

Bahasa Jiwa Bangsa. Isu yang sering dipertikaikan selama ini. Papan tanda bahasa Cina, pengajaran di sekolah dalam bahasa Inggerris dan macam-macam lagi suara tidak puas hati masyarakat Malaysia mengenai perihal bahasa kebangsaan kita.

Isu ini merupakan salah satu senjata untuk golongan yang tidak bertanggungjawab menghuru-harakan keharmonian negara kita. Ianya bukanlah sesuatu yang baru kerana ia sering digunakan berulang kali semasa pilihanraya untuk memancing undi yang secara langsungnya mewujudkan ketegangan antara kaum serta bangsa-bangsa di Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa bersama dan dengan penggunaan satu bahasa sebagai bahasa rasmi, menunjukkan kekuatan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia. Membuktikan bahawa walaupun berbilang bangsa dan bahasa yang berbeza, kita masih mampu hidup aman. Usahlah dipertikaikan lagi mengenai bahasa atau perbezaan yang kita miliki kerana ianya akan mencetuskan perbalahan yang sememangnya tidak diperlukan oleh negara ketika ini. Kita harus kejar Jepun, kita harus ikut Korea, dan contohi China.

Kita rakyat negara Malaysia bukan rakyat negara Melayu dan bahasa kita bahasa bangsa Malaysia dan bukan bahasa bangsa Melayu. Jadi sedarlah bahawa perkara yang harus kita fikirkan sekarang adalah mengenai ekonomi dan bukannya perkara yang telah berpuluh-puluh tahun tiada penyelesaian dan sering diungkit-ungkit.

Untuk bacaan tambahan mengenai bahasa saya cadangkan link ini:

http://www.geocities.com/uthayasb2001/bahaza.htm

Thursday, October 23, 2008

Keberkesanan dan Impak Program Latihan Khidmat Negara

Semalam saya pergi berjumpa dengan timbalan pengarah kementerian pertahanan bahagian Kuching dan kami bincang mengenai keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara. Di antara perkara yang menjadi perbincangan adalah berapa lamakah impak program tersebut terhadap para peserta. Program tersebut dijalankan selama 3 bulan dan ianya adalah berdasarkan modul multi disiplin iaitu:

Modul Fizikal
Modul Kenegaraan
Modul Pembinaan Karekter
Modul Khidmat Komuniti

Berdasarkan modul-modul tersebut objektif yang hendak dicapai adalah patriotisme, perpaduan kaum, karekter yang baik dan semangat kesukarelaan.

Dalam pemerhatian saya jika program hanya dijalankan 3 bulan, kesan program hanya dapat dirasai selama maksimum 6 bulan. Ini kerana selepas tamat program para peserta akan kembali kepada persekitaran lama dan mengamalkan kembali aktiviti-aktiviti lama. Impak program yang lebih lama perlu diperolehi kerana objektif program adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dan perpaduan di antara kaum. Ini adalah sesuatu yang perlu ada dalam hati setiap masyarakat Malaysia bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara.

Di samping itu, para peserta yang berumur 18 tahun agak sukar untuk menerima perubahan kerana kebiasaannya pada ketika umur tersebut remaja akan lebih gemar memberontak dan melakukan perkara yang sebaliknya.

Cadangan saya adalah, jika boleh program ini dijalankan lebih awal serta mensasarkan golongan yang lebih muda. Kalau boleh ia dibuat seperti "summer camp" yang dilakukan setiap tahun dan ianya boleh dilakukan pada cuti sekolah hujung tahun. Konsepnya lebih kepada percutian sambil belajar untuk mengurangkan tekanan kepada para peserta. Walaupun tempoh programnya singkat namun ianya dibuat berterusan dari umur 10 tahun ke umur 18 tahun. Ini akan memberikan kesan yang kekal dan berpanjangan kepada para peserta. Bagi menangani masalah kekurangan para pengajar serta bagi memantau para peserta, penglibatan pihak guru sekolah dapat membantu dalam hal ini. Dengan sistem pendidikan yang ada sekarang, pada hujung tahun golongan pelajar dan guru bercuti panjang tanpa apa-apa aktiviti yang membina. Padahal ketika umur inilah para pelajar lebih mudah menerima apa yang diajarkan kepada mereka. Jadi ini merupakan tempoh kritikal yang perlu diisi dengan sebaik-baiknya. Jika dibiarkan pelajar berkeliaran dan melakukan aktiviti tanpa pemantauan, pada ketika inilah pelajar akan dipengaruhi oleh dadah, rokok, minuman keras dan aktiviti yang tidak bermoral.

Selain daripada itu, modul-modul tambahan boleh diserapkan ke dalam program. Di antaranya modul perniagaan yang mengajar para peserta agar lebih peka mengenai wang dan cara mengendalikannya. Ini kerana kebanyakkan tekanan yang dihadapi pada masa sekarang adalah kerana ketiadaan wang. Tanpa wang dan tanpa pengetahuan mengenainya, masyarakat kita biasanya akan mengambil jalan singkat untuk memperolehi kemewahan. Dengan adanya pengetahuan ini dari awal lagi, gejala rompakan, rasuah, skim cepat kaya, bunuh diri dan sebagainya dapat dielakkan. Kita akan menyelesaikan masalah dari rebungnya dan bukannya buluh yang sukar hendak dilentur. Pengangguran juga dapat dikurangkan kerana modul seumpama ini akan melahirkan para peserta yang lebih kreatif dan berinisiatif tinggi.

Modul IT juga boleh diserapkan ke dalam program kerana kepentingan pengetahuan teknologi pada ketika ini tidak dapat dinafikan. Pendedahan awal golongan para peserta dalam pengetahuan teknologi dan perkomputeran akan memberikan kelebihan kepada mereka dalam menangani dunia informasi kini.

Saya amat menyokong program latihan khidmat negara ini kerana ianya mempunyai potensi untuk berkembang dan mampu memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat dan negara Malaysia. Saya yakin program ini berkemampuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sebenar-benarnya cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyaallah.

Monday, October 20, 2008

Tun Mahathir vs Pak Lah

Isu mengenai Tun mempengaruhi pemilihan pemimpin UMNO merupakan satu perkara yang saya anggap serius. Pak Lah kelihatan agak marah apabila Tun seakan-akan cuba untuk mencadangkan beberapa orang pemimpin untuk pencalonan kepimpinan UMNO. Baginya Tun telah menimbulkan pergolakkan dan mengganggu perpaduan dalaman UMNO.

Walaupun Tun telah bersara namun pengaruhnya kepada umum masih kuat dan idea-ideanya masih boleh diguna pakai untuk melancarkan lagi sistem pentadbiran serta perkembangan ekonomi negara. Walaupun begitu apabila Tun terlalu mengkritik dan terlalu spesifik ketika menyuarakan pendapat serta luahan hatinya, ianya menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli UMNO dan rakyat. Ini jika berlaku secara keterlaluan akan menyebabkan perpecahan dikalangan UMNO serta seterusnya menjejaskan perpaduan.

Pada pendapat saya, Tun seharusnya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pendapat dan mengutamakan perpaduan serta kesejahteraan bangsa apabila membuat kritikan. Walaupun niatnya baik namun caranya kalau boleh diperhalusi. Saya sering mengikuti blog Tun kerana penulisan secara terus dari seorang negarawan amat menarik minat saya. Mengetahui cara pemikiran serta membaca sendiri pengalaman yang ditulis olehnya adalah sesuatu yang tidak ternilai bagi seorang rakyat Malaysia seperti saya. Bagi saya tanpa blog tersebut Tun hanya dapat dilihat dan didengar melalui television dan dibaca di akhbar-akhbar. Dengan adanya blog tersebut, Tun boleh secara langsung mempengaruhi dan berinteraksi dengan seluruh rakyat Malaysia. Pada mulanya penulisan Tun lebih kepada informasi dan kritikan sindiran, namun kebelakangan ini Tun membawa pendekatan yang lebih direct dan lantang. Mungkin baginya keadaan politik UMNO sekarang amat genting dan masa untuk memulihkannya agak singkat, namun janganlah sehingga penulisannya boleh memecah-belahkan perpaduan.

Tun merupakan seorang negarawan yang saya sangat hormati tapi setiap manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Apabila ini berlaku adalah tanggungjawab kita sesama manusia untuk menegur. Pak Lah pula sepatutnya sejak dari dulu lagi mengambil berat mengenai kritikan-kritikan serta teguran-teguran yang telah Tun berikan. Walaupun tidak semestinya menerimanya bulat-bulat tapi sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berkaitan dapat dibincangkan dan dibawa bermesyuarat. Jika ini dapat dilakukan dahulu, banyak isu-isu yang tidak sepatutnya timbul dapat dielakkan. Namun sekarang semuanya sudah terlambat dan kesannya dirasai rakyat. Biarlah kita fokus kepada permasalahan yang ada dan elakkan perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Seperti yang saya katakan, manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keberanian untuk mengaku bahawa kita telah silap adalah sesuatu yang saya hormati dan kagumi. Kini Pak Lah sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan dan tindakannya untuk tidak bertanding jawatan presiden UMNO adalah pengakuannya. Kita harus berterima kasih kerana tindakannya secara langsung bertujuan untuk menjamin perpaduan UMNO dan seterusnya kesejahteraan negara. Walaupun dia boleh menyandang jawatan presiden untuk jangka masa yang lebih lama, namun tindakannya membuktikan bahawa dia lebih mementingkan perpaduan negara.

Rakyat Malaysia harus sedar akan kepentingan perpaduan ketika ini. Perpaduan akan menjamin kemakmuran yang kekal serta perkembangan dan kekuatan ekonomi kita pulih seperti sediakala.

Sunday, October 19, 2008

Erti sebuah perkahwinan

Saya ada seorang kenalan yang menjalankan perniagaan namun sekarang perniagaannya agak perlahan. Jadi akibatnya keharmonian rumahtangganya terganggu. Isterinya asyik memarahinya dan minta duit itu ini untuk membeli barang keperluan rumah dan macam-macam lagi. Dia pula dah berhutang keliling pinggang disebabkan menampung perbelanjaan anak belajar dan sebagainya. Sedangkan katanya isterinya juga berkerja dan mempunyai pendapatan yang lebih daripada cukup untuk menampung belanja rumah. Bagi usahawan-usahawan yang mempunyai masalah yang sedemikian nasihat saya bersabarlah dan anggaplah semuanya adalah dugaan dari Allah swt. Mungkin Allah swt ingin menguji sejauh manakah kekuatan perhubungan perkahwinan yang kita miliki. Mungkin juga Allah swt hendak menunjukkan sesuatu yang mungkin kita tak dapat lihat jika kita hidup mewah.
Jika perkahwinan kita ditimpa masalah dan musibah, baliklah dan ingatlah kepada Allah swt. Mungkin dalam kemewahan dan kebahagiaan kita leka padaNya. Insyaallah.

Dalam mencari penyelesaian masalah dan erti perkahwinan saya terjumpa artikel ini. Bagi mereka yang hilang erti perkahwinan, hayatilah:

ERTI PERKAHWINAN...

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidakbergula. Syurga rumahtangga itu fitrah hati. Naluri semulajadi yang pinta diisi. Kerananya jejaka rela menjadi suami....Kerananya perawan rela menjadi isteri.. Masing-masing dengan harapan agar rumahtangga membawa kebahagiaan. Matlamat yang satu tapi jalannya berliku. Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza. Lalu bermacamlah jalan ke sana.

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta. Diukir dari intan permata (Wah , suamiku seorang jutawan) Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celebrity) Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa. Dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan) Pelbagai jalan menimbulkan dilema. Mencari yang benar mempelai tersasar.

Kalaulah bahagia itu pada harta.
Kalaulah bahagia itu pada nama.
Kalaulah bahagia itu pada rupa.
Kalaulah bahagia itu pada kuasa.
Kenapa Charles dan Diana berpisah,
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah,
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati.
Kesannya zahir rupanya maknawi.
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada HATI.
Bertakhta di kerajaan diri.
Bahagia itu pada JIWA.
Mahkota di singgahsana rasa.
Bahagia itu KESABARAN.
Bila susah tak gelisah.
Bila miskin tak pemarah.
Bila gagal tidak resah.

Oh, suamiku,inalillah....
Hakikatnya bahagia itu ketenangan bila hati mengingati tuhan.

Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman. Tuluskan niat luruskan matlamat.
'Suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'Isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad, sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinan pun terserlah. Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan. Iman itu tujuan, Syariat itu jalan tempat merujuk segala permasalahan...tempat mencari semua penyelesaian- isteriku, taatilah hukum Allah....- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w.

Binalah hidup di neraca maaruf. Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat.........Indahnya oleh munajat. Tapaknya iman.......Jalannya syariat.......Natijahnya.....akhlak.

Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah . Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...

Wednesday, October 15, 2008

Minyak dan Bangsaku

Post dari http://anakmalaysia81.blogspot.com/
Anak Malaysia:
1. Peningkatan asal 78 Sen

2. Jumlah Penurunan = 15 Sen (23 Ogos) + 10 Sen (24 Sept) + 15 Sen (15 Oct).

3. Rebat RM625.00 setahun

Diantara komen post ini:

Che Eduardo said...
Jika ada orang kata mereka masih rugi, ia adalah cerita tahyul.. Yang ruginya kerajaan..Che
October 14, 2008 8:26 PM

kulatlapok said...
salam Bro:Turun, turun jagan tak turun..... jadi terbukti teori DSAI ada kebenarannya.. (bukan berpandukan harga minyak dunia)... mengapa Menteri Penerangan yg berani berdialog itu menafikannya dengan bersungguh2 mempertahankan bahawa harga minyak mustahil turun malah akan tetap naik..?? Inilah bahan politik yag disajikan untuk rakyat yg lain untuk menunujukan bahawa beliau lah ahli UMNO yg paling berani berdepan dengan DSAI.. Wallahualam.
October 14, 2008 9:24 PM

kulatlapok said...
salam sejahtera che edurdo..saya terlupa baca post komen sdr..Mestikah kerajaan rugi.?? Dimana sebenarnya terletak KERUGIAN ITU..?? Maaf sekadar bertanya.. sebab saya tidak pandai ekonomi dan bersekolah setakat dua tingkat sahaja....
October 14, 2008 9:28 PM

Kata White Rabbit:

Hari ini harga minyak kita turun lagi, namun ada juga yang masih tak puas hati. Mengapa bangsaku oh mengapa? Kalau kita lihat dengan mata kasar sahaja sekalipun tanpa pengetahuan yang tinggi mengenai ekonomi, boleh kita lihat betapa untungnya kita. Setelah harga minyak turun hampir sama dengan harga lama, kita disediakan lagi dengan rebat tunai RM600. Jika kita berjimat menggunakan minyak, duit RM600 itu merupakan bonus tambahan untuk kita. Tambahan lagi kita tak perlupun menyimpan resit untuk bukti pembelian minyak. Ini sahaja sudah menunjukkan keikhlasan pihak kerajaan untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan minyak rakyat. Dalam kemelesetan ekonomi negara kita masih memikirkan kesusahan rakyat. Tidak bertuahkah kita ini?

Mungkin kerana jahil dan tidak ingin melihat kebaikan, masih ada mereka yang buta. Bagi orang-orang seperti ini walaupun Perdana Menteri kita sendiri yang datang menjenguk ke rumahnya menghantar jongkong emas sekalipun, masih juga akan ditentangnya habis-habisan pihak kerajaan. Aku harap bagi mereka yang seumpama ini, sedarlah bahawa negara kita tak perlukan mereka. Kita ingin membangun, untuk itu kita harus bersatu di bawah satu rumpun. Tanpa perpaduan, bangsa kita dan negara kita hanya akan bergerak dalam satu bulatan yang tiada penghujungnya, bulatan yang sia-sia.

Tuesday, October 14, 2008

Doakan DS Najib boleh!!!

Persoalan demi persoalan timbul dalam hati kita mengenai arah tujuan dan nasib politik negara. Dulu selepas Tun M turun timbul persoalan mampukah Pak Lah memimpin kita? Bila dilanda masalah dengan kepimpinan Pak Lah, persoalan bila Pak Lah nak turun pulak? Sekarang Pak Lah cakap nak turun, timbul pulak persoalan mampukah DS Najib memimpin kita? Persoalan demi persoalan tapi hujungnya balik ke persoalan lama.

Dalam keadaan politik negara yang kacau bilau ini, pada pendapat saya DS Najiblah orang yang paling layak dan paling sesuai memerintah negara. Perwatakan yang taat setia tetapi tegas dan matanya yang penuh dengan idea boleh mengembalikan suasana keharmonian dalam negara kita. Kita harus sedar bahawa kita perlukan pemimpin yang berkaliber untuk memajukan negara serta bersiap sedia bagi menyambut kedatangan 2020. Wawasan yang telah menjadi sasaran utama masyarakat Malaysia dan adalah amat memalukan jika kita gagal mencapainya.

Saya harap DS Najib tidak mensia-siakan peluang ini dan diharap beliau dapat memberikan serta mencerminkan kepimpinan yang baik. Sememangnya tiada kepimpinan yang sempurna, tapi biarlah jangan melampau kerana segala tindak-tanduk, percakapan serta keputusan yang dibuat akan di awasi oleh berjuta-juta rakyat Malaysia. Jika imej yang ditunjukkan baik maka usaha sesetengah pihak untuk memporak perandakan negara pun tak akan berhasil.

Demi keharmonian dan kegemilangan masyarakat Malaysia aku doakan DS Najib Boleh!!!

Monday, October 13, 2008

Negatif vs Positif vs Neutral

Hari ini saya baca satu artikel dalam Borneo Post. Ianya membicarakan mengenai jenis pemikiran yang sepatutnya ada pada kita. Pemikiran negatif sudah semestinya satu pemikiran yang sepatutnya dihindarkan dan dielak kerana ianya bukan hanya memenatkan mental malah mempengaruhi kecerdasan dan kemampuan fizikal kita.

Jadi biasanya kita akan memilih untuk berfikiran positif kerana itu yang selalunya disyorkan kepada kita. Tanpa kita ketahui bahawa terdapat satu lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran neutral.

Pemikiran positif sememangnya baik kerana ianya membuatkan kita rasa gembira dan lega. Tapi dengan hanya berfikiran positif kita jarang dapat menyelesaikan masalah serta situasi-situasi sukar yang kita hadapi.

Jadi wujudnya pemikiran neutral dapat membantu kita mengawal emosi serta menyelesaikan masalah yang ada. Pemikiran neutral di praktikkan dengan sentiasa bertanyakan soalan kepada diri kita mengenai perkara-perkara yang kita hadapi. Dengan soalan-soalan ini, kita mampu mencerminkan situasi yang kita hadapi dan mampu melihatnya dengan jelas. Apabila masalah dapat dilihat dengan jelas, kita akan mempunyai lebih banyak alternatif kepada cara untuk menyelesaikannya. Oleh itu jangan fikir positif, fikir neutral.

Sunday, October 12, 2008

Terima Kasih Pak Lah

Sejak pengumuman Pak Lah, macam-macam pendapat dan persoalan yang saya dengar. Bagi saya walaupun semasa pemerintahannya banyak timbul isu-isu yang tidak disenangi, saya lihat kebaikan yang diberinya di saat akhir pemerintahannya ini. Pak Lah telah memberikan rakyat Malaysia erti 'kesedaran'.

1. Sedar bahawa kita harus bersatu-ketika pemerintahannya berlaku krisis perpaduan UMNO dan BN, isu hak keistimewaan Melayu dipertikaikan, pihak pembangkang menunjukkan belang dan macam-macam lagi.

2. Sedar bahawa kita harus peka-isu korupsi dan rasuah yang dilakukan banyak terbongkar. Kegiatan ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya dan dibiarkan menjadi amalan masyarakat kita. Ia telah merosakkan kesucian sistem pelembagaan kita dan merupakan penghalang kepada pembangunan negara.

3. Sedar bahawa kita harus lebih berusaha-semasa pemerintahan Pak Lah berlaku krisis minyak dan harga barang naik melambung. Kesannya dirasai teruk oleh mereka yang makan gaji tapi impaknya tidak berapa dirasai oleh golongan peniaga dan mereka yang berkerja sendiri. Ini membangkitkan serba sedikit semangat masyarakat kita untuk berusaha dengan lebih kuat.

Wednesday, September 24, 2008

Rokok Seribu Satu Kesan

Hari ini saya pergi menjenguk ke kedai peralatan sukan saya untuk membuat beberapa rak untuk beg-beg. Di sana saya ada seorang pekerja bernama Man berusia 18 tahun yang ditugaskan untuk menjaga kedai. Semasa bekerja saya perhatikan setiap selang 10 minit si Man akan menyalakan sebatang rokok. Sungguh ketagih saya lihat Si Man dengan rokoknya. Ingin juga saya menegurnya tapi bukan hak saya untuk berbuat demikian.

Apabila melihat Si Man saya teringat sebuah kisah yang pernah diceritakan kepada saya ketika saya belasan tahun dulu. Ceritanya berbunyi begini, 50 tahun dahulu ada dua orang belia iaitu belia A dan belia B. Mereka bekerja sebagai penurap jalan, ketika itu seingat saya gaji mereka hanya 20 ke 30 ringgit sahaja sebulan. Dari segi pengalaman kerja dan kemahiran belia B jauh lebih handal dari belia A. Belia B juga punyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama dan selalu dijemput ke majlis-majlis kenduri untuk membaca doa. Namun mereka berkawan baik, tolong-menolong dan sentiasa nasihat-menasihati.

Walaupun handal dalam banyak perkara, belia B mempunyai tabiat merokok yang teruk. Sekali-sekala ada juga ditegur oleh belia A tentang tabiat tersebut. Bagaimana rokok membahayakan kesihatan dan membazirkan wang. Namun belia B hanya memekakkan telinga.

Satu hari belia A mengajak belia B untuk pergi meluaskan sebuah kawasan paya untuk memohon geran tanah dari jabatan tanah dan ukur. Ketika itu bayaran pemohonan hanya beberapa ringgit sahaja. Namun kerana tidak cukup wang untuk membeli rokok belia B menolak ajakan tersebut dan mangatakan bahawa tanah paya tersebut tidak berpotensi untuk maju dan usaha belia A hanya sia-sia. Tanpa mengendahkan belia B, belia A terus dengan niatnya meluaskan kawasan paya tersebut.

Setelah 30 tahun berlalu, belia A dan belia B pun telah berumur dan pencen. Mereka bertukar-tukar tempat kerja namun berjumpa semula di sebuah kenduri. Ketika itu belia A sudah hidup dengan mewah dan belia B masih hidup sederhana. Belia A menerangkan bahawa tanah yang telah diluaskannya 30 tahun dahulu telah menjadi kawasan kilang yang pesat membangun. Tanah miliknya telah disewa oleh sebuah syarikat pengeluar baja yang besar dan setiap bulan dia memperolehi hasil yang lumayan daripada sewaan tersebut. Belia A menerangkan kepada belia B, kalaulah dia korbankan duit rokoknya 30 tahun dahulu mungkin sekarang belia B dah boleh ditimbunkan dengan rokok. Belia B hanya mampu tersenyum dan diwajahnya terpampang perasaan menyesal. Apabila dikenangnya kembali waktu silamnya, alangkah baiknya jika dia tidak merokok dan menguatkan semangatnya untuk berhenti ketika usia mudanya dahulu.

Ketika hari berjumpa belia A itu, belia B tidak lagi boleh merokok kerana disebabkan merokok dia mengalami masalah paru-paru yang kronik. Akibat daripada merokok dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dua kali sehari, hidupnya tidak mewah seperti temannya belia A dan bacaan doa serta bacaan Al-Qurannya pun terganggu disebabkan nafasnya yang terputus-putus. Sekarang belia B sudah pun meninggal dunia dan di penghujung hayatnya dia sentiasa mengingatkan saya agar jangan sesekali merokok. Belia B ialah mendiang datuk saya yang telah meninggal pada 13 Mac 2005. Al fatihah dan semoga kita ambil iktibar dari pengalamannya. Insyaallah.

Monday, September 15, 2008

Personaliti seseorang 2

2. Jenis personaliti pasukan (Team Players)

Personaliti ini sentiasa mencari peluang untuk memberi kegbahagiaan kepada orang lain. Mereka gemar membantu dan membuat kerja-kerja sukarela. Mereka juga akan menjadi sangat gembira jika orang mendengar apa yang mereka hendak katakan dan menghargai perbuatan mereka. Mereka mudah mengaku kesilapan mereka dan akan mencari nasihat untuk memperbetulkan kesilapan yang mereka telah lakukan. Mereka perlu sentiasa dihargai atas setiap kerja yang mereka berjaya lakukan.

3. Jenis personaliti diplomatik (Diplomatic Players)

Personaliti jenis ini tidak suka dan sentiasa akan mengelak dari berlakunya perbalahan. Mereka gemar berkerja dalam sebuah pasukan yang kurang konfrontasi dan mereka perlu sentiasa berasa senang dengan diri mereka sendiri. Walaupun mereka kurang melawan namun jenis personaliti ini biasanya akan memendamkan perasaan degil mereka tanpa menyuarakannya.

4. Jenis personaliti berpesta (Party Players)


Jenis personaliti ini adalah yang paling gembira di antara personaliti lain. Mereka sentiasa rasa perlu diketahui dan perlu dipuji. Mereka bersikap optimis dan mereka mementingkan rupa dan penerampilan sosial yang baik. Populariti merupakan salah satu perkara wajib bagi mereka. Personaliti jenis ini cepat berasa bosan, dan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menyeronokkan, namun tidak dapat bertahan lama dalam melakukan pekerjaan tersebut.

Jadi di atas merupakan jenis-jenis personaliti yang ada, yang mana satukah personaliti anda?

Saturday, September 13, 2008

Personaliti seseorang 1

Lama dah tak post kat blog nih.. Bulan Ramadhan ni saya agak sibuk sedikit. Macam-macam hal yang timbul. Walau bagaimana pun, hari ini saya nak cerita sikit pasal jenis-jenis personaliti seseorang. Maklumat ini saya baca dari sebuah buku yang ditulis oleh David E. Rye. 1001 Ways to Inspire Yourself. Dalam buku ini ia menceritakan bagaimana kita boleh memberi inspirasi kepada diri kita dalam kehidupan sosial, peribadi dan di tempat kerja. Tanpa inspirasi dan motivasi apa-apa yang kita lakukan seharian akan dilakukan tanpa semangat, tujuan dan keinginan yang kuat. Jika ia dilakukan berterusan, ia boleh mengakibatkan hilangnya komitmen dalam melakukan sesuatu perkara, hilang perspektif, mengalami tekanan perasaan dan boleh juga mengakibatkan kemurungan.
Menurut buku ini, saya simpulkan bahawa untuk memberi inspirasi yang betul kita harus terlebih dahulu mengetahui personaliti yang ada pada diri kita. Ada empat jenis personaliti.

1. Jenis personaliti kuasa (Power Players)

Personaliti jenis ini gemar membuat perkara menurut kehendak mereka dan biasanya mempunyai masalah dengan pihak atasan yang mungkin menghalang mereka dari melakukan perkara-perkara yang mereka ingini. Mereka suka berkerja dan jika di beri motivasi yang betul, boleh menjadi sangat produktif. Mereka juga mahu diakui dalam setiap apa yang mereka lakukan dan sentiasa sentiasa mahu dihormati. Mereka gemar menjadi pengurus di mana mereka berpeluang mengetuai sebuah pasukan dan mengejar kedudukan pangkat sebagai kepuasan mereka.

Bersambung...

Thursday, September 11, 2008

Kecekalan Dan Semangat Juang

Pada mulanya minat untuk menceburi bidang keusahawanan bermula ketika saya sedang menjalani praktikal di Sabah Eletric Sdn Bhd. Seperti biasa bagi budak praktikal, kerja yang diberi tidak berat dan banyak masa yang terluang. Kebetulan pada masa itu teman seuniversiti saya membawa sebuah buku bertajuk Rich Dad Poor Dad. Buku tersebut mengisahkan bagaimana penulis melalui masa mudanya dengan dua orang bapa. Seorang bapa hidup mewah bekerja sebagai usahawan dan seorang lagi hidup sederhana bekerja dengan orang lain. Semenjak itu saya mula gemar membaca buku-buku motivasi, buku-buku untuk perkembangan diri dan buku-buku berkaitan dengan keusahawanan. Setelah tamat pelajaran, saya terus berkecimpung dengan bidang keusahawanan walaupun mendapat tawaran sebagai pembantu penyelidik di universiti tempat saya belajar. Bagi saya inilah peluang untuk belajar ilmu yang tidak mungkin dapat dipelajari di mana-mana universiti. Belajar untuk jatuh, dan belajar untuk bangun semula setiap kali kita jatuh. Saya juga fikir inilah peluang saya bergaul, bertanya dan memahami minda-minda usahawan yang sentiasa aktif, kreatif dan cekal.

Walaupun mengharungi pelbagai rintangan, leteran keluarga dan kegagalan, namun hati saya puas memilih kerjaya ini. Dari segi kestabilan pendapatan atau kelebihan harta, mungkin saya jauh ketinggalan berbanding teman-teman sebaya saya. Tapi dari segi perkembangan minda, gaya pemikiran yang berbeza, teman-teman yang saya kenali, dan pengalaman yang saya tempuhi, semuanya tidak ternilai harganya.

Pernah saya pergi ke satu kursus keusahawanan yang menerangkan sifat-sifat seorang usahawan. Ada 13 semuanya:

1) Daya inisiatif yang tinggi
2) Mampu melihat dan merebut peluang
3) Kecekalan yang tinggi
4) Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
5) Keupayaan mencari maklumat
6) Komited terhadap perjanjian kerja
7) Orientasi ke arah kecekapan
8) Perancangan yang sistematik
9) Mampu menyelesaikan masalah
10) Keyakinan diri yang tinggi
11) Ketegasan
12) Kemampuan meyakinkan orang lain
13) Menggunakan strategi pengaruh

Di antara 13 kompetensi ini, sikap yang paling penting pada seorang usahawan ialah kecekalan yang tinggi. Sebab modal, peluang atau masalah tidak semestinya ada. Cuma kecekalan yang mesti sentiasa ada untuk meneruskan perjuangan. Walaupun tanpa keyakinan, tanpa pengaruh dan tanpa perancangan, kecekalan harus tetap ada dalam jiwa setiap usahawan. Ramai yang tewas kerana kurang sikap ini. Ramai yang mengalah bila berhadapan dengan dugaan yang datang. Saya bersyukur kerana masih mampu bertahan dan saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang sedia membantu dan pemberi semangat dikala di dalam kesusahan.

Bagi usahawan-usahawan lain, diharap teruskanlah perjuangan memartabatkan bangsa kita di mata dunia dan janganlah mudah putus asa. Berusahalah, sesungguhnya Allah SWT maha pengasih lagi maha penyayang.

Friday, September 5, 2008

Bulan Ramadhan

Ramadhan memberi seribu erti pada setiap insan.. Bagi saya bulan inilah Allah swt limpahkan kurnia dan rezeki yang paling banyak berbanding dengan bulan-bulan lain. Tak kira yang miskin atau yang kaya, semuanya boleh menikmati kurniaan ini. Sesiapa saja boleh susunkan meja dan jual apa-apa pun dan pembelinya tetap akan ada. Begitu murahnya rezeki di bulan Ramadhan. Allah swt bukan sahaja sediakan rezeki yang banyak namun juga peluang dibuka untuk hamba-hambanya beribadah dan bertaubat kepadanya. Marilah kita penuhi Ramadhan kita dengan pelbagai amalan agar kita dilimpahkan taufik dan hidayah.

Thursday, September 4, 2008

Kemampuan Berfikir Hamba Allah SWT

Artikel ini ditulis oleh Dr Daud Rasyid. Menerangkan mengenai kepentingan berfikir dan batas untuk berfikir. Diharap informasi ini dapat menjelaskan kepada umum mengenai bagaimana kita tidak harus menghakimi kes sumpah Saiful dan sumpah Datuk Seri Najib. Bahawa sesetengah perkara seharusnya diserahkan kepada Allah swt untuk mengelakkan fitnah dan kejatuhan ummah. Insyaallah.

http://daudrasyid.com/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=1

Menempatkan posisi akal
Akal adalah karunia Allah yang amat berharga. Dengan akal manusia dapat menjalankan fungsinya sebagai ‘khalifah’ di muka bumi dengan sebaik-baiknya. Bahkan dalam terminologi Ilmu Ushul Fiqh, akal dianggap sebagai poros penugasan hukum-hukum Syari`at (manath at-taklif). Maksudnya, hanya orang-orang yang berakal sehat dan berfikir waras saja yang dapat ditaklif.

Karena fungsi akal yang demikian besar, maka sewajarnya ia harus dilindungi secara proporsional dengan cara merumuskan seperangkat aturan yang mendukung kehormatan akal. Tak terlalu berlebihan jika dikatakan, agama yang paling concern dengan persoalan akal adalah Islam. Perhatian itu sampai ke tingkat menjadikan akal sebagai salah satu dari lima elemen yang harus dilindungi dan dipertahankan dalam hidup manusia (al-maqashid al-khamsah), di samping: agama, jiwa, kehormatan, dan harta. Dengan ungkapan lain setiap benda, juga perbuatan yang dapat mengganggu stabilitas akal dinyatakan terlarang dan mengandung konsekuensi hukum.

Berfikir, sebagai fungsi utama akal, tidak sekadar dianjurkan, tetapi sudah merupakan keharusan (faridhah Islamiyah). Hal ini paling tidak pernah diungkap oleh Al-`Aqqad, seorang pemikir Mesir. Ungkapan ini tidak dapat dinilai berlebihan. Sebab, banyak ayat-ayat di dalam Al-Qur’an, secara langsung atau tidak langsung, yang mendukung kebenaran tesis itu. Pada intinya, kebebasan berfikir dilindungi dalam Islam. Tapi, yang mungkin menjadi persoalan, sejauhmana ruang kebebasan itu diberikan, dalam arti apakah manusia boleh berfikir sebebas-bebasnya tanpa mengenal batas, hingga akal bebas mendiskusikan dunia yang bukan dunianya (makrokosmos)? Apakah akal manusia dibebaskan berbicara tentang zat Allah, alam akhirat dan sejenisnya sehingga ia menerapkan paradigmanya pada dunia metaphisik, dan akhirnya terperosok pada kekeliruan seperti yang dialami filosuf-filosuf Yunani dahulu kala dan kaum Mu`tazilah dalam sejarah Islam? Atau dengan kata lain, adakah kerangka metodologis yang laik digunakan sebagai paradigma dalam berfikir?

Suatu hal yang tak dapat dipungkiri siapapun, bahwa manusia adalah makhluk yang serba terbatas. Maka akalpun, sebagai elemen dari manusia menyimpan watak ‘terbatas’ pula. Nah, sesuatu yang terbatas (definite=al-mahdud)) tidak akan dapat mendiskusikan sesuatu yang tidak terbatas (undefinite=ghair al-mahdud). Hal ini bukan mendiskreditkan akal sebagai barang paling berharga milik manusia, tetapi meletakkan manusia pada proporsinya yang sepadan. Sebab, membebani akal dengan fungsi di luar batas kemampuannya yang normal, bukan lagi sebagai penghargaan, tetapi justru berbalik menjadi ‘penganiayaan’. Barangkali ini sangat rasional.

Diskusi berikutnya, adalah bagaimana pengklasifikasian ruang-ruang yang menjadi obyek kajian akal manusia. Di sini agama tampil memberikan jawaban dengan menunjuk bahwa alam ghaib (metaphisik) adalah "teritorial" yang berada di luar lapangan akal. Keterbatasan akal dalam menembus ruang ini, sudah merupakan aksioma yang tak dapat dibantah. Dan yang berhak memberikan informasi tentang alam keakhiratan (eskatologi), dan makrokosmos lainnya adalah wahyu (Al-Qur’an ataupun Hadits Nabi). Ketika akal memaksa dirinya untuk mendiskusikan alam ghaib -seperti kehidupan di alam kubur, hari berbangkit, perhitungan, ganjaran syurga, neraka, dll.- berarti ia memasuki ruang hampa yang tak terhingga dan berakhir dengan kebuntuan. Akal pada akhirnya mengkhayal dan membuat konklusi yang aneh. Di sinilah barangkali ketergelinciran faham Mu`tazilah dalam sejarah Islam. Paradigma berfikir Mu`tazilah, memberi otoritas pada akal secara berlebihan, hingga akal diberi otoritas untuk mengadili nash. Konsekuensinya, nash-nash (teks agama) yang dianggap tidak rasional menurut versi Mu`tazilah, akan mereka tolak, betapapun kuat validitasnya, atau paling tidak ditakwil agar relevan menurut akal, kendatipun pentakwilan itu berlangsung dengan cara yang terkesan mengada-ada (ta`assuf). Atas dasar itu Mu`tazilah menolak banyak hadits-hadits shahih tentang alam ghaib, seperti pertanyaan di alam kubur berikut siksaannya, juga tentang mizan, shirath, melihat Allah, dll. Padahal soal akhirat dan metafisik lainnya adalah persoalan ghaib yang pendekatannya tidak harus menggunakan akal. Dan sikap yang tepat dalam kaitan ini barangkali, adalah menerima apa adanya informasi-informasi tentang alam ghaib dari sumber-sumber terpercaya, tanpa harus memaksa teks-teks itu tunduk pada kekuasaan akal. Inilah sikap yang diperankan oleh para pendahulu umat Islam, seperti sahabat dan tabi`in yang pernah dijamin oleh Nabi keabsahannya. Sebab, kalaupun akal dipaksa harus menjawab persoalan-persoalan itu, toh tidak akan berpengaruh pada reputasi akal dalam dimensi alam nyata yang digelutinya.

Bangsa-bangsa maju seperti Jepang, Korea dll yang tidak pernah terjebak dalam diskusi panjang tentang tema ‘merasionalisasikan alam ghaib’, meraih puncak kesuksesannya dalam dunia materi. Sementara mereka yang tenggelam dalam perdebatan itu, belum menampakkan hasil yang berarti dalam dunia empirik. Ringkasnya bukan itu parameter kemajuan berfikir. Bahkan ada analisis dari sejumlah pemikir terkemuka di dunia Arab, yang menyebutkan bahwa keterbelakangan umat Islam dalam beberapa abad terakhir ini disebabkan mereka terjebak dalam metode filosofis yang tak ada ujungnya dan meninggalkan metode empiris yang pada semula mereka kembangkan. Sebagaimana dalam posisi lain, barat mengambil sikap sebaliknya. Mereka mengadopsi metode empiris yang diajarkan ilmuan Islam kepada mereka, dan melepas konsep filsafat ala Yunani Kuno diambil umat Islam. Paradigma inilah yang mengantarkan barat meraih kegemilangan dalam dunia peradaban. Jadi, pertukaran itu kalau boleh diibaratkan, umat Islam menyerahkan "permata"nya kepada barat, dan menerima barang "busuk" sebagai imbalannya.

Ruang yang sesungguhnya merupakan "kapling" akal adalah alam phisik atau taufiqiyah (dunia materi), dunia yang tunduk pada prinsip-prinsip eksperimen, seperti merekayasa pembangunan bumi. Manusia diberi kebebasan untuk menyingkap rahasia alam dan memanfaatkannya sebagai sarana penunjang kehidupan, seperti menciptakan peralatan teknologi canggih. Metode yang digunakan di sini adalah eksperimental dan empirik.

Kekeliruan banyak orang adalah terperangkap dalam jebakan kemajuan modernisasi. Kesuksesan manusia dalam dunia iptek menggesanya untuk melakukan ekspansi dengan beroperasi di jalur ‘tauqifiyah’, alam ghaib atau makrokosmos. Seolah-olah manusia berkata, sekarang tidak ada lagi kawasan terlarang bagi rasio atau akal, karena akal manusia telah menunjukkan keberhasilannya secara luar biasa. Kalau ditarik lebih jauh lagi, akal manusia dapat menemukan dengan sendirinya ‘yang baik’ dan ‘yang buruk’ dalam hidupnya tanpa bantuan agama. Ujung-ujungnya, manusia mampu hidup tanpa agama.

Kekeliruan kelompok yang berpikir seperti ini adalah kekeliruan dalam mengidentifikasi ruang-ruang berfikir akal itu. Ketika akal manusia berhasil dalam dunia iptek, melakukan revolusi informasi, transportasi, sebenarnya adalah keberhasilan yang wajar, karena akal beroperasi pada jalurnya secara legal (taufiqiyah). Tetapi, jika manusia memaksa akalnya agar berbicara dalam dunia metafisik, merasionalisasikan azab kubur, kenikmatan di dalam syurga, proses perhitungan di hari akhirat, dll demikian pula ambisi mengoreksi ketetapan-ketetapan Allah yang berharga mutlak (Qath`iy) -seperti kenapa wanita diwajibkan berhijab, kenapa riba diharamkan, kenapa zina dihukum rajam, pembunuh dihukum qishash, penindasan diharamkan, kenapa bagian wanita separuh dari bagian lelaki dalam warisan- dan berupaya merekayasa peraturan-peraturan sendiri dengan menggunakan akalnya, maka di sini akal telah beroperasi di luar jalurnya. Akal tidak akan meraih kesuksesan seperti kesuksesannya di ruang ‘taufiqiyah’, sains dan teknologi. Bahkan manusia akan menghadapi krisis hidup yang resikonya tidak sederhana.

Islam merangsang akal untuk mengembangkan budaya dan peradabannya dengan sains dan teknologi, selama tidak bertentangan dengan nilai-nilai sakral dan moral. Posisi agama dalam pembangunan adalah sebagai pengontrol kelangsungan dan kesesuaiannya dengan nilai-nilai agama. Sebab pengembangan peradaban yang lepas kontrol akan berbalik menjadi "bumerang" bagi umat manusia. Memang di satu sisi kemajuan teknologi merupakan kebutuhan dan kesenangan, tapi dalam kondisi tertentu dapat merugikan manusia secara umum. Dampak negatif dari kemajuan iptek sudah sering menjadi pembicaraan kalangan intelektual dan harus dicarikan solusinya. Yang paling merasakan ancaman-ancaman ini adalah bangsa-bangsa yang hidup dalam dunia teknologi maju. Bahaya yang timbul akibat pengembangan industri senjata, reaktor atom, polusi udara, kerusakan lingkungan hidup, menipisnya lapisan ozon, dsb sudah menjadi momok yang sangat menakutkan di zaman modern ini. Sebab manusia yang menjadi pelaku pembangunan akan sangat berpengaruh bagi teknologi yang dikembangkan (the man behind the gun).

Jika diamati revolusi iptek yang disponsori Amerika dan negara-negara barat serta dampak negatif yang ditimbulkannya, agaknya kita dapat mengambil kesimpulan, bahwa barat telah gagal dalam memimpin peradaban manusia. Sebab peradaban materialistik yang dihasilkannya menimbulkan ekses negatif yang diderita umat manusia jauh lebih dahsyat ketimbang keuntungan yang diraih. Krisis yang beragam dan bertubi-tubi seperti krisis sosial, ekonomi, politik, moral, kemanusiaan, lingkungan, kejiwaan, dan krisis-krisis lainnya merupakan bukti nyata akan kegagalan peradaban barat. Kerugian yang besar ini masih belum terbayar oleh kecanggihan teknologi yang diprakarsai Barat. Sekarang saatnya kita membangun peradaban baru yang berdiri sendiri yang spesifik dan religius.

Thursday, August 28, 2008

Umur Seorang Usahawan

Hari ini saya berjumpa dengan seorang usahawan yang menjalankan aktiviti memotong rumput. Pakcik yang pada pandangan saya berumur menjangkau 70-an ini, tidak mempunyai banyak pengalaman dalam bidang keusahawanan berbanding dengan teman saya yang membawanya melihat kawasan projek. Namun begitu rupanya sangat tekun dan tawakkal dengan kerjanya.

Saya sangat menghormati semangat kental yang ada padanya, kebanyakkan orang pada usia ini sudah duduk di rumah menikmati wang pencen atau lepak di kedai kopi berborak kosong. Mungkin dorongan yang ada padanya adalah kerana minat atau desakan hidup tapi walau apa pun sebabnya saya tetap menghormati semangat juang pakcik ini. Jika dia mula pada usia mudanya sudah pasti dia akan menjadi tokoh usahawan yang dihormati ketika ini. Walaupun tiada had umur untuk menjadi usahawan tapi lebih baik jika bermula lebih awal sebab kita tidak tahu akan perjalanan dunia keusahawanan kita, jika ada lebih banyak masa, kita akan punyai lebih masa untuk jatuh bangun dalam dunia ini.

Wednesday, August 27, 2008

Analisa Kesan Tom Tom Bak Oleh Fadzli Yusof

Saya terbaca posting dari blog Rahsia Aura Kekayaan berkenaan ulasan Tuan Ahmad Fadzli terhadap rancangan Tom Tom Bak yang disiarkan di astro. Saya rasa informasi ini patut dikongsi bersama kerana didikan awal kanak-kanak adalah sangat penting. Kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. Masyarakat kita harus sedar akan kenyataan ini. Sekarang saya lihat semakin ramai kanak-kanak yang membesar dengan input maklumat yang salah. Sepatutnya pada umur itu mereka diajar dengan pelbagai ilmu yang berguna dan yang boleh diguna pakai dewasa kelak. Media hiburan banyak mempengaruhi perkembangan ini. Ibu bapa harus mengawasi dan memantau anak-anak mereka agar anak-anak ini boleh dibentuk dengan betul. Jika ini dilakukan, saya yakin gejala sosial remaja pada masa akan datang dapat dikurangkan. Berikut adalah petikan penuh tulisan Tuan Ahmad Fadzli.

http://fadzliyusof.com/

Terima kasih kepada semua yang memberikan respon tentang rancangan Tom Tom Bak. Ada yang memberikan kebaikan, ada yang menyatakan sebab-sebab di’haram’kan rancangan tersebut di rumah mereka. Saya sempat berdiskusi dengan beberapa orang yang tidak suka dengan rancangan ini, dan antara rumusan diskusi tersebut ialah:

1. Rancangan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menanamkan budaya berhibur yang keterlaluan dalam pemikiran kanak-kanak. Budaya hidup tanpa tujuan-melainkan berhibur ini juga biasa disebut sebagai ‘hedonisme’. Sedangkan Allah ada menyebut di dalam al Quran yang bermaksud, “Adakah kamu mengira bahawa hidup ini adalah untuk keseronokan dan permainan?”. Itu adalah tempelak Tuhan kepada hamba yang tidak tahu tujuan asal manusia.

2. Jika dari kanak-kanak lagi asyik disogok dengan menyanyi, mimik penyanyi, tarian gelek, berlawak, cakap lepas, kurang ajar dengan orang tua + berkelakuan tak senonoh + lucah (walaupun sekadar lakonan, tetapi diketawai oleh semua penonton), maka itu bukan mengajar anak tentang kehidupan.

3. Benar, tampil di atas pentas boleh meningkatkan keyakinan diri, tetapi faedah ini hanya untuk orang yang membuat persembahan, BUKAN kepada penonton. Lagipun, keyakinan diri ada konsep yang subjektif. Jika anda membuat persembahan gelek di atas pentas, anda mungkin yakin menari gelek di tempat lain, tetapi belum tentu yakin untuk menjawab soalan guru di dalam kelas, belum tentu yakin berhujah dan berpidato, belum tentu yakin mengutarakan pandangan dalam perbincangan kelas. Kalau yakin gelek punggung, tapi otak dibina- bagaimana hendak membina tamadun negara ini? Dengan anak-anak yang YAKIN DIRI untuk gelek dan menyanyi? Namakan tamadun dunia yang dibina oleh penyanyi, penari dan pelakon? Yunani? Babylon? Greek? Rom? Moghul? Delhi? Ming? Zhou? Aztec? Abbasiyyah? Renaissance?Semua tamadun dibina dengan daya berfikir yang tajam dan berkualiti.

4. Jika benar pun hendak memberi peluang anak naik ke pentas, kenapa dibiarkan menyanyi lagu-lagu cinta? Memuji kekasih, bentuk tubuh yang seksi, kerinduan yang tidak dapat ditahan, kecewa kerana putus cinta, dan bermacam lagi lagu yang tak patut didengari (apatah dinyanyikan) oleh kanak-kanak. Adakah mereka sudah layak mencari bakal suami dan isteri? Kita nak mereka kawin umur berapa tahun?Alangkah baiknya jika TTB menapis lagu-lagu. Biarlah mereka menyanyi lagu yang membina motivasi dan minda. Ada ribuan lagu lain yang boleh mereka nyanyi dan membina keyakinan diri. Adakah kita hendak melahirkan generasi yang korup pemikirannya? Kalau tarian tu, zapin dan rodat tiada masalah. Ini sampai tarian gelek erotik dengan lenggok tubuh ala-ala coyote ugly. Apa idea yang kita hendak tanamkan dalam pemikiran anak-anak kita? Menjadi penari gelek itu bagus untuk masa depan yang cemerlang?

5. Kanak-kanak adalah kain putih. Tahap pertimbangan mereka adalah rendah. Mereka mudah menerima idea yang diterima. Semasa persembahan TTB, apabila kanak-kanak cakap merapu, semua penonton tepuk tangan, senyum dan ketawa. Keluarga di rumah juga buat perkara yang sama. Apa maknanya? Itu maknanya ‘pengiktirafan sosial’ yang tinggi. Tepuk tangan dan senyum ialah tanda penerimaan dan perhatian. Kanak-kanak mahu diterima. Mereka inginkan perhatian. Secara mudah, kalau mereka nak perhatian; mereka perlu pandai menyanyi, menari, gelek, merapu, cakap lepas, kurang ajar, dan ala-ala lucah. Mereka tidak perlu fokus dalam kelas, buat latihtubi, menghafal pelajaran, buat kerja rumah, fahami semua aspek dalam bab yang dipelajari, cekap menjawab soalan algebra, ingat proses fotosintesis, tahu falsafah Nebuchadnezzar, dan mereka tidak perlu solat 5 waktu. Ini belum tentu memberikan dan PENGIKTIRAFAN dan PERHATIAN.Ada lagi, tapi akan bersambung kemudian. Sementara tu, anda ada idea tentang persoalan ini?

P/S: Menunggu bilalah lagi ada rancangan yang mengiktiraf, mengkagumi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak yang benar-benar berkualiti, yang layak untuk mendukung tamadun negara. Ada satu rancangan “Are You Smarter Than a 5th Grader?” yang bagi saya baik untuk psikologi anak. Apakah kebaikan rancangan itu? Tunggukan analisa seterusnya…

Tuesday, August 26, 2008

Harapanku untuk Pilihanraya Permatang Pauh

Hari ini 26 Ogos 2008 adalah tarikh untuk penduduk-penduduk permatang pauh keluar mengundi. Sepanjang bulan ini banyak saya dengar spekulasi-spekulasi keputusan untuk pilihanraya tersebut. Ada yang cakap BN yang menang, cakap PKR menang dan ada pula yang berpendapat parti bebas pun boleh menang.

Walau siapa pun menang, saya berharap dan berdoa agar ini bukannya titik permulaan kehancuran bangsa Melayu. Bila melihat Melayu di Singapura, perasaan takut dan sedih dapat dirasa. Kalau dibayangkan Malaysia akan jadi macam Singapura habislah bangsa kita.
Kepada para pengundi yang majoritinya Melayu, diharap fikirlah masak-masak sebelum memilih. Sudah terbukti dan dapat dilihat bagaimana parti perikatan memerintah.Baru saja beberapa bulan, macam-macam hendak dipertikaikan. Hak bumiputra, UITM, kandang babi, papan tanda tulisan Cina dan memacam lagi. Inikah pemerintahan yang kita mahu?

Mungkin banyak yang tidak menyokong BN kerana harga barang naik, harga minyak naik, amalan rasuah berleluasa, tak nak PakLah dan berbagai alasan. Tapi setidak-tidaknya hak kita terjaga, tiada yang kebulur, dari tahun ke tahun rakyat miskin berkurangan, PakLah pun dah janji nak serahkan pemerintahan pada DS Najib dan yang paling penting sekarang pemimpin teratas masih orang Islam. Kalau parti rakyat ambil kerajaan, mungkin satu dua tahun DSAI mereka biar jadi PM, tapi lepas tu saya yakin DAP akan buat rancangan untuk sama ratakan semuanya. Mereka akan cakap mereka pun layak jadi PM. Kalau dah sekali mereka dapat, alamatnya takkan balik ke tangan Melayu lah jawatan tu.

Bersabarlah, beri peluang BN memperbetulkan kesilapan mereka. Saya yakin apabila DS Najib jadi PM nanti, negara Malaysia akan kembali makmur dan aman. Bukannya saya tidak menyokong PakLah, tapi mojoriti mentaliti masyarakat dah tak dapat menerimanya. Jadi untuk kepentingan rakyat DS Najib perlu jadi PM sebelum terlambat. Saya rasa PakLah sedar akan hal ini namun mungkin dia hendak memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dia buat terlebih dahulu sebelum menyerahkan pimpinan kepada DS Najib. Saya hormati tindakan itu kerana dia berhak membersih namanya. Tapi jika dia terus letak jawatan, lagilah saya respect dengan PakLah kerana mempunyai semangat seumpama itu. Sanggup berkorban demi kebaikan negara, walaupun masa pemerintahannya mungkin tidak akan dikenang, namun saya akan ingat detik dia meletakkan jawatan kerana bagi saya tindakan itulah menyelamatkan bangsa dan tindakan seumpama itu memerlukan pengorbanan dan keberanian yang banyak.

Jadi kepada para pengundi fikirlah baik-baik sebelum mengundi. Masa depan bangsa kita terletak di tangan anda.

Monday, August 25, 2008

Apakah Harga Sebuah Kejayaan?

4 tahun dahulu saya mempunyai seorang teman perniagaan di mana kami telah menubuhkan satu syarikat sendirian berhad bersama. Encik C bukan nama sebenar, berumur jauh lebih tua dari saya. Saya rasa pada ketika itu dia berumur 40an dan saya baru satu tahun tamat pengajian di universiti tempatan. Banyak ilmu mengenai perniagaan yang saya pelajari dari Encik C. Dia sangat cekap dalam hal-hal berkaitan tender dan bijak menguruskan para pembekal untuk mendapatkan kredit atau demo barang-barang yang hendak diniagakan. Ketika itu, Encik C mempunyai seorang isteri dan kalau tak silap 2 orang anak perempuan.

Pernah dua tiga kali saya ikut serta denganya pergi mengambil anaknya balik dari sekolah. Ketika itu Encik C hanya menggunakan kereta kalau tak silap saya Volvo 240 tahun 1990an. Keadaannya agak usang dan dia tinggal di rumah teres satu tingkat. Walaupun keadaan serba tidak cukup dan hidup Encik C sekeluarga sederhana, namun saya lihat perhubungan mereka sekeluarga sangat mesra. Setiap hari saya lihat wajahnya tersenyum gembira ketika di pejabat. Kesimpulannya Encik C saya kelaskan sebagai seorang usahawan yang bahagia.

Setelah hampir 5 tahun tidak berjumpa atau mendengar berita darinya, dua hari lepas saya terjumpa kembali dengan Encik C di sebuah kedai makan. Sekarang Encik C sudah memandu kereta BMW 5 series warna hitam yang cukup mewah dan bergaya rupanya. Saya tidak berkesempatan untuk bercakap-cakap atau bertanyakan khabar kerana melihat Encik C agak sibuk dan tergesa-gesa mungkin untuk berjumpa seseorang. Jadi kami hanya angkat tangan dari jauh dan masing-masing melemparkan senyuman. Walaupun masih kelihatan segak seperti dahulu namun saya perasan sesuatu yang berbeza dengan senyuman Encik C. Senyumannya seperti penuh risau seakan-akan sedih dan seolah-olah dibebani sesuatu. Susuk badannya pun kurus berbanding 4 tahun dahulu. Pada mulanya saya ingat mungkin kerana cuaca petang yang panas dan mungkin sekarang Encik C sudah pandai jaga badan.

Namun hari ini saya terjumpa pula dengan rakan saya yang mengenali Encik C, setelah saya ceritakan mengenai kemewahan Encik C, dia pun kata dia juga ada beberapa kali terjumpa dengan Encik C. Tapi dia jumpa Encik C di sebuah kelab malam dalam keadaan mabuk duduk menyendiri di satu sudut. Katanya Encik C sekarang sudah berubah, mempunyai masalah rumahtangga dan seolah-olah kesepian tanpa teman. Terkejutnya saya apabila mendengar cerita seumpama itu, perasaan sedih dan kasihan mula menyelubungi diri saya.

Apabila melihat kejadian Encik C saya mula berfikir, adakah ini harga untuk kemewahan dunia? Apakah erti kemewahan jika tidak dapat dikongsi dengan keluarga? Apakah erti kemewahan tanpa adanya orang yang kita sayangi? dan apakah erti kemewahan jika kita tidak dapat bersyukur dan menghambakan diri kita pada Allah SWT? Saya rasa jawapannya, tanpa Allah, keluarga dan orang yang kita sayang, kemewahan tidak akan memberi sebarang erti. Jelas disini mencerminkan bahawa kemewahan tidak menjamin kebahagiaan. Tapi haruskah kita hidup miskin? Serba tak lengkap? Serba kekurangan?

Saya ingin mengejar kemewahan kerana saya ingin bahagia, saya tak ingin lihat anak cucu saya hidup susah. Saya ingin bantu keluarga saya dan bangsa saya untuk maju dalam apa jua bidang. Apabila mewah barulah kita mampu untuk tolong sesiapa sahaja yang kita kehendaki. Saya ingin redah keperitan dan kesusahan hutan keusahawanan ini agar anak cucu dan bangsa saya tidak perlu bermula di mana saya bermula. Agar dengan usaha saya ini mereka mampu pergi lebih jauh. Walaupun saya tidak lahir dalam keluarga yang mewah dan tidak lahir dalam keluarga yang menjalankan perniagaan, saya ingin ubah semua itu agar ia dapat memberikan pengertian hidup yang lebih sempurna.

Saya harap ada dikalangan pembaca yang mempunyai pengalaman berkenaan dengan bagaimana untuk menyeimbangkan masa di antara keluarga, tuhan dan kerja yang memerlukan komitmen yang besar. Kerana kisah Encik C bukanlah kisah pertama yang saya dengar, ada banyak lagi kisah-kisah mereka yang mengorbankan keluarga dan tuhan demi karier mereka. Di harap ada yang boleh berkongsi pendapat.

Saturday, August 23, 2008

Kesedihan Seorang Tokoh Di hari Merdeka

Walaupun saya tidak menyokong untuk Pak Lah turun dari pucuk pimpinan, namun hati saya tetap tersentuh oleh kesedihan bekas perdana menteri kita TDM melihat hari kemerdekaan yang telah disambutnya dari ulang tahun kemerdekaan yang pertama berubah suasana. Ianya tidak seindah dan semeriah dahulu. Di harap kita fahami perasaan seorang tokoh yang telah memberi seluruh hayatnya untuk pembangunan negara dan di penghujungnya inikah balasan masyarakat Malaysia terhadapnya. Sedih.. Hayatilah posting ini..

Posting di bawah telah saya ambil dari blog TDM

1. Tak lama lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Tahun lepas kita sambut Hari Merdeka yang ke-50 dengan gembira kerana ia menandakan setengah abad kita memerintah negara kita sendiri. Dan kita bangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju jauh kehadapan sehingga mereka yang lama berada di luar negara tidak kenal tanahair mereka apabila kembali. Demikian perubahan yang telah berlaku.

2. Orang asing pula apabila datang pertama kali ke Malaysia tidak percaya ini adalah negara membangun, negara dunia ketiga.

3. Bukan sahaja Kuala Lumpur sudah bertukar wajah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, dengan jalan-jalan bertingkat yang bersih dan dihias dengan tanaman bunga-bungaan sepanjang jalan dan lain-lain, tetapi bandar-bandar lain juga memperlihatkan pertumbuhan dan pembesaran, lengkap dengan jalan bertingkat yang penuh sesak dengan kereta.

4. Rata-rata kita lihat kemajuan yang telah dicapai. Jumlah yang miskin telah dikurangkan dan mereka turut bersama bergembira.

5. Rakyat berbilang kaum tidak bermusuh sesama mereka walaupun tidaklah berharmoni seperti yang diharapkan. Namun tiap kali pilihanraya diadakan majoriti pengundi memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana beranggapan segala-gala yang dinikmati adalah hasil pemerintahan Kerajaan-Kerajaan BN. Biasanya mereka memberi kemenangan lebih 2/3 daripada kerusi Parlimen.

6. Rakyat Malaysia yang pergi ke negara asing berasa bangga kerana Malaysia dikagumi dan dihormati oleh siapa sahaja yang mereka bertemu apabila sahaja orang asing mengetahui yang mereka dari Malaysia.

7. Mereka menyebut menara kembar Petronas dan perlumbaan Formula 1. Orang Islam asing pula tertarik dengan kemajuan dan kestabilan sebuah negara Islam.

8. Kerana semua ini rakyat Malaysia gembira dan bersemangat untuk menyambut kedatangan Hari Merdeka. Jalur Gemilang dikibar di kereta-kereta dan di bangunan-bangunan. Bukan sahaja Melayu yang bersemangat, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua suku kaum di Sabah dan Sarawak memperlihatkan semangat dan kegembiraan mereka.

9. Biasanya apabila tiba bulan Ogos semangat dan kegembiraan rakyat dipertunjukkan dengan pelbagai cara. Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat. Mungkin saya silap, atau mungkin saya bias (berat sebelah), tetapi bulan Ogos ini rakyat agak muram, tidak gembira dan bersemangat luntur.

10. Mungkin ini kerana kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi ternampak ada sesuatu yang lain yang tidak kena yang menyebabkan rakyat tidak gembira untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

11. Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana.

12. Cadangan seperti ini tidak pernah dibuat selama 50 tahun kita Merdeka.

13. Reaksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mudah diramal. Cadangan kempen ini ditafsir olehnya sebagai perbuatan kurang ajar. Dan seperti biasa ugutan dibuat supaya polis akan ambil tindakan terhadap blogger berkenaan. Lain-lain blogger juga dibelasah sebagai tidak berfaedah dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

14. Cadangan mengibar Jalur Gemilang terbalik dianggap menghina diri sebagai rakyat Malaysia.

15. Tidak terlintaskah dalam hati Dato Seri Abdullah untuk bertanya dan mengambil tahu kenapa cadangan ganjil ini dibuat? Seperti dengan kekalahan BN pada Mac tahun ini, Dato Seri Abdullah menafikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan BN dan Kerajaan pimpinan beliau yang menyebabkan penyokong BN daripada semua kaum memberi undi mereka kepada parti lawan. Sebaliknya beliau mentafsir merosotnya undi kepada calon-calon BN disebabkan sabotaj dan pihak tertentu tidak mahu beri kemenangan 2/3 kepada BN. Kenapa mereka berbuat demikian tidak dipersoal olehnya, hanya kemarahan dan ugutan untuk bertindak terhadap mereka ini.

16. Macam-macam cara telah dibuat untuk menyedarkan pemimpin ini tentang perasaan tidak puas hati rakyat, tetapi sikap penafiannya menyebabkan semua mesej disalah tafsir dan disalah erti. Dalam keadaan kecewa rakyat maka sukarlah bagi mereka untuk menunjuk semangat dan kegembiraan dengan keriangan sambutan hari Merdeka.

17. Kata seorang daripada kenalan saya, sekarang hanya 10 hari sahaja sebelum hari Merdeka tetapi ianya melihat hanya sebuah kereta sahaja yang memasang Jalur Gemilang.

18. Kata seorang lagi, saya simpan sahaja Jalur Gemilang tahun ini.

19. Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka.

20. Pada tahun 1957 kita merdeka dan harapan kita ialah hidup yang lebih bahagia. Justeru kita rayakan hari keramat ini kerana merdeka difahami dan dihargai oleh semua pihak.

21. Saya percaya kita masih hargai kebebasan kita, kemerdekaan kita. Tetapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kita tidak begitu gembira pada hari ulangtahun merdeka pada tahun ini. Kita kesal kerana kita tidak dapat buat apa-apa untuk mengembalikan kegembiraan bangsa yang merdeka.

22. Kita bersyukur kerana kita, samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum tidak bersifat ganas, tidak suka pada huru-hara, tidak berminat merusuh. Tetapi pemimpin hendaklah faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan tipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira. Lihat sahaja berapa ramai yang keluar melihat bunga api. Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah cara untuk melupakan sekejap keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham tentang perasaan rakyat.

23. Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna kemerdekaan. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan. Kita takut berkata apa-apa kerana polis akan digesa bertindak. Kadang-kadang saya berasa yang kita berada dalam sebuah Police State (Negara bawah kawalan polis). Tetapi ini mungkin sifat keterlaluan saya.

24. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan membuka hati mereka supaya faham mesej-mesej yang disampaikan oleh rakyat.

http://test.chedet.com/che_det/2008/08/merdeka.html