Friday, March 27, 2009

Had Tempoh Untuk Pemimpin 1

Semalam semasa ucapan Pak Lah, beliau ada mencadangkan bahawa diletekkan had tempoh untuk pemimpin parti. Walaupun dari pandangan logik perkara ini merupakan satu cadangan yang baik. Namun dari segi realistiknya saya kurang bersetuju dengan cadangan yang sedemikian.

Dalam setiap pemerintahan harus ada satu kuasa yang menyatukannya. Ini secara jujur aku pelajari dari sebuah permainan komputer. Permainan ini dinamakan Stronghold. Ia memberikan peluang kepada pemainnya untuk memerintah sebuah Negara. Di antara opsyen permainan yang disediakan adalah pemerintahan dengan memberikan kebahagiaan kepada rakyat dan pemerintahan yang memberikan perasaan takut kepada rakyat. Keputusannya, pemerintahan yang memberikan perasaan takut kepada rakyat adalah lebih efisien dan aman damai rakyatnya. Rakyatnya lebih produktif, bersatu dan maju. Apabila di gunakan pemerintahan yang memberikan kebahagiaan dan segala kemudahan kepada rakyat, rakyat menjadi malas, huru hara berlaku apabila rakyat tidak mendapat apa yang mereka mahu dan sumber pendapatan Negara dihabiskan dengan cepat.

Walaupun mungkin ada yang berpendapat bahawa sebuah pemainan komputer tidak dapat disamakan dengan realiti sebenar, tapi kita lihatlah bagaimana Tun Mahathir mampu menyatukan rakyatnya. Selama berpuluh-puluh tahun tiada siapa yang berani menentangnya, ada yang berani namun kecundang juga. Lihatlah betapa lamanya beliau diberikan kepercayaan untuk memerintah? Lihatlah kejayaan dan kemajuan Malaysia ketika pemerintahannya. Cara pemikiran dan pemerintahannya dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Hingga dunia kenal akan Malaysia dan sedar akan kewujudannya.

Hinggakan setelah ketiadaannya dalam pucuk pimpinan, kata-kata beliau masih lagi di dengar, disokong, di hormati dan berbisa. Inilah yang dikatakan memimpin. Tidak mengira batas umur semakin lama semakin berisi, semakin lama semakin dihormati. Rakyat perlu ada pemimpin yang mereka hormati dan takuti. Jika hilang perasaan takut dan hormat ini, pada ketika itulah pihak pembangkang akan mula bersuara, rakyat yang tidak menghormati pemimpin akan seterusnya akan tidak menghormati setiap percakapannya dan apa jua undang-undang Negara yang ada. Rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku, hina-menghina dijadikan rutin harian, isu perkauman timbul dan hinggakan Sultan pun diperlekehkan. Bersambung…..

No comments:

Post a Comment