Saturday, March 28, 2009

Had Tempoh Untuk Pemimpin 2

Sambungan….
Begitu juga jika dibandingkan di antara Sarawak dan Sabah, di mana Sabah merasai sistem pemerintahan berpenggal dan Sarawak pula telah diketuai oleh seorang pemimpin selama 28 tahun. Pernah saya bertanya warga Sabah yang menyatakan bahawa kebajikan mereka diabaikan kerana setiap pemimpin yang baru hanya ingin mengaut keuntungan dengan secepat-cepatnya sebelum masa mereka tamat. Di Sarawak pula dibawah satu pimpinan telah mengecapi pembangunan yang saya rasa amat membanggakan bagi sebuah negeri yang begitu luas. Rakyatnya hidup aman dan selamat, hinggakan kebersihan dan kesihatan rakyat pun mampu dijaga. Pehin Seri Abdul Taib Mahmud merupakan kuasa yang membolehkan kesemua ini terjadi. Rakyat hormat dan takut terhadapnya, namun rakyat sedar akan kebolehannya memimpin dan sedar akan betapa perlunya beliau dalam memimpin negeri Sarawak. Banyak juga aku dengar rakyat yang merungut, namun tahun demi tahun beliau masih mampu memenangi hati rakyat. Pemimpin yang memberikan segala kemudahan dan kebahagiaan kepada rakyat bukanlah seorang pemimpin yang baik, perkara seumpama itu hanya akan menjahanamkan sebuah pemerintahan walau sekukuh mana sekalipun pemerintahan tersebut. Pemimpin seperti Pehin Seri merupakan pemimpin yang mampu mencari keseimbangan dalam pemerintahan mereka. Tahu bila masa untuk memberi dan tahu bila masa untuk ambil.

Jika Tuanku Abdul Rahman merupakan Bapa Malaysia, Pehin Seri layak saya berikan gelaran Bapa Sarawak. Beliau merupakan yang terbaik dan tiada siapa layak menjadi penggantinya. Beliau membuatkan rakyat Sarawak bangga untuk jadi Orang Sarawak. Diharapkan pemerintahannya akan kekal berpanjangan. Insyallah..

Friday, March 27, 2009

Had Tempoh Untuk Pemimpin 1

Semalam semasa ucapan Pak Lah, beliau ada mencadangkan bahawa diletekkan had tempoh untuk pemimpin parti. Walaupun dari pandangan logik perkara ini merupakan satu cadangan yang baik. Namun dari segi realistiknya saya kurang bersetuju dengan cadangan yang sedemikian.

Dalam setiap pemerintahan harus ada satu kuasa yang menyatukannya. Ini secara jujur aku pelajari dari sebuah permainan komputer. Permainan ini dinamakan Stronghold. Ia memberikan peluang kepada pemainnya untuk memerintah sebuah Negara. Di antara opsyen permainan yang disediakan adalah pemerintahan dengan memberikan kebahagiaan kepada rakyat dan pemerintahan yang memberikan perasaan takut kepada rakyat. Keputusannya, pemerintahan yang memberikan perasaan takut kepada rakyat adalah lebih efisien dan aman damai rakyatnya. Rakyatnya lebih produktif, bersatu dan maju. Apabila di gunakan pemerintahan yang memberikan kebahagiaan dan segala kemudahan kepada rakyat, rakyat menjadi malas, huru hara berlaku apabila rakyat tidak mendapat apa yang mereka mahu dan sumber pendapatan Negara dihabiskan dengan cepat.

Walaupun mungkin ada yang berpendapat bahawa sebuah pemainan komputer tidak dapat disamakan dengan realiti sebenar, tapi kita lihatlah bagaimana Tun Mahathir mampu menyatukan rakyatnya. Selama berpuluh-puluh tahun tiada siapa yang berani menentangnya, ada yang berani namun kecundang juga. Lihatlah betapa lamanya beliau diberikan kepercayaan untuk memerintah? Lihatlah kejayaan dan kemajuan Malaysia ketika pemerintahannya. Cara pemikiran dan pemerintahannya dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Hingga dunia kenal akan Malaysia dan sedar akan kewujudannya.

Hinggakan setelah ketiadaannya dalam pucuk pimpinan, kata-kata beliau masih lagi di dengar, disokong, di hormati dan berbisa. Inilah yang dikatakan memimpin. Tidak mengira batas umur semakin lama semakin berisi, semakin lama semakin dihormati. Rakyat perlu ada pemimpin yang mereka hormati dan takuti. Jika hilang perasaan takut dan hormat ini, pada ketika itulah pihak pembangkang akan mula bersuara, rakyat yang tidak menghormati pemimpin akan seterusnya akan tidak menghormati setiap percakapannya dan apa jua undang-undang Negara yang ada. Rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku, hina-menghina dijadikan rutin harian, isu perkauman timbul dan hinggakan Sultan pun diperlekehkan. Bersambung…..

Thursday, March 26, 2009

DS Najib Era Pemerintahan Baru

Seperti yang kita lihat di televisyen sekarang, pucuk pimpinan UMNO telah pun ditukar gantikan dengan wajah-wajah baru. Adakah dengan wajah-wajah ini pergolakkan politik Negara akan kembali tenang? Hanya masa yang akan menentukan.

Namun saya tetap berharap bahawa pemimpin kita yang baru ini akan menunaikan tanggungjawab mereka kepada Negara.

Parti UMNO sebagai parti komponen pemimpin Barisan Nasional harus sedar bahawa pada ketika ini pembaharuan harus dilaksanakan. Bagi menghadapi krisis politik dan ekonomi yang melanda Malaysia. Ini bukanlah masa untuk merebut kekayaan ataupun pangkat dan nama. Tanggungjawab yang mereka pegang amatlah berat. Kesatuan haruslah dicari kembali untuk pergerakkan ke arah kemajuan yang seiring dan padu.

Contoh yang baik harus ditunjukkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan seterusnya Barisan Nasional. Saya percaya DS Najib mampu lakukan perubahan ke arah kebaikan untuk Malaysia. Semoga kita kekal aman dan sentosa. Insyallah.

Monday, March 23, 2009

Dadah musuh negara kita….!!!!!!!

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah.

Pada tahun 2005, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”

Friday, March 20, 2009

10 Amalan Punca Utama Pembaziran Petrol

Dengan harga pasaran petrol yang tidak menentu pada masa kini, sudah pastilah kita sentiasa mahu memastikan yang kita mengamalkan aktiviti penggunaan petrol yang optimum. Tetapi ramai daripada kita yang tidak menyedari ada di antara amalan-amalan seharian yang dilakukan sebenarnya menyumbang kepada pembaziran petrol. Berikut adalah 10 amalan utama yang menyebabkan pembaziran berlaku yang telah dipetik dari pekeliling stesen minyak.

1. Tidak memasang penghawa dingin ketika memandu
ramai diantara kita yang beranggapan bahawa memasang penghawa dingin semasa memandu hanya akan meningkatkan penggunaan petrol. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pembaziran minyak lebih banyak terjadi apabila terdapatnya rintangan aerodinamik, lebih-lebih lagi jika tingkap kereta diturunkan. Jadi semasa menyusuri lebuhraya, pasangkan sahaja penghawa dingin dan tutupkan tingkap kenderaan anda rapat-rapat.

2. Membiarkan enjin terpasang tanpa bergerak
membiarkan enjin kenderaan anda terpasang tanpa bergerak hanya akan mengakibatkan pambakaran gas yang sia-sia. Dengan penggunaan enjin moden dengan suntikan bahan api, ianya hanya memerlukan jumlah petrol yang sangat sedikit untuk menghidupkan enjin kereta yang sudah dipanaskan. Usah bimbang untuk menghangatkan enjin kereta anda sebelum mula memandu. Anda boleh mula memandu dengan serta merta sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta, tetapi pastikan ianya dilakukan dengan perlahan-lahan sehinggalah enjin anda mulai panas.

3. Mengabaikan servis kenderaan
menghantar kenderaan anda untuk diservis bukan sahaja menukarkan benda-benda seperti penapis udara dan minyak, tetapi ianya juga berguna untuk mengenalpasti bahagian-bahagian dalaman kenderaan yang mungkin sudah tidak berfungsi. Kerosakkan ini mungkin akan mengakibatkan pembaziran minyak, atau lebih teruk lagi jika terjadinya permasalahan yang lain pula.

4. Tayar yang kempis
ini merupakan kaedah yang paling popular untuk membazirkan petrol. Tayar yang kempis bukan sahaja membakar petrol secara berlebihan, tetapi ianya juga merosakkan tayar kenderaan anda dengan lebih cepat. Lebih teruk lagi ianya juga boleh mengakibatkan kemalangan..!

5. Terus memecut apabila lampu isyarat bertukar hijau
tidak perlu menekan pedal minyak sehabis-habisnya ketika lampu isyarat bertukar hijau. Biarpun kita sudah terlewat dan ingin mengejar masa. Ini akan menyebabkan lebih banyak petrol di pamkan ke enjin anda. Anda tidak perlukan tekanan tersebut untuk memecut, pandulah dengan kadar normal.


6. Memandu terlalu perlahan
ada yang beranggapan apabila mereka memandu dengan perlahan, mereka akan mendapat jarak perjalanan yang lebih. Walaubagaimanapun, keadaan ini sebenarnya hanyalah merosakkan enjin dan membuatnya menjadi kurang cekap (dan membazir petrol juga). Kuncinya di sini, seimbangkan antara dua keadaan ekstrim ini, dan pandulah dengan kadar yang sederhana.

7. Membrek ketika betul-betul di lampu merah
begitu juga dengan keadaan ini, apabila anda sudah nampak lampu isyarat bertukar merah, perlahan-lahan berhentikan kereta anda. Jangan terburu-buru berhenti hanya di saat-saat akhir. Amalan ini juga sebenarnya dapat mengelakkan pad brek dari cepat rosak.

8. Mengekori terlalu rapat
mengekori kenderaan yang berada di hadapan dengan jarak yang terlalu dekat amatlah merbahaya. Amalan ini hanya akan menjadikan anda terlalu fokus pada kenderaan di hadapan dan idak pada kenderaan lain yang terdapat di jalanraya. Ia juga akan menyebabkan anda menjadi kurang peka jika berlaku apa-apa jua kecemasan. Selain itu, petrol juga dibazirkan, ini adalah kerana apabila kenderaan di hadapan anda membrek, anda juga harus memperlahankan kenderaan anda.

9. Membawa barang yang tidak perlu
ramai daripada kita suka meletakkan barang-barang yang tidak perlu di dalam bonet mereka tanpa diketahui alasannya. Ini sebenarnya hanya menambahkan berat kenderaan dan akhirnya menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Mahu menambahkan jarak perjalanan kenderaan anda? Mudah saja, keluarkan apa jua barangan yang tidak perlu dalam kenderaan anda.

10. Menggunakan tayar berprestasi tinggi
ramai di antara kita yang suka memilih untuk menggunakan tayar yang berprestasi tinggi. Ini berikutan kuasa cengkaman dan aspek keselamatan yang ditawarkan melebihi tayar biasa. Walaubagaimanapun, tayar sebegini sebenarnya memerlukan lebih banyak kuasa untuk berjalan di atas jalanraya, lebih tinggi prestasi sebuah tayar, maka lebih banyak tenaga yang dibakar.

Tuesday, March 17, 2009

Diet oh Diet

BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Malaysia. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar. Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat.Diberikan beberapa panduan di sini:

Daging-
Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu. Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan. Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati. Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.

Ikan-
Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Telur-
Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

Lemak dan minyak-
Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak. Sapukan mentega dengan tipis. Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones. Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu. Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidak tepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya. Gantikan mi goreng dengan mi sup.

Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu. Makan buah segar dan bukan kek dan pastri. Produk tenusu Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak. Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak.Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini. Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar. Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.

Monday, March 16, 2009

Bekerja or Belajar?

Sambung belajar ataupun bekerja…? Setelah habis peperiksaan SPM, ini merupakan pilihan yang menentukan hidup kita. Bagi sesetengah orang, kerja merupakan pilihan mereka…terdapat pelbagai cabang kerja…contohnya seperti kerja kerajaan, swata, bekerja sendiri mahupun membuka kedai makan dan sebagainya…ramai remaja sekarang yang sudah berkerjaya dan ada juga diantara mereka yang berjawatan tinggi…

Namun tidak kurang juga mereka yang membuat pilihan untuk menyambung belajar…bagi mereka pelajaran adalah amat penting..sijil – sijil yang diperakui dari IPTA & IPTS menandakan mereka orang yang mahir ataupun berpengetahuan dalam bidang yang mereka ceburi.
Akan tetapi adakah pelajar – pelajar lepasan IPTA & IPTS tersebut benar – benar memahami bidang yang mereka ceburi…? Mereka duduk di dalam kelas…berhawa dingin…menghadap pen dan kertas…berbanding dgn orang yang sudah bekerja selama beberapa tahun..orang yang bekerja dari bawah mengenal sesuatu itu melalui secara praktikal dan pengalaman mereka dan tidak berasaskan teori yang diajarkan melalui buku.

Untuk mendapatkan diploma, sekurang kurangnya 3 tahun diperlukan…sekiranya kita bekerja selama 3 tahun, berapa banyak pengalaman yang kita boleh perolehi? Sekiranya anda mempunyai sebuah syarikat, calon yang manakah anda akan pilih…? Adakah yang mempunyai segulung diploma ataupun yang sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 3 tahun…? Cuba kita renung kembali pilihan yang mana lebih sesuai dengan Negara kita yang sedang pesat membangun ini…sambung belajar ataupun bekerja…?

Saturday, March 14, 2009

Nasib Pekerja Western Digital

Western digital, sebuah syarikat pembuat cakera keras kedua terbesar di dunia, mengumumkan pada akhir Disember yang lalu akan memberhentikan operasi kilang nya di Sarawak bulan Januari 2009 berikutan kegawatan ekonomi dunia. Ianya juga berkaitan dengan kekurangan permintaan terhadap produk keluaran syarikat western digital yang juga lebih dikenali sebagai ‘Komag’. Dengan penutupan kilang ini, sebanyak 1500 orang pekerjanya terpaksa diberhentikan.

Penyingkiran pekerja secara berperingkat telah dilaksanakan mulai pada Januari 2009 yang lepas dan dijangka berakhir pada bulan mac ini. Bagaimanapun terdapat juga segelintir pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini termasuklah golongan pekerja yang telah merancang untuk kembali ke kampung halaman mereka dan juga golongan yang merungut berikutan berhadapan gaji yang bakal diterima lebih kecil berbanding sebelumnya ketika kilang tersebut di bawah western digital.

Pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah perihatin terhadap pekerja-pekerja kilang tersebut dengan mengadakan pelbagai skim yang boleh mereka ikuti. Walaupun elaun yang ditawarkan tidaklah sebanyak gaji yang mereka perolehi sebelum ini, tapi usaha ini haruslah dipuji kerana ia membuktikan bahawa pihak kerajaan mengambil berat terhadap nasib dan kebajikan rakyat. Bekas pekerja kilang seharusnya mengambil usaha ini sebagai sesuatu yang positif kerana ianya bolehlah dijadikan pengalaman yang berguna disamping elaun tersebut bolehlah digunakan untuk menampung serba sedikit perbelanjaan asas harian sementara menunggu peluang pekerjaan yang seterusnya.

Tuesday, March 10, 2009

7 Amalan menguatkan daya ingatan

Berikut adalah beberapa amalan untuk menguatkan daya ingatan yang saya amalkan yang telah diambil dari internet.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.Berhati-hati dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan TambahanSesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.Elakkan KemurunganKemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.Belajar Sesuatu yang BaruCubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.Katakan Berulang KaliUntuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.Bermain Dengan AngkaAsahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Tuesday, March 3, 2009

Rahsia Teknik Mengajar Guru Utama Kita

Guru merupakan pekerjaan yang mulia, tidak dapat dinafikan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti dari segi rohani dan jasmani.

Namun dewasa ini sering kali dikatakan remaja dan pelajar kita rosak akhlak, terlibat dengan pelbagai gejala sosial dan sebagainya. Dimanakah silapnya?

Mungkin ada yang katakan bahawa ibu bapa yang sepatutnya membentuk pelajar-pelajar ini, ada juga yang menyalahkan pihak guru dan sebahagiannya pula menyalahkan pelajar sendiri yang silap membuat keputusan.

Jika dilihat dalam kehidupan seorang pelajar, kebanyakkan masanya akan dihabiskan bersama dengan rakan-rakan dan guru. Ibu bapa hanya akan bertemu dengan anak-anak mereka ketika waktu hujung minggu,itupun sekiranya tiada kelas tambahan atau tuisyen. Oleh itu jika pelajar itu gagal, maka yang turut sama gagal adalah guru yang mengajarnya.

Silapnya disini adalah guru-guru mengajar sesuatu yang hanya dibacakan melalui buku teks dan buku-buku panduan disiplin. Apa yang diajarkan tidak diselami dan dihayati sepenuhnya. Tambahan lagi disiplin yang disampaikan juga tidak dilaksanakan. Maksud saya disini adalah, untuk mengajar seseorang pelajar mengenai disiplin guru-guru seharusnya membuat perkara itu terlebih dahulu agar boleh dicontohi dan diikuti oleh para pelajar. Seperti menggunakan baju seragam ke sekolah, dari dahulu sehingga sekarang belum pernah ada sekolah di Malaysia yang gurunya mempunyai baju seragam sendiri. Owhh.. mungkin perkara ini tak releven, jadi buat apa nak suruh budak-budak gunakan pakaian seragam?

Begitu juga dengan membawa handphone ke sekolah, kalau tak nak pelajar bawa handphone ke sekolah, penyelesaiannya mudah, guru yang mengajar harus memberi contoh yang sama. Kalau tak bagaimana guru nak jelaskan kenapa dia boleh bawa handphone ke sekolah?

Kepada guru-guru yang membaca posting ini, mungkin ada yang tidak bersetuju. Namun masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan menuding jari, tapi guru harus tanyakan pada diri apa yang boleh aku buat untuk selesaikan masalah ini? Dalam Islam guru utama kita adalah Nabi Muhammad SAW, sebab itulah adanya sunnah agar kita boleh mencontohi apa yang hendak disampaikan oleh Nabi kita. Nabi menyampaikan ajarannya dengan memberikan contoh yang baik dan melakukan apa yang disampaikannya. Dengan teknik ini beliau mampu menerangkan hati sebuah bangsa yang jahil, tidakkah ini menunjukkan bahawa teknik mengajar yang paling berkesan adalah kita harus buat dulu kemudian barulah ada pelajar yang akan ikut. Kalau Nabi sendiri tak sembahyang, adakah kita sebagai umat yang telah bergenerasi-generasi kemudiannya ini akan sembahyang? Fikirkanlah wahai guru Malaysia..

Thursday, February 26, 2009

Nak kerja Dubai?

Dubai was once known as the most aggresive and fast developed country in this world; whereby you can see construction of towers and other huge massive development almost all over the places, something that you can't imagine unless you see it with your own eyes. Infact, no other country in this world yang membangun terlalu cepat seperti Dubai.

Huge and massive development in DubaiApabila World Economy Crisis melanda, Dubai juga tak terlepas daripada menjadi mangsa. Kini hampir 98% project di sini has been freezed. Hampir 40% warganya kehilangan pekerjaan. Ini termasuklah expatriate dari Malaysia. This morning aku sempat singgah ke Ministry Of Labour after one of my Arab friend called. Actually he wanted me to come setelah terserempak dengan malaysian kat situ. There were about 40++ group of them yang nak buat report and complaint after they were sacked by the company tanpa mendapat sebarang compensation etc. I was shocked that all of them merupakan mangsa penipuan company yang mengambil diorang ni. Semasa menandatangani surat perjanjian dulu, berbagai-bagai janji manis telah diberi oleh this company such as gaji besar, allowance besar, tanggungan rumah sewa yang selesa, tanggungan kereta sewa etc.

Malaysian yang aku temui - mangsa penipuan CompanyAnd now, what happen is that.. they end up tinggal dalam bilik yang sempit (average 10 - 20 people in one small room) also bercampur lelaki and perempuan, gaji yang hanya cukup-cukup untuk makan, minum, and transportation to work, allowance yang dipotong dengan alasan due to economy crunch, etc. Memang kesian betul tengok diorang ni. Dilayan macam pekerja buruh kasar. Lagi elok balik Malaysia rather than kena tipu kat negara asing.

Keadaan di labourcamp Dubai. Sanggupkah anda?So kepada sesiapa kat Malaysia sana yang either ternampak any vacant or berminat untuk bekerja kat Dubai ni, pastikan beberapa perkara ni di selidik betul-betul sebelum mengambil sebarang keputusan..1. Company background - Selidik dahulu latarbelakang company ni. Buat sikit homework. Basically, keadaan di Dubai sekarang ni memang tenat dan kebanyakkan company dah tak boleh nak survive sini, unless they have other projects outside Dubai.2. Salary - For a Professional worker, contohnya Arkitek yang mempunyai pengalaman more than 10 years.. you'll be getting ATLEAST MINIMUM AED20,000.00 - AED25,000.00 (RM21,000.00 - RM26,000.00) permonth. Pastikan gaji basic ni tertulis pada UAE Contract Certificate.

Menilai gaji sendiri amat penting apabila bekerja di sini3. Allowance - Pastikan sebarang surat perjanjian hanya akan di sign di UAE, and the company's Letterhead in UAE dan bukannya di Malaysia. Ini untuk mengelakkan sebarang penipuan from the company that you're going to work with. Also, if anything happen.. hanya proper documents yang sah di UAE sahaja yang boleh dijadikan bukti untuk menuntut sebarang hak anda.4. Accomodation and Transportation - Sewa rumah kat sini amat mahal. Infact, Dubai is ranked in top 5 for the most expensive property in the world. Paling murah pun, for 1 apartment with 1 bedroom dalam ranging AED70,000.00 - AED90,000.00 per anum. Same goes to sewa kereta. So, you need to calculate betul-betul benda ni. Cost of living here are also very high. Jangan sangka bila company bagi gaji around AED10,000.00 sebulan, anda dah melompat riang. There are so many things you need to think about before making any decisions. 10k memang mewah kalau kat Malaysia. But here in Dubai, 10k is nothing. So be careful.

Sewa rumah amat tinggi. Rancanglah dengan berhati-hati.Anyway, kalau ikutkan,.. memang banyak lagi yang perlu kita selidik la. Points yang aku bagi kat atas tu, merupakan points penting and wajib diketahui. Or if you want to be on a safer side, I don't encourage you untuk menerima sebarang vacancies from Dubai at this time. Believe me, things are not going to get better here dalam masa terdekat ni. Almost 40% of the population will leave the country this April. Even my company ni pun dah decided to move its operation to Abu Dhabi soon. Just wait until economy betul-betul pulih nanti. Apa-apa pun, memang aku cukup kesian bila tengok bangsa ku sendiri teraniaya semata-mata janji manis company yang tak berhati perut ni. So just be careful. Make sure you're secured enough.


Di petik dari http://audiosworld.blogspot.com/


Kata White Rabbit:

Hujan Emas di negeri orang lah ni. Apabila ekonomi merundum beginilah kisahnya, banyak yang akan kehilangan pekerjaan. Walaupun kerja sampai nak terbalik sekalipun, masih jugak diberhentikan disebabkan dipengaruhi ekonomi dunia.


Kesian jugak saya tengok warga kita yang bersusah payah berhijrah ke negara asing semata-mata untuk mencari nafkah yang lebih namun kemudiannya kecewa dan dilayan seperti buruh kasar. Jika kita lihat gambar yang dipostkan oleh audio di dalam blognya, keadaan mereka umpama ikan sardin. Kebanyakkan mereka bukannya tidak mempunyai pelajaran bahkan ada diantara mereka adalah golongan profesional. Kesian.


Saya pun pernah jugak terfikir alangkah baiknya kalau dapat bekerja di Dubai kerana gajinya lumayan. Seringkali saya bertanyakan teman saya audio mengenai peluang-peluang yang ada disana. Namun semalam ketika saya membeli pisang goreng yang dijual ditepi jalan, saya terfikir sejenak. Dari dulu sampai sekarang, gerai pisang goreng tu masih jugak disitu. Macam-macam dah berlaku, pergolakkan politik, pertukaran pemerintahan, undang-undang baru digubal dan kemelesetan ekonomi pun sedang dirasai. Tapi gerai tu masih jugak disitu, malahan semakin bertambah pulak pekerjanya dan ramai yang dah tahu akan gerai tersebut. Pembeli datang dari penempatan sekeliling dan ada jugak yang datang dari jauh semata-mata untuk membeli goreng pisang.


Apabila ditanya, "Banyak ke kakak jual goreng pisang ni sehari?"
Kakak tu jawab, "Tak lah banyak cukup-cukup makan je."
Kemudian saya pun menyibuk dan tanya lagi, "Satu hari berapa boleh dapat?"
Kakak tu jawab, "Kira-kira purata dalam RM100 je, kalau masa hujung-hujung bulan ada lebih sikit sebab orang baru dapat gaji kan."
Saya terkejut jugak, "Isshhh.. Banyak jugak tu kak."

Terus dalam kepala otak saya mengira pendapatan kakak tersebut sebulan.
RM100 x 30= RM3000 tolak modal dan gaji pekerja mungkin boleh dapat dalam RM2000 sebulan.

Seorang penggoreng pisang boleh janakan pendapatan sebanyak itu untuk sebulan mengapa masih ada yang menganggur? Selalu je kita laung-laungkan Malaysia boleh, tapi kenapa tak boleh? Memang ramai yang hendakkan security dengan mencari pekerjaan tetap. Tapi sementara menunggu peluang tiba, apa salahnya usahakan apa yang ada. Kalau pandai buat komputer, buatlah servis komputer, yang pandai design, buatlah design, tak mungkin graduan-graduan tak tahu satu habuk pun. Kalau yang pandai goreng telur, juallah telur goreng. Sedangkan telur rebus lagi orang beli.

Beberapa minggu lepas saya dengar mak saya bercerita anak kawan dia dua orang pompuan, kedua-duanya graduan bidang kejuruteraan. Tapi sekarang menganggur, duduk menangis dekat rumah tak ada kerja. Bila saya cakap menangis ni, memang dia orang betul-betul menangis. Lucu betul. Institusi pengajian kita ajar dari A-Z, dari -infiniti sampai +infiniti, tapi lupa nak ajar budak-budak ni macam mana nak cari duit.

Walaubagaimanapun pasal nak cari pekerjaan di negara asing, baik dengar nasihat bro audio kita. Periksa betul-betul keadaan negara tu dari atas sampai bawah. Kekadang disebabkan inflasi duit yang ribu-ribu pun tak boleh nak beli apa.

Tuesday, February 24, 2009

Rahsia Yahudi Sebenarnya Milik Kita

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara menarik dapat saya perhatikan: “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dinafikan ramai cendikiawan Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberikelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.


Di Israel, setelah mengetahui sang ibu mengandung, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau.

Saya bertanya, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam danberbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. (ini ajaran Rasul kita, pemakanan Rasulullah saw).
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.
*Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna ***_*keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).*_


**Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) (Dalam Islam pun merokok adalah taboo) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).

Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. (muzik; alQuran dapat menerangkan hati, al Quran itu cahaya) Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak.

Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.*(perniagaan, sukan memanah ajaran Islam)
*Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi, di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.


Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.

Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! (Jangan sesekali tinggalkan solat, itu kunci/senjata utama kejayaan dan kesihatan orang Islam). Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akanbekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak merekademikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. **Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajaranak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Kata White Rabbit:
Di copy paste dari blog http://wanhanafi.blogspot.com abang Wan Hanafi kerana saya dapati artikel ini sungguh menarik sekali. Cara pendidikan dan asuhan kaum Yahudi inilah yang saya katakan kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betapa mereka sungguh perihatin terhadap perkembangan minda generasi-generasi mereka. Dari sebelum dilahirkan lagi sehingga dewasa mereka mempraktikkan amalan yang kemudiannya mereka serapkan sebagai budaya bangsa mereka sendiri.

Walaupun saya bangga dengan budaya yang kita ada tapi tengoklah perbezaan amalan yang kita lakukan. Bangsa kita lebih banyak mempunyai amalan-amalan karut yang tak berfaedah kalau dibandingkan dengan bangsa Yahudi ini. Tak hairanlah kita jauh ketinggalan dalam perniagaan, muzik, kecerdasan otak dan sebagainya.

Kita masih merupakan bangsa yang tahu tapi sengaja tak ambil tahu. Contohnya rokok, kita tahu tapi entah mengapa ramai yang buat tak tahu. Begitu juga dengan perniagaan, kita tahu 9/10 rezeki datangnya dari sana dan 1/10 dari pertanian dan penternakan, tapi entah mengapa kita masih daftar spa.gov.my? Sedangkan ia merupakan sabda nabi kita untuk kita bukannya untuk bangsa Yahudi.

Entah.. Kalau ada yang boleh beri penjelasan hal-hal macam ni, memang aku suspek giler lah. Mengapa oh mengapa bangsaku?

Monday, February 23, 2009

Kuantiti VS Kualiti

Dipetik dari Berita Harian Online
Kerajaan sasar seorang guru bagi 20 murid: KPPA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha aktif bagi memperbaiki sistem penyampaian pendidikan dengan menyediakan seorang guru bagi setiap 20 murid, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, hari ini. Pada masa ini nisbahnya ialah seorang guru bagi setiap 40 murid dan terdapat kira-kira 360,000 guru di negara ini atau kira-kira 36 peratus dari keseluruhan perkhidmatan awam. Dalam respon segera, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mempunyai 150,000 anggota menyambut baik langkah itu, dengan menyatakan nisbah baru itu adalah "ideal dan impian setiap guru".
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia memerlukan sedikit masa sebelum dasar itu dapat dilaksanakan sepenuhnya berikutan kurangnya guru terlatih. Ismail menasihatkan siswazah yang belum mendapat kerja memohon mengikuti kursus latihan guru. - Bernama


Kata White Rabbit:
Walaupun petikan di atas ini adalah berita yang sangat baik bagi masalah pengangguran di negara kita, namun pada pendapat tak profesional saya, seharusnya pihak pendidikan lebih menitikberatkan kepada kualiti guru yang dihasilkan dan bukannya kuantiti.

Adanya bilangan guru yang lebih banyak hanya akan mengurangkan masalah pengangguran tapi jika masalah ini di hadapi dengan menambahkan lagi kualiti guru-guru dan kualiti subjek yang diajar, banyak masalah lain akan terselesai dengan sendirinya.

Dengan adanya pendidikan yang berkualiti maka pelajar hasil daripada institusi pendidikan negara kita akan lebih berkualiti dan ini akan menjamin peluang pekerjaan yang lebih cerah untuk mereka. Masalah penganggur zaman sekarang bukannya kekurangan kerja di negara kita, tapi penganggur yang kurang usaha. Ada seribu satu cara untuk mendapatkan kerja tapi semuanya nak kerja dengan kerajaan. Ini bererti sistem pendidikan negara hanya mendidik pelajar kita menjadi seorang pekerja kerajaan. Sedangkan kerajaan lebih memerlukan mereka yang berkerja di sektor swasta dan usahawan-usahawan bagi menjanakan pendapatan untuk negara. Perihal ini sungguh membingungkan kepala otak saya kerana kompius teramat dengan sistem pendidikan Malaysia. Mungkin 40 tahun dahulu kita boleh gunakan sistem pendidikan yang sedemikian tapi zaman sekarang sistem pendidikan kita terlalu kuno dan akibatnya, hasilnya pun akan jauh ketinggalan.

Sistem pendidikan negara harus di rombak semula, buang ke dalam tong dan buat semula yang baru dari kosong. Sekarang dengan adanya teknologi pelajar-pelajar semakin bijak dan mudah untuk mengaksess maklumat. Tak hairanlah lebih ramai yang skor dalam SPM, PMR dan ramai yang menjadi graduat. Tidakkah ini menunjukkan bahawa tahap peperiksaan kita terlalu rendah dan harus dinaikkan tarafnya. Sekarang budak dah boleh skor dalam 20 mata pelajaran. Dulu masa zaman saya dibangku sekolah 10 pun dah kira banyak, sekarang 10 budak boleh skor tutup mata, buka buku sket2 je.

Kesimpulannya pihak kerajaan harus ambil inisiatif dalam memperbetulkan keadaan ini. Jika ia dibiarkan berlarutan banyak masalah akan timbul dikemudian hari. Asyik nak gaduh pasal BM tukar BI tukar BM balik, sampai bila nak abis? Benda tu tak penting. Kalau kandungan tak sampai pada memurid, ajar dalam 18 bahasa pun tak guna sesen pun. Yang pentingnya kandungan, isi, dan panduan untuk memurid menghadapi dunia sebenar. Agar mereka boleh menjadi manusia berguna seterusnya menjamin kesejahteraan negara dan bangsa. Amin.

Thursday, February 19, 2009

Pemimpin Negara Islam








Saya berasakan perbuatan itu tidak salah kerana itu hak peribadinya. Tambahan pula, beliau masih bujang. Ini semua tindakan parti politik yang cuba mencemarkan maruah wakil Pakatan Rakyat," kata Timbalan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Dr Joyce Lee Yueh Choo. Dipetik dari Berita harian Online.

Kata White Rabbit:
Pada pendapat peribadi saya, sebagai seorang pemimpin seseorang itu seharusnya mempunyai etika yang baik. Dari segi peribadinya, budayanya, amalannya dan cara hidupnya. Kalau Elizabeth Wong bukan seorang wakil rakyat, saya boleh lagi terima perbuatannya itu adalah hak peribadinya. Tapi memandangkan beliau seorang wakil rakyat, setiap percakapannya adalah suara rakyat dan setiap tingkahlakunya mencerminkan tingkahlaku rakyat. Perkara sebegini tidak dapat dimaafkan.

Tambahan pula negara kita adalah negara Islam, tidakkah sikap pemimpin yang negatif ini akan mempengaruhi imej dan maruah negara? Tidak kiralah siapa yang buat. Sama ada parti Barisan ke, Pakatan ke, semuanya sama. Seharusnya sikap sebegini tidak disokong dan tindakan beliau untuk meletakkan jawatan seharusnya dialu-alukan dan disegerakan.

Bila saya lihat dalam television bagaimana sesetengah wanita yang bertudung merayu agar exco Selangor ini tidak meletakkan jawatan dan menangis dengan pemergiannya, saya rasa amat kecewa. Dalam fikiran saya entah kenapa pimpinan sebegini yang kita pilih, yang kita sanjungi.

Kepada golongan-golongan pemimpin, sila jaga percakapan serta tingkahlaku anda kerana ianya mencerminkan seluruh masyarakat Malaysia. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab, berani jadi pemimpin, beranilah tunaikan tanggungjawab seorang pemimpin.

Tuesday, February 17, 2009

Siapa bogel?Siapa salah?

Hari ini isu elizabeth wong menjadi bahan hangat arena politik negara kita. Gambar bogel wakil rakyat kita telah menjadi bahan jajaan dan mangsa teknologi. Suatu situasi yang memalukan, baik bagi wakil rakyat tersebut mahupun rakyat yang diwakilkannya.

Saya sememangnya tak terkejut mengenai kes-kes sebegini. Sudah tentu dengan teknologi canggih masa kini macam-macam boleh berlaku. Inilah yang dikatakan dunia tanpa batasan dimana maklumat boleh diperolehi di hujung jari.

Perkara yang mengejutkan aku ialah bagaimana dalam hal ini, sesetengah pihak masih boleh menyalahkan pihak Barisan Nasional? Mereka menyatakan bahawa tersebarnya gambar tersebut di internet adalah angkara dan taktik pihak Barisan Nasional. Hahaha... Kalau nak kempen sekalipun janganlah sampai begitu sekali.

Saya rasa betul jugak statement yang pihak BN keluarkan, Mana ada BN suruh dia bogel? Mana ada pihak BN yang suruh boyfren dia tangkap gambar.

Macam-macamlah strategi politik ni. Tapi nasihat aku kepada pihak pembangkang ni, kalau nak tuduh pun biarlah yang realistik sikit. Sediakan tilam ke? DNA ke? huhuhuhu... Contoh je...

Kurang ajar atau terlebih ajar?

Hormati Perlembagaan (Petikan Dari Berita Harian Online)
Tuanku Mizan beri amaran jangan gugat keharmonianKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh semua pihak ketika negara mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dihormati dan tidak dipersoalkan. Serentak itu, baginda mengingatkan semua pihak supaya sentiasa menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan jangan sesekali cuba untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengannya.
Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat semalam, Seri Paduka kesal kerana selepas 51 tahun negara merdeka, masih ada pihak tertentu cuba membangkitkan isu perkauman yang sempit serta menjadikannya perdebatan umum. Justeru, titah baginda, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum serta keamanan negara sentiasa terpelihara. "Hak setiap rakyat di negara ini, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Beta menyeru semua rakyat bersama-sama berusaha meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara.

"Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas untuk diamalkan," titah baginda. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak. Seri Paduka turut mengingatkan wakil rakyat supaya menunjukkan perilaku terpuji di Dewan Rakyat. Baginda sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan mereka sehingga memberi imej negatif kepada Dewan Rakyat dan negara.
"Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan," titah baginda. Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara. Prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Baginda juga mahu semua pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. "Beta memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu, termasuk melalui blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. "Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah Seri Paduka sambil meminta rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Tuanku Mizan bertitah, kerajaan juga mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan negara. "Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat," katanya. Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Baginda bertitah, bagi memastikan usaha membanteras rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang. "Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan Beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan," titah Seri Paduka.


Kata White Rabbit:
Kebelakangan ini, semenjak pilihanraya umum lepas, saya perhatikan semakin banyak isu-isu perkauman yang timbul. Jarang sekali Sultan campur tangan dengan urusan pentadbiran dan beri titah. Sekarang macam-macam titah dan amaran dah dikeluarkan tapi entah kenapa masih lagi ada yang menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan.

Adakah masyarakat kita kurang pengetahuan mengenai sejarah penubuhan negara? Bagaimana ia terbentuk? Syarat-syarat yang telah ditetapkan dan perkara-perkara yang harus diikuti untuk menjamin keharmonian negara? Kalau yang menimbulkan isu-isu ini orang yang tak berpelajaran, saya boleh terima. Tapi biasanya golongan yang terlebih sangat belajar yang menimbulkan isu-isu sensitif ini.

Mungkin bukan saja Melayu yang mudah lupa. Tapi Cina, India dan kaum-kaum lain juga mudah lupa. Lupa akan asal-usul dan bagaimana kita mula membentuk keharmonian ini. Keharmonian yang ketika itu kita namakan Malaysia.

Thursday, February 12, 2009

Pemimpin Insan Istimewa

Petikan diambil dari Berita Harian Online

Najib tiba di Kuching untuk lawatan tiga hari ke Sarawak

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 10.10 malam ini untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke Sarawak. Ketibaan Najib disambut Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, serta Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri dari Sarawak selain pegawai tinggi kerajaan pusat dan negeri. Najib akan memulakan aturcara lawatannya dengan mengadakan perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak di Hotel Hilton di sini pada jam 9 pagi esok.

Beliau kemudian dijadual menghadiri istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di Dewan Santapan Astana, Petra Jaya, pada jam 11.30 pagi. Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri majlis penyampaian bantuan kewangan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Negara 2009 bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Negeri Sarawak dan Sabah di Dewan James Wong Kim Min, SMK St Thomas, Kuching. Beliau juga dijadual hadir pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Bidayuh di Ibu Pejabat Dayak Bidayuh Nasional Association di Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee di sini.

Pada sebelah malam, Najib akan menyempurnakan majlis Penutupan Kongres Islam anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak di Hotel Riverside Majestic di sini. Timbalan Perdana Menteri juga akan akan melawat Miri pada Jumaat ini untuk menyampaikan bantuan ihsan kepada mangsa bencana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Niah dan di Pusat Persatuan Bulan Sabit Merah Miri sebelum kembali ke ibu negara pada hari sama. - Bernama

Kata White Rabbit:

DS Najib datang melawat Kuching? Hometown saya la.. Ni best ni.. Seronok betul kalau dapat jadi Timbalan Perdana menteri. Banyak tempat boleh pegi, banyak orang boleh jumpa dan banyak orang boleh kita bantu.

Tapi bila saya baca betul-betul petikan dari berita harian online di atas, saya sedar bahawa sebagai seorang pemimpin seseorang harus mengorbankan masanya demi rakyat dan negara. Kepentingan sendiri diketepikan demi melihat dan menjamin kebahagiaan rakyat.

Dari pagi sampai ke malam, penuh dengan aktiviti. Saya yakin di setiap majlis yang dihadiri kena beri ucapan. Setiap majlis berbeza-beza jadi tentulah teks ucapan juga berbeza-beza. Bila masa pulak nak ingat teks-teks tu? Kalau nak cakap main lepas je mana boleh. Setiap perkataan dan percakapan yang keluar dari mulut seorang timbalan perdana menteri akan direkod dan didengar oleh berjuta-juta masyarakat Malaysia. Silap sikit pihak pembangkang sentiasa menunggu peluang untuk serang. Lagi kena jaga perlakuan, nak kena senyum dan kena salam-salam lagi dengan rakyat. Waahhh... penatnya jadi Timbalan Perdana Menteri ni.. Saya bayang je pun dah rasa penat.. Kalau jadi betul-betul, maksimum kasi sebulan je la..

Jadi kesimpulan yang saya boleh buat adalah, walaupun kekadang pemimpin memang akan melakukan kesilapan atau kesalahan sepanjang beliau memimpin. Namun seorang pemimpin juga manusia yang tak akan lari dari membuat kesilapan. Tapi jangan sekali-kali kita hilang rasa hormat kepada mereka yang memimpin ini, kerana di dalam berjuta beliaulah yang sanggup memimpin kita, yang layak di mata ramai dan yang sanggup mengorbankan diri dan keluarga demi kita.

Link Tambahan Blog White Rabbit

Hari ini saya telah tambah satu link blog baru iaitu IT White Rabbit yang saya akan muatkan dengan maklumat-maklumat serta pengalaman-pengalaman saya berkenaan dengan hal-hal komputer. Saya harap sesiapa yang mempunyai kemusykilan pasal benda-benda komputer ni, kita boleh bincang-bincang kat situ. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ye..

Tuesday, February 10, 2009

Sepakat yang tak membawa berkat?Betul ke?

Karpal desak Anwar undur
Pengerusi DAP selar Kit Siang, Guan Eng GEORGETOWN: DAP semalam meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat kerana mempromosikan budaya melompat parti dengan memancing wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Anwar tidak layak untuk menerajui Pakatan Rakyat kerana tindakannya mempromosikan politik lompat parti adalah perbuatan tidak bermoral serta menjejaskan imej Pakatan Rakyat.
Selanjutnya di... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090208232733/Article

Kata White Rabbit:
Apa dah jadi dengan pakatan rakyat ni? Tak ada sepakat langsung.. Dari dulu-dulu lagi saya dah rasa pakatan ni takkan lama punya.. Orang kalo nak berpakat kena ada tujuan, niat dan ideologi yang sama.. Ni kalo sorang nak bawak timur sorang barat dan sorang pulak selatan, macam mana nak gerak mana-mana? Siapa nak jadi ketua? Hujung-hujung baik lambung duit siling je.. Belum lagi memerintah kerajaan dah mula cakap dia ni tak layak dia tu tak layak.. Baru perintah sikit je dah nak naik kepala pulak.. Sampai Sultan pun nak saman ke?

Kapal... Kapal... alamatnya tak lama la karrier ko dalam dunia politikus ni.. Semua pun ko nak saman.. Kalau disitu bumi dipijak disitula langit kita junjung.. janganla nak junjung diri sendiri plak.. Malaysia negara berdaulat dan Sultan adalah lambang kedaulatan untuk semua rakyat Malaysia.. Kalo tak hormat Sultan maksudnya tak hormat semua rakyat Malaysia.. Ingatla.. Ko jadi pengerusi sebab rakyat yang melantik ko, bukan kerna ko menang kes di mahkanmah.. Anytime rakyat boleh tarik balik jawatan tu.. biar ko jadi loyar buruk je kat rumah.. Dunia ni bulat.. Tak selalunya kita diatas.. kekadang dibawah.. jadi masa kat atas tu janganla lupa diri..

Friday, February 6, 2009

BN Kembali Berkuasa Di Perak

Petikan Dari Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090206003557/Article

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11. Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta.

Pemilihan Zambry, 47, sebagai Menteri Besar Perak diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, sejurus tiba dari Ipoh, malam tadi. Abdullah yang sebelum itu menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, berkata Sultan Azlan Shah sudah memperkenankan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar. Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru dijadualkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang ini, diikuti barisan Exco pada jam 10 pagi, Selasa ini. Di IPOH, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan menjelaskan, setelah menemui semua 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas, baginda yakin Mohammad Nizar sudah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota DUN.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Azlan Shah, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor. Sultan Perak membuat keputusan itu selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Kenyataan empat muka surat yang dikeluarkan kepada Bernama pada jam 2.15 petang itu juga menjelaskan, Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak kelmarin dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak. Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Perak, turut memohon menghadap baginda dan diberi perkenan berbuat demikian.
Pada majlis menghadap itu, Najib memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokongnya kini terdiri daripada 31 Adun dan menguasai majoriti ahli DUN. Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu tepat, Sultan Azlan Shah menitahkan semua 31 Adun berkenaan menghadap baginda. "Setelah menemui sendiri semua 31 Adun itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu. Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbang dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN Perak. "Baginda menggunakan budi bicara di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu. Keputusan itu dimaklumkan kepada Mohammad Nizar ketika dititah menghadap Sultan Perak, semalam. Info Datuk Dr Zambry Abdul Kadir TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962 TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak ISTERI: Datin Saripah Zulkifli ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki) KELULUSAN AKADEMIK:
PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
B Econs (Kepujian) UIAM (1987) PENCAPAIAN:
Anugerah Kepujian (PhD) 1995
Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987) JAWATAN:
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
Ketua Umno Bahagian Lumut
Adun Pangkor (sejak 2004)
Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)


Kata White Rabbit:

Sememangnya benar kata Jebat. "Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah". Pepatah lama yang memberikan pengertian dan pengajaran kepada masyarakat kita. Apabila kita berada di atas dan apabila kita diberikan tanggungjawab untuk memimpin, hendaklah kita berlaku adil. Janganlah kita menzalimi rakyat dan hak rakyat.

Saya harap agar para pemimpin kita sedar akan hal ini, bahawa pilihanraya yang lepas menunjukkan perasaan sebenar rakyat dan mencerminkan pemerintahan pemimpin-pemimpin. Pemimpin dilantik oleh rakyat, namun yang selalu dilupakan oleh para pemimpin kita adalah mereka dilantik untuk rakyat. Apabila telah menjadi pemimpin untuk bertahun-tahun lamanya mereka mula leka dan alpa dengan agenda masing-masing. Mungkin semangat memperjuangkan hak rakyat yang mulanya mereka ada semakin hari semakin pudar oleh kesenangan dan kesibukan. Apabila ada yang membangkang dan ada yang bersuara barulah mereka terjaga dari lamunan.

Walaupun ada hikmahnya kepada Barisan Nasional dari kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lepas. Namun kekalahan itu juga telah mengakibatkan parti UMNO hampir mengalami kehancuran dan ahli-ahlinya berpecah belah. Janganlah kita biarkan perkara ini berulang dan janganlah sampai nasik dah menjadi bubur. Malaysia dengan pemerintahan yang telah mentadbir selama 50 tahun amat disegani oleh dunia. Mungkin kita tidak berkembang pesat seperti negara-negara lain, mungkin juga kita tidak mempunyai teknologi secanggih negara lain, namun saya tetap bangga dengan Malaysia kerana kita punyai masyarakat yang berbudaya dan berkhemah tinggi yang tinggal di dalam satu rumpun yang harmoni dan aman. Itulah keistimewaan Malaysia.

Oleh itu sebagai pemimpin walaupun anda hanya memimpin sekumpulan manusia yang terdiri dari lima orang, hendaklah kita berlaku adil dan berikanlah hak ahli kumpulan anda yang sepatutnya. Mungkin di dunia kita dapat memutarbelitkan kata-kata, tapi yang sentiasa mengetahui adalah Allah SWT. Hak yang diambil mungkin tidak dituntut didunia tapi ia pasti dituntut di akhirat. Ingatlah kisah Tuah dan Jebat, pada mulanya Sultan yang memimpin dan memberikan titah tapi satu hari yang dipimpin mungkin akan memimpin. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.