Saturday, March 28, 2009

Had Tempoh Untuk Pemimpin 2

Sambungan….
Begitu juga jika dibandingkan di antara Sarawak dan Sabah, di mana Sabah merasai sistem pemerintahan berpenggal dan Sarawak pula telah diketuai oleh seorang pemimpin selama 28 tahun. Pernah saya bertanya warga Sabah yang menyatakan bahawa kebajikan mereka diabaikan kerana setiap pemimpin yang baru hanya ingin mengaut keuntungan dengan secepat-cepatnya sebelum masa mereka tamat. Di Sarawak pula dibawah satu pimpinan telah mengecapi pembangunan yang saya rasa amat membanggakan bagi sebuah negeri yang begitu luas. Rakyatnya hidup aman dan selamat, hinggakan kebersihan dan kesihatan rakyat pun mampu dijaga. Pehin Seri Abdul Taib Mahmud merupakan kuasa yang membolehkan kesemua ini terjadi. Rakyat hormat dan takut terhadapnya, namun rakyat sedar akan kebolehannya memimpin dan sedar akan betapa perlunya beliau dalam memimpin negeri Sarawak. Banyak juga aku dengar rakyat yang merungut, namun tahun demi tahun beliau masih mampu memenangi hati rakyat. Pemimpin yang memberikan segala kemudahan dan kebahagiaan kepada rakyat bukanlah seorang pemimpin yang baik, perkara seumpama itu hanya akan menjahanamkan sebuah pemerintahan walau sekukuh mana sekalipun pemerintahan tersebut. Pemimpin seperti Pehin Seri merupakan pemimpin yang mampu mencari keseimbangan dalam pemerintahan mereka. Tahu bila masa untuk memberi dan tahu bila masa untuk ambil.

Jika Tuanku Abdul Rahman merupakan Bapa Malaysia, Pehin Seri layak saya berikan gelaran Bapa Sarawak. Beliau merupakan yang terbaik dan tiada siapa layak menjadi penggantinya. Beliau membuatkan rakyat Sarawak bangga untuk jadi Orang Sarawak. Diharapkan pemerintahannya akan kekal berpanjangan. Insyallah..

Friday, March 27, 2009

Had Tempoh Untuk Pemimpin 1

Semalam semasa ucapan Pak Lah, beliau ada mencadangkan bahawa diletekkan had tempoh untuk pemimpin parti. Walaupun dari pandangan logik perkara ini merupakan satu cadangan yang baik. Namun dari segi realistiknya saya kurang bersetuju dengan cadangan yang sedemikian.

Dalam setiap pemerintahan harus ada satu kuasa yang menyatukannya. Ini secara jujur aku pelajari dari sebuah permainan komputer. Permainan ini dinamakan Stronghold. Ia memberikan peluang kepada pemainnya untuk memerintah sebuah Negara. Di antara opsyen permainan yang disediakan adalah pemerintahan dengan memberikan kebahagiaan kepada rakyat dan pemerintahan yang memberikan perasaan takut kepada rakyat. Keputusannya, pemerintahan yang memberikan perasaan takut kepada rakyat adalah lebih efisien dan aman damai rakyatnya. Rakyatnya lebih produktif, bersatu dan maju. Apabila di gunakan pemerintahan yang memberikan kebahagiaan dan segala kemudahan kepada rakyat, rakyat menjadi malas, huru hara berlaku apabila rakyat tidak mendapat apa yang mereka mahu dan sumber pendapatan Negara dihabiskan dengan cepat.

Walaupun mungkin ada yang berpendapat bahawa sebuah pemainan komputer tidak dapat disamakan dengan realiti sebenar, tapi kita lihatlah bagaimana Tun Mahathir mampu menyatukan rakyatnya. Selama berpuluh-puluh tahun tiada siapa yang berani menentangnya, ada yang berani namun kecundang juga. Lihatlah betapa lamanya beliau diberikan kepercayaan untuk memerintah? Lihatlah kejayaan dan kemajuan Malaysia ketika pemerintahannya. Cara pemikiran dan pemerintahannya dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Hingga dunia kenal akan Malaysia dan sedar akan kewujudannya.

Hinggakan setelah ketiadaannya dalam pucuk pimpinan, kata-kata beliau masih lagi di dengar, disokong, di hormati dan berbisa. Inilah yang dikatakan memimpin. Tidak mengira batas umur semakin lama semakin berisi, semakin lama semakin dihormati. Rakyat perlu ada pemimpin yang mereka hormati dan takuti. Jika hilang perasaan takut dan hormat ini, pada ketika itulah pihak pembangkang akan mula bersuara, rakyat yang tidak menghormati pemimpin akan seterusnya akan tidak menghormati setiap percakapannya dan apa jua undang-undang Negara yang ada. Rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku, hina-menghina dijadikan rutin harian, isu perkauman timbul dan hinggakan Sultan pun diperlekehkan. Bersambung…..

Thursday, March 26, 2009

DS Najib Era Pemerintahan Baru

Seperti yang kita lihat di televisyen sekarang, pucuk pimpinan UMNO telah pun ditukar gantikan dengan wajah-wajah baru. Adakah dengan wajah-wajah ini pergolakkan politik Negara akan kembali tenang? Hanya masa yang akan menentukan.

Namun saya tetap berharap bahawa pemimpin kita yang baru ini akan menunaikan tanggungjawab mereka kepada Negara.

Parti UMNO sebagai parti komponen pemimpin Barisan Nasional harus sedar bahawa pada ketika ini pembaharuan harus dilaksanakan. Bagi menghadapi krisis politik dan ekonomi yang melanda Malaysia. Ini bukanlah masa untuk merebut kekayaan ataupun pangkat dan nama. Tanggungjawab yang mereka pegang amatlah berat. Kesatuan haruslah dicari kembali untuk pergerakkan ke arah kemajuan yang seiring dan padu.

Contoh yang baik harus ditunjukkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan seterusnya Barisan Nasional. Saya percaya DS Najib mampu lakukan perubahan ke arah kebaikan untuk Malaysia. Semoga kita kekal aman dan sentosa. Insyallah.

Monday, March 23, 2009

Dadah musuh negara kita….!!!!!!!

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah.

Pada tahun 2005, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”

Friday, March 20, 2009

10 Amalan Punca Utama Pembaziran Petrol

Dengan harga pasaran petrol yang tidak menentu pada masa kini, sudah pastilah kita sentiasa mahu memastikan yang kita mengamalkan aktiviti penggunaan petrol yang optimum. Tetapi ramai daripada kita yang tidak menyedari ada di antara amalan-amalan seharian yang dilakukan sebenarnya menyumbang kepada pembaziran petrol. Berikut adalah 10 amalan utama yang menyebabkan pembaziran berlaku yang telah dipetik dari pekeliling stesen minyak.

1. Tidak memasang penghawa dingin ketika memandu
ramai diantara kita yang beranggapan bahawa memasang penghawa dingin semasa memandu hanya akan meningkatkan penggunaan petrol. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pembaziran minyak lebih banyak terjadi apabila terdapatnya rintangan aerodinamik, lebih-lebih lagi jika tingkap kereta diturunkan. Jadi semasa menyusuri lebuhraya, pasangkan sahaja penghawa dingin dan tutupkan tingkap kenderaan anda rapat-rapat.

2. Membiarkan enjin terpasang tanpa bergerak
membiarkan enjin kenderaan anda terpasang tanpa bergerak hanya akan mengakibatkan pambakaran gas yang sia-sia. Dengan penggunaan enjin moden dengan suntikan bahan api, ianya hanya memerlukan jumlah petrol yang sangat sedikit untuk menghidupkan enjin kereta yang sudah dipanaskan. Usah bimbang untuk menghangatkan enjin kereta anda sebelum mula memandu. Anda boleh mula memandu dengan serta merta sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta, tetapi pastikan ianya dilakukan dengan perlahan-lahan sehinggalah enjin anda mulai panas.

3. Mengabaikan servis kenderaan
menghantar kenderaan anda untuk diservis bukan sahaja menukarkan benda-benda seperti penapis udara dan minyak, tetapi ianya juga berguna untuk mengenalpasti bahagian-bahagian dalaman kenderaan yang mungkin sudah tidak berfungsi. Kerosakkan ini mungkin akan mengakibatkan pembaziran minyak, atau lebih teruk lagi jika terjadinya permasalahan yang lain pula.

4. Tayar yang kempis
ini merupakan kaedah yang paling popular untuk membazirkan petrol. Tayar yang kempis bukan sahaja membakar petrol secara berlebihan, tetapi ianya juga merosakkan tayar kenderaan anda dengan lebih cepat. Lebih teruk lagi ianya juga boleh mengakibatkan kemalangan..!

5. Terus memecut apabila lampu isyarat bertukar hijau
tidak perlu menekan pedal minyak sehabis-habisnya ketika lampu isyarat bertukar hijau. Biarpun kita sudah terlewat dan ingin mengejar masa. Ini akan menyebabkan lebih banyak petrol di pamkan ke enjin anda. Anda tidak perlukan tekanan tersebut untuk memecut, pandulah dengan kadar normal.


6. Memandu terlalu perlahan
ada yang beranggapan apabila mereka memandu dengan perlahan, mereka akan mendapat jarak perjalanan yang lebih. Walaubagaimanapun, keadaan ini sebenarnya hanyalah merosakkan enjin dan membuatnya menjadi kurang cekap (dan membazir petrol juga). Kuncinya di sini, seimbangkan antara dua keadaan ekstrim ini, dan pandulah dengan kadar yang sederhana.

7. Membrek ketika betul-betul di lampu merah
begitu juga dengan keadaan ini, apabila anda sudah nampak lampu isyarat bertukar merah, perlahan-lahan berhentikan kereta anda. Jangan terburu-buru berhenti hanya di saat-saat akhir. Amalan ini juga sebenarnya dapat mengelakkan pad brek dari cepat rosak.

8. Mengekori terlalu rapat
mengekori kenderaan yang berada di hadapan dengan jarak yang terlalu dekat amatlah merbahaya. Amalan ini hanya akan menjadikan anda terlalu fokus pada kenderaan di hadapan dan idak pada kenderaan lain yang terdapat di jalanraya. Ia juga akan menyebabkan anda menjadi kurang peka jika berlaku apa-apa jua kecemasan. Selain itu, petrol juga dibazirkan, ini adalah kerana apabila kenderaan di hadapan anda membrek, anda juga harus memperlahankan kenderaan anda.

9. Membawa barang yang tidak perlu
ramai daripada kita suka meletakkan barang-barang yang tidak perlu di dalam bonet mereka tanpa diketahui alasannya. Ini sebenarnya hanya menambahkan berat kenderaan dan akhirnya menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Mahu menambahkan jarak perjalanan kenderaan anda? Mudah saja, keluarkan apa jua barangan yang tidak perlu dalam kenderaan anda.

10. Menggunakan tayar berprestasi tinggi
ramai di antara kita yang suka memilih untuk menggunakan tayar yang berprestasi tinggi. Ini berikutan kuasa cengkaman dan aspek keselamatan yang ditawarkan melebihi tayar biasa. Walaubagaimanapun, tayar sebegini sebenarnya memerlukan lebih banyak kuasa untuk berjalan di atas jalanraya, lebih tinggi prestasi sebuah tayar, maka lebih banyak tenaga yang dibakar.

Tuesday, March 17, 2009

Diet oh Diet

BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Malaysia. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar. Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat.Diberikan beberapa panduan di sini:

Daging-
Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu. Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan. Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati. Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.

Ikan-
Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Telur-
Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

Lemak dan minyak-
Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak. Sapukan mentega dengan tipis. Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones. Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu. Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidak tepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya. Gantikan mi goreng dengan mi sup.

Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu. Makan buah segar dan bukan kek dan pastri. Produk tenusu Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak. Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak.Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini. Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar. Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.

Monday, March 16, 2009

Bekerja or Belajar?

Sambung belajar ataupun bekerja…? Setelah habis peperiksaan SPM, ini merupakan pilihan yang menentukan hidup kita. Bagi sesetengah orang, kerja merupakan pilihan mereka…terdapat pelbagai cabang kerja…contohnya seperti kerja kerajaan, swata, bekerja sendiri mahupun membuka kedai makan dan sebagainya…ramai remaja sekarang yang sudah berkerjaya dan ada juga diantara mereka yang berjawatan tinggi…

Namun tidak kurang juga mereka yang membuat pilihan untuk menyambung belajar…bagi mereka pelajaran adalah amat penting..sijil – sijil yang diperakui dari IPTA & IPTS menandakan mereka orang yang mahir ataupun berpengetahuan dalam bidang yang mereka ceburi.
Akan tetapi adakah pelajar – pelajar lepasan IPTA & IPTS tersebut benar – benar memahami bidang yang mereka ceburi…? Mereka duduk di dalam kelas…berhawa dingin…menghadap pen dan kertas…berbanding dgn orang yang sudah bekerja selama beberapa tahun..orang yang bekerja dari bawah mengenal sesuatu itu melalui secara praktikal dan pengalaman mereka dan tidak berasaskan teori yang diajarkan melalui buku.

Untuk mendapatkan diploma, sekurang kurangnya 3 tahun diperlukan…sekiranya kita bekerja selama 3 tahun, berapa banyak pengalaman yang kita boleh perolehi? Sekiranya anda mempunyai sebuah syarikat, calon yang manakah anda akan pilih…? Adakah yang mempunyai segulung diploma ataupun yang sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 3 tahun…? Cuba kita renung kembali pilihan yang mana lebih sesuai dengan Negara kita yang sedang pesat membangun ini…sambung belajar ataupun bekerja…?

Saturday, March 14, 2009

Nasib Pekerja Western Digital

Western digital, sebuah syarikat pembuat cakera keras kedua terbesar di dunia, mengumumkan pada akhir Disember yang lalu akan memberhentikan operasi kilang nya di Sarawak bulan Januari 2009 berikutan kegawatan ekonomi dunia. Ianya juga berkaitan dengan kekurangan permintaan terhadap produk keluaran syarikat western digital yang juga lebih dikenali sebagai ‘Komag’. Dengan penutupan kilang ini, sebanyak 1500 orang pekerjanya terpaksa diberhentikan.

Penyingkiran pekerja secara berperingkat telah dilaksanakan mulai pada Januari 2009 yang lepas dan dijangka berakhir pada bulan mac ini. Bagaimanapun terdapat juga segelintir pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini termasuklah golongan pekerja yang telah merancang untuk kembali ke kampung halaman mereka dan juga golongan yang merungut berikutan berhadapan gaji yang bakal diterima lebih kecil berbanding sebelumnya ketika kilang tersebut di bawah western digital.

Pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah perihatin terhadap pekerja-pekerja kilang tersebut dengan mengadakan pelbagai skim yang boleh mereka ikuti. Walaupun elaun yang ditawarkan tidaklah sebanyak gaji yang mereka perolehi sebelum ini, tapi usaha ini haruslah dipuji kerana ia membuktikan bahawa pihak kerajaan mengambil berat terhadap nasib dan kebajikan rakyat. Bekas pekerja kilang seharusnya mengambil usaha ini sebagai sesuatu yang positif kerana ianya bolehlah dijadikan pengalaman yang berguna disamping elaun tersebut bolehlah digunakan untuk menampung serba sedikit perbelanjaan asas harian sementara menunggu peluang pekerjaan yang seterusnya.

Tuesday, March 10, 2009

7 Amalan menguatkan daya ingatan

Berikut adalah beberapa amalan untuk menguatkan daya ingatan yang saya amalkan yang telah diambil dari internet.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.Berhati-hati dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan TambahanSesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.Elakkan KemurunganKemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.Belajar Sesuatu yang BaruCubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.Katakan Berulang KaliUntuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.Bermain Dengan AngkaAsahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Tuesday, March 3, 2009

Rahsia Teknik Mengajar Guru Utama Kita

Guru merupakan pekerjaan yang mulia, tidak dapat dinafikan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti dari segi rohani dan jasmani.

Namun dewasa ini sering kali dikatakan remaja dan pelajar kita rosak akhlak, terlibat dengan pelbagai gejala sosial dan sebagainya. Dimanakah silapnya?

Mungkin ada yang katakan bahawa ibu bapa yang sepatutnya membentuk pelajar-pelajar ini, ada juga yang menyalahkan pihak guru dan sebahagiannya pula menyalahkan pelajar sendiri yang silap membuat keputusan.

Jika dilihat dalam kehidupan seorang pelajar, kebanyakkan masanya akan dihabiskan bersama dengan rakan-rakan dan guru. Ibu bapa hanya akan bertemu dengan anak-anak mereka ketika waktu hujung minggu,itupun sekiranya tiada kelas tambahan atau tuisyen. Oleh itu jika pelajar itu gagal, maka yang turut sama gagal adalah guru yang mengajarnya.

Silapnya disini adalah guru-guru mengajar sesuatu yang hanya dibacakan melalui buku teks dan buku-buku panduan disiplin. Apa yang diajarkan tidak diselami dan dihayati sepenuhnya. Tambahan lagi disiplin yang disampaikan juga tidak dilaksanakan. Maksud saya disini adalah, untuk mengajar seseorang pelajar mengenai disiplin guru-guru seharusnya membuat perkara itu terlebih dahulu agar boleh dicontohi dan diikuti oleh para pelajar. Seperti menggunakan baju seragam ke sekolah, dari dahulu sehingga sekarang belum pernah ada sekolah di Malaysia yang gurunya mempunyai baju seragam sendiri. Owhh.. mungkin perkara ini tak releven, jadi buat apa nak suruh budak-budak gunakan pakaian seragam?

Begitu juga dengan membawa handphone ke sekolah, kalau tak nak pelajar bawa handphone ke sekolah, penyelesaiannya mudah, guru yang mengajar harus memberi contoh yang sama. Kalau tak bagaimana guru nak jelaskan kenapa dia boleh bawa handphone ke sekolah?

Kepada guru-guru yang membaca posting ini, mungkin ada yang tidak bersetuju. Namun masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan menuding jari, tapi guru harus tanyakan pada diri apa yang boleh aku buat untuk selesaikan masalah ini? Dalam Islam guru utama kita adalah Nabi Muhammad SAW, sebab itulah adanya sunnah agar kita boleh mencontohi apa yang hendak disampaikan oleh Nabi kita. Nabi menyampaikan ajarannya dengan memberikan contoh yang baik dan melakukan apa yang disampaikannya. Dengan teknik ini beliau mampu menerangkan hati sebuah bangsa yang jahil, tidakkah ini menunjukkan bahawa teknik mengajar yang paling berkesan adalah kita harus buat dulu kemudian barulah ada pelajar yang akan ikut. Kalau Nabi sendiri tak sembahyang, adakah kita sebagai umat yang telah bergenerasi-generasi kemudiannya ini akan sembahyang? Fikirkanlah wahai guru Malaysia..