Tuesday, March 3, 2009

Rahsia Teknik Mengajar Guru Utama Kita

Guru merupakan pekerjaan yang mulia, tidak dapat dinafikan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti dari segi rohani dan jasmani.

Namun dewasa ini sering kali dikatakan remaja dan pelajar kita rosak akhlak, terlibat dengan pelbagai gejala sosial dan sebagainya. Dimanakah silapnya?

Mungkin ada yang katakan bahawa ibu bapa yang sepatutnya membentuk pelajar-pelajar ini, ada juga yang menyalahkan pihak guru dan sebahagiannya pula menyalahkan pelajar sendiri yang silap membuat keputusan.

Jika dilihat dalam kehidupan seorang pelajar, kebanyakkan masanya akan dihabiskan bersama dengan rakan-rakan dan guru. Ibu bapa hanya akan bertemu dengan anak-anak mereka ketika waktu hujung minggu,itupun sekiranya tiada kelas tambahan atau tuisyen. Oleh itu jika pelajar itu gagal, maka yang turut sama gagal adalah guru yang mengajarnya.

Silapnya disini adalah guru-guru mengajar sesuatu yang hanya dibacakan melalui buku teks dan buku-buku panduan disiplin. Apa yang diajarkan tidak diselami dan dihayati sepenuhnya. Tambahan lagi disiplin yang disampaikan juga tidak dilaksanakan. Maksud saya disini adalah, untuk mengajar seseorang pelajar mengenai disiplin guru-guru seharusnya membuat perkara itu terlebih dahulu agar boleh dicontohi dan diikuti oleh para pelajar. Seperti menggunakan baju seragam ke sekolah, dari dahulu sehingga sekarang belum pernah ada sekolah di Malaysia yang gurunya mempunyai baju seragam sendiri. Owhh.. mungkin perkara ini tak releven, jadi buat apa nak suruh budak-budak gunakan pakaian seragam?

Begitu juga dengan membawa handphone ke sekolah, kalau tak nak pelajar bawa handphone ke sekolah, penyelesaiannya mudah, guru yang mengajar harus memberi contoh yang sama. Kalau tak bagaimana guru nak jelaskan kenapa dia boleh bawa handphone ke sekolah?

Kepada guru-guru yang membaca posting ini, mungkin ada yang tidak bersetuju. Namun masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan menuding jari, tapi guru harus tanyakan pada diri apa yang boleh aku buat untuk selesaikan masalah ini? Dalam Islam guru utama kita adalah Nabi Muhammad SAW, sebab itulah adanya sunnah agar kita boleh mencontohi apa yang hendak disampaikan oleh Nabi kita. Nabi menyampaikan ajarannya dengan memberikan contoh yang baik dan melakukan apa yang disampaikannya. Dengan teknik ini beliau mampu menerangkan hati sebuah bangsa yang jahil, tidakkah ini menunjukkan bahawa teknik mengajar yang paling berkesan adalah kita harus buat dulu kemudian barulah ada pelajar yang akan ikut. Kalau Nabi sendiri tak sembahyang, adakah kita sebagai umat yang telah bergenerasi-generasi kemudiannya ini akan sembahyang? Fikirkanlah wahai guru Malaysia..

4 comments:

  1. iboh bunyi ya bah pok. aku rasa mun kita sik belajar respek dak cikgu tok macam nenek datuk kita marek, apa-apa pun nok dipolah dak tok sik akan berjaya. mun kita dah kelakar bunyi ya, dek-dek gik mbiak nek tok, yg kita tauk olahnya sik macam aku bersekolah marek. aku gik ingat cikgu math aku ya garang nok mampus, sorang jak salah semua kenak hukum tp sikda juak mak bapak dtg ngamok ke sekolah bahkan semua mek org nok di ajarnya berjaya dlm idup. coba nek tok, mun ada mbiak di anok kedak ya, arum bulaknya sigek kampong daknya dtg nok nyerang cikgu.
    aku rasa sik perlu kita nok nyalah dak cikgu jak cos semua hal-hal yg berkaitan dgn disipliun bermula dari rumah. keluarga yg bahagia, aman dan beriman akan menghasilkan anak yg baik tp sekiranya berlaku disebaliknya, kong pun bokyong.
    mun kita nok bercerita ttg nabi, sedang nabi siang malam nyuruh umatnya mentaati Allah dan ajarannya tp kinek tok, coba kita nanggar byk ney jak urg yg ngikut suruhan nabi. Mun dah ajaran dan teladan nabi sik diikut oleh numat Islam, dek-dek gik nok dipolah oleh cikgu. kus semengat..
    jd aku rasa bagus gik kita sama-sama cari jln yg terbaik bagi mengatasi masalah mbiak sekolah kita nek tok dari coba menuding jari kie satu pihak jak. ruangan utk memberi pendapat ya telah disediakan oleh pihak kementerian pelajaran dlm website daknya. mun ada masa, jengok-jengoklah website daknya.
    neway, pandangan kitak ya patut juak difikir oleh cikgu-cikgu kita agar dapat memberi kesedaran akan pentingnya kepimpinan melalui teladan.
    pasal uniform khas untuk dak cikguya, bagus juak. dpt juak daknya save budget dari meli baju beraneka fesyen..

    ReplyDelete
  2. Setiap pelajar sekarang mampu menilai sama ada guru itu pandai mengajar atau tidak. Guru itu mampu menarik minat dia belajar dan bersemangat. Guru itu mampu menjadi role model atau tidak.

    Namun, situasi sekarang SALAHLAKU PELAJAR: GURU WAJAR DIPERSALAHKAN. Pernah diperdebatkan bersama dengan pihak ibu bapa semasa mesyuarat PIBG. Suara lantang mereka asyik mengenakan guru. Asyik-asyik guru dipersalahkan. Alasan, guru x dpt jadi role model dengan baik terhadap pelajar. Pelajar bawa handphone sebab guru bawa handphone dan sebagainya.

    Justeru, aku BANGKIT menegakkan keadilan. Memang kebenaran itu pahit untuk ditelan.

    Teori Eric Erickson, pendirian ahli falsafah Sharifah Alawiyah Al-Sagoff sendiri menyatakan IBU BAPA merupakan AGEN SOSIALISASI UTAMA dalam MEMPENGARUHI ANAK-ANAK. Mereka yang sangat RAPAT dengan anak. Mampu menjaga anak dan fokus perhatian kepada mereka dapat ditumpukan. Tidak mungkin seorang guru mampu menjaga 30 orang pelajar sekaligus. Guru sendiri ada beban untuk digalas untuk kehidupan peribadinya.

    Nak mendisiplinkan anak ini, ia bermula dari sejak kecil lagi. Ibarat kita membuat RUMAH. TIANGNYA mesti kukuh. Kalau tak teguh, pasti ROBOH. Kerja menegakkan tiang rumah adalah didikan ibu bapa. Guru hanya mampu untuk MENCANTIKKAN rumah itu dengan menambah dinding, tingkap, pintu dan sebagainya.

    SATU SAJA CARA UNTUK MEMATIKAN HUJAH IBU BAPA YANG SERING MENYALAHKAN GURU.

    SALAHLAKU PELAJAR adalah SALAH MEREKA SENDIRI TERMASUK IBU BAPA.

    Analoginya mudah...

    Katakan seorang pelajar itu membuli pelajar lain, sehingga pelajar itu mati. Jadi, pelajar itu telah membunuh pelajar yang mati tadi.

    Apabila dihadapkan di mahkamah, diadili dengan bijaksana, ADAKAH GURU YANG AKAN DIPENJARA??? Pasti tidak. PELAJAR yang DIPENJARA. Siapa menanggung MALU? Adakah guru yang menanggung MALU? Menanggung MALU YANG AMAT BESAR adalah IBU BAPA. Justeru, janganlah terlalu meletakkan semua beban di pundak bahu guru. Cermin dulu peranan ibu bapa sebagai teman bicara, pemimpin, pencurah kasih sayang, orang paling rapat dan mampu meluangkan masa sepenuhnya tanpa alasan sibuk bekerja. Sebab guru pun ada anak dan menjadi ibu bapa. Tapi, Adakah ia terlaksana?

    Apabila analogi ini aku lontarkan, mesyuarat PIBG yang gempita dengan menyalahkan guru saja tadi TERUS SUNYI SEPI. MULUT ibubapa TERKUNCI RAPI. Cara ini saja yang mampu menjunamkan emosi mereka yang tak sedar diri.

    Yang pasti, hujahku tadi tersimpul mati dan tak terburai lagi. Pohonan MAAF dari mereka terpancar jelas apabila mesyuarat PIBG selesai. Huluran salam menjadi tautan.

    ReplyDelete
  3. Nang menar kata kelebar malam ya. Dikit2 nyalah cikgu. Mak bapak yg mencorakkan anak dgn budaya2 tertentu. Mun anak sik bagus olah, maksudnya ada lah silap dari mak bapak daknya. Kata pepatah mengatakan, bad ducks will not lay good eggs.

    Cikgu jaga anak urang sampai 40 org sekelas. Mak bapak jaga 4 org anak jak dah penin palak. Lewat sik dpt pikir logik nya.

    ReplyDelete