Western digital, sebuah syarikat pembuat cakera keras kedua terbesar di dunia, mengumumkan pada akhir Disember yang lalu akan memberhentikan operasi kilang nya di Sarawak bulan Januari 2009 berikutan kegawatan ekonomi dunia. Ianya juga berkaitan dengan kekurangan permintaan terhadap produk keluaran syarikat western digital yang juga lebih dikenali sebagai ‘Komag’. Dengan penutupan kilang ini, sebanyak 1500 orang pekerjanya terpaksa diberhentikan.
Penyingkiran pekerja secara berperingkat telah dilaksanakan mulai pada Januari 2009 yang lepas dan dijangka berakhir pada bulan mac ini. Bagaimanapun terdapat juga segelintir pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini termasuklah golongan pekerja yang telah merancang untuk kembali ke kampung halaman mereka dan juga golongan yang merungut berikutan berhadapan gaji yang bakal diterima lebih kecil berbanding sebelumnya ketika kilang tersebut di bawah western digital.
Pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah perihatin terhadap pekerja-pekerja kilang tersebut dengan mengadakan pelbagai skim yang boleh mereka ikuti. Walaupun elaun yang ditawarkan tidaklah sebanyak gaji yang mereka perolehi sebelum ini, tapi usaha ini haruslah dipuji kerana ia membuktikan bahawa pihak kerajaan mengambil berat terhadap nasib dan kebajikan rakyat. Bekas pekerja kilang seharusnya mengambil usaha ini sebagai sesuatu yang positif kerana ianya bolehlah dijadikan pengalaman yang berguna disamping elaun tersebut bolehlah digunakan untuk menampung serba sedikit perbelanjaan asas harian sementara menunggu peluang pekerjaan yang seterusnya.
Sudah satu bulan lebih saya di retrenched, tapi sampai sekarang belum ada bekerja lagi. Saya sudah semakin hilang semangat, jangan cakap tidak dioffer kerja, tapi di panggil untuk interview pun tidak ada. Mengenai skim latihan yang diumumkan, masih lagi menunggu. Mana dia kerja/latihan yang kerajaan kita cakap ada?
ReplyDeletebersabarlah anon.. percayalah bahawa rezeki di tangan tuhan.. mungkin ada punca rezeki yang lebih baik yang kita terlepas pandang.. berdoalah banyak-banyak dan tawakkallah..
ReplyDelete