Friday, August 1, 2008

Menjelang Bulan Merdeka

Merdeka memberi seribu satu makna kepada kita semua. Merdeka bukan sahaja merdeka daripada penjajahan tapi erti merdeka itu hendaklah merangkumi semua aspek sosial serta aspek ekonomi. Dari segi sosial, amalan serta perbuatan kita hendaklah merdeka dari pengaruh barat yang bertentangan dengan budaya dan agama kita. Dari segi ekonomi pula, hendaklah kita kuatkan semangat untuk merdeka tanpa mengharapkan sumber daripada negara-negara luar. Walaupun kita merdeka tapi dari aspek penjajahan sosial dan ekonomi kita masih menjadi hamba.

Tanpa kita sedari lambat-laun virus-virus ini akan tentunya melemahkan bangsa dan negara kita. Banyak golongan muda-mudi yang telahpun tumpas dengan virus ini. Ianya menular keseluruh negara tanpa kita sedari. Kelalaian serta kejahilan ini akan memusnahkan negara kita yang aman merdeka ini jika kita tidak menyedari betapa seriusnya penyakit ini.

Sempena bulan merdeka ini kita bulatkanlah tekad untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan. Janganlah kita lupa betapa peritnya nenek moyang kita hidup sebelum kemerdekaan. Janganlah juga kita sia-siakan kemerdekaan yang diperjuangkan mereka. Jika kita hendak mengekalkan kemerdekaan ini, kita hendaklah perkuatkan barisan pertahanan kita dengan perang ekonomi dan pertahankan budaya dan agama kita.

2 comments:

  1. Teruskan menulis...

    Semenjak ada blog ni... saya rasakan kita akan rajin berfikir dan rajin membaca.

    Kebaikan memiliki blog bukan saja dapat memberikan pendapat tapi kita dapat menambah ilmu pengetahun.

    BEST MENULIS BLOG...

    ReplyDelete
  2. Adakah anda pernah mencari bantuan kewangan mendesak? Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk membayar bil-bil dan hutang yang ada? Anda mencari perniagaan rumah dan pinjaman peribadi, hubungi kami sekarang dengan maklumat di bawah ini.

    Nama anda:
    negara:
    Jumlah Pinjaman:
    tempoh:
    pekerjaan:
    Tujuan dari pinjaman?
    Nombor Telefon:

    Nota: Semua tanggapan harus maju Hubungi kami sekarang melalui: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com Terima kasih sudah datang.

    ReplyDelete