Monday, July 21, 2008

Pendidikan Kewangan 2

Sejak sekian lama budaya pendidikan kita adalah berasaskan peperiksaan, yang betul diberi hadiah dan yang salah akan dirotankan. Di sinilah bermulanya sikap takut gagal bangsa kita, takut mengambil risiko dan tidak berani mencuba. Saya bukannya hendak menyokong mereka yang berbuat salah dari segi disiplin tapi hanya dalam konteks peperiksaan. Realitinya sikap ini tanpa disedari akan dibawa apabila pelajar-pelajar melangkah kedunia sebenar kelak. Apabila takut akan melakukan kesilapan, mereka akan duduk dirumah, malas berusaha dan berfikiran negatif terhadap segala-galanya.
Pendidikan yang ada sepatutnya membantu memperkembangkan minda dan dapat digunakan dalam membantu lepasan-lepasan graduan dalam pencarian kerjaya yang bermutu. Pengetahuan asas perniagaan seperti kunci kira-kira, cara membuka syarikat, cukai, cara membuat kertas kerja dan sebagainya harus didedahkan kepada mereka dari awal lagi. Dengan ini barulah dapat melahirkan usahawan-usahawan baru yang berdaya maju serta masalah ekonomi dan pengangguran dapat dikurangkan. Saya cadangkan "Satu Bilik Darjah, Satu Produk" , bagi menggalakkan serta mendedahkan bangsa kita dengan idea keusahawanan.

1 comment:

  1. Sebagai seorang pendidik, saya sangat setuju dengan komen anda tentang pendidikan kewangan di negara kita. kita terlalu "exam oriented" yang menjadikan minda pelajar2 menjadi malas untuk berfikir sendiri kerana terlalu biasa di 'spoon-fed'.

    Selain itu, kita sebagai generasi muda lansung tidak dipersiapkan untuk menghadapi kebenaran dunia sebenar. sesungguhnya dunia persekolahan (walaupun di peringkat universiti) adalah sangat naif jika dibandingkan dengan dunia pekerjaan/perniagaan atau dunia pencarian nafkah hidup.

    ReplyDelete