Petikan Dari Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090206003557/Article
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11. Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta.
Pemilihan Zambry, 47, sebagai Menteri Besar Perak diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, sejurus tiba dari Ipoh, malam tadi. Abdullah yang sebelum itu menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, berkata Sultan Azlan Shah sudah memperkenankan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar. Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru dijadualkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang ini, diikuti barisan Exco pada jam 10 pagi, Selasa ini. Di IPOH, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan menjelaskan, setelah menemui semua 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas, baginda yakin Mohammad Nizar sudah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota DUN.
"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Azlan Shah, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor. Sultan Perak membuat keputusan itu selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Kenyataan empat muka surat yang dikeluarkan kepada Bernama pada jam 2.15 petang itu juga menjelaskan, Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak kelmarin dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak. Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Perak, turut memohon menghadap baginda dan diberi perkenan berbuat demikian.
Pada majlis menghadap itu, Najib memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokongnya kini terdiri daripada 31 Adun dan menguasai majoriti ahli DUN. Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu tepat, Sultan Azlan Shah menitahkan semua 31 Adun berkenaan menghadap baginda. "Setelah menemui sendiri semua 31 Adun itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu. Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbang dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN Perak. "Baginda menggunakan budi bicara di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu. Keputusan itu dimaklumkan kepada Mohammad Nizar ketika dititah menghadap Sultan Perak, semalam. Info Datuk Dr Zambry Abdul Kadir TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962 TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak ISTERI: Datin Saripah Zulkifli ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki) KELULUSAN AKADEMIK:
PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
B Econs (Kepujian) UIAM (1987) PENCAPAIAN:
Anugerah Kepujian (PhD) 1995
Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987) JAWATAN:
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
Ketua Umno Bahagian Lumut
Adun Pangkor (sejak 2004)
Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
Kata White Rabbit:
Sememangnya benar kata Jebat. "Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah". Pepatah lama yang memberikan pengertian dan pengajaran kepada masyarakat kita. Apabila kita berada di atas dan apabila kita diberikan tanggungjawab untuk memimpin, hendaklah kita berlaku adil. Janganlah kita menzalimi rakyat dan hak rakyat.
Saya harap agar para pemimpin kita sedar akan hal ini, bahawa pilihanraya yang lepas menunjukkan perasaan sebenar rakyat dan mencerminkan pemerintahan pemimpin-pemimpin. Pemimpin dilantik oleh rakyat, namun yang selalu dilupakan oleh para pemimpin kita adalah mereka dilantik untuk rakyat. Apabila telah menjadi pemimpin untuk bertahun-tahun lamanya mereka mula leka dan alpa dengan agenda masing-masing. Mungkin semangat memperjuangkan hak rakyat yang mulanya mereka ada semakin hari semakin pudar oleh kesenangan dan kesibukan. Apabila ada yang membangkang dan ada yang bersuara barulah mereka terjaga dari lamunan.
Walaupun ada hikmahnya kepada Barisan Nasional dari kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lepas. Namun kekalahan itu juga telah mengakibatkan parti UMNO hampir mengalami kehancuran dan ahli-ahlinya berpecah belah. Janganlah kita biarkan perkara ini berulang dan janganlah sampai nasik dah menjadi bubur. Malaysia dengan pemerintahan yang telah mentadbir selama 50 tahun amat disegani oleh dunia. Mungkin kita tidak berkembang pesat seperti negara-negara lain, mungkin juga kita tidak mempunyai teknologi secanggih negara lain, namun saya tetap bangga dengan Malaysia kerana kita punyai masyarakat yang berbudaya dan berkhemah tinggi yang tinggal di dalam satu rumpun yang harmoni dan aman. Itulah keistimewaan Malaysia.
Oleh itu sebagai pemimpin walaupun anda hanya memimpin sekumpulan manusia yang terdiri dari lima orang, hendaklah kita berlaku adil dan berikanlah hak ahli kumpulan anda yang sepatutnya. Mungkin di dunia kita dapat memutarbelitkan kata-kata, tapi yang sentiasa mengetahui adalah Allah SWT. Hak yang diambil mungkin tidak dituntut didunia tapi ia pasti dituntut di akhirat. Ingatlah kisah Tuah dan Jebat, pada mulanya Sultan yang memimpin dan memberikan titah tapi satu hari yang dipimpin mungkin akan memimpin. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Satu senario politik yg agak mengejutkan. Lebih2 lagi berlaku di Malaysia. Takut2 nanti kita leh nmpak askar2 Malaysia kena usung senjata kt mana2 mrk berada sebab Malaysia dh jadi negara yg tak selamat pulak.
ReplyDeletepening tgk scenario rakyat di negeri sendiri ni..
ReplyDeletemasyarakat kita ni... macam-macam ada... huhuhuhu...
ReplyDeleteangkara pemimpin, rakyat bertelagah.
ReplyDeletefenin2..
Jaminan 100 % Pinjaman tawaran memohon
ReplyDeleteKami menawarkan pinjaman kepada mereka yang memerlukan kewangan untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika anda memerlukan kewangan , hubungi kami melalui
e-mel: allenthy1@hotmail.com