Anime iaitu animasi Jepun yang menjadi download dan tontonan hangat zaman sekarang ini menarik ramai penonton dari pelbagai usia dan lapisan masyarakat. Saya kalau ada kelapangan selalu juga mencuri masa untuk menonton beberapa siri anime Jepun ini. Dari pengamatan saya, banyak kandungan di dalam anime-anime tersebut yang secara tidak langsung mendidik mesyarakat tentang erti kehidupan dan sesetengah daripada anime-anime tersebut ingin menyampaikan mesej tersirat tanpa kita sedari.
Ada pelbagai mesej serta teladan yang disampaikan di dalam siri-siri anime ini. Di antaranya adalah semangat juang mempertahankan negara atau mempertahankan kepercayaan masing-masing, semangat setiakawan; sanggup menggadaikan nyawa serta mempertaruhkan segala-galanya demi erti sebuah persahabatan, kecekalan; iaitu sifat tidak pernah putus asa dalam usaha mencapai sesuatu tujuan, nilai kekeluargaan; iaitu memaparkan perhubungan kekeluargaan yang erat dan tabah bersama menghadapi cabaran, dan bermacam-macam lagi.
Terdapat banyak juga siri-siri anime yang mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja yang biasanya ingin mencapai cita-citanya. Beberapa contoh adalah seperti anime mengenai kisah seorang pemain tenis, kisah pemain bola, pemain bola keranjang, kisah seorang pembuat roti, ahli kimia, penyiasat persendirian dan banyak lagi. Perjalanan hidup watak utama anime-anime ini yang penuh cabaran diceritakan dengan jalan cerita yang menarik dan dalam bentuk animasi yang berwarna-warni. Dalam pada itu juga diselitkan unsur-unsur humor yang menghiburkan.
Mungkin pada pendapat ramai cerita-cerita sebegini adalah cerita budak-budak, tapi pada pendapat saya ianya adalah satu medium pembelajaran serta pendidikan yang baik. Di samping menghibur, ianya menyampaikan mesej yang pelbagai serta nilai-nilai positif ke dalam jiwa penonton yang melihatnya. Kalau ianya dijadikan tontonan untuk golongan remaja atau kanak-kanak, sudah tentu ianya boleh memberikan kesan yang positif dan lebih mendalam kerana pada ketika umur inilah mereka lebih mudah menyerap maklumat yang disampaikan. Bak kata pepatah "kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya".
Kesan yang ketara telah dapat dilihat di Jepun yang telah lama membuatkan anime-anime ini sebagai tontonan kepada golongan muda mereka. Dulu saya ingat mereka banyak menghasilkan anime mengenai pemain bola sepak yang unggul, sekarang generasi yang dulunya menonton anime-anime ini telah manjadi pemain bola sepak bertaraf dunia yang sebenar. Anime-anime mengenai robot juga merupakan antara salah satu anime yang banyak dihasilkan oleh Jepun pada zaman 80an dahulu, lihatlah sekarang di mana letaknya kedudukan Jepun dengan produk-produk robotik mereka?
Mungkin kesannya tidaklah secara langsung, tapi pendapat saya anime-anime tersebut memainkan peranan besar dalam pembentukkan keperibadian serta semangat mereka untuk mengejar cita-cita. Saya yakin dalam 10 ke 20 tahun yang akan datang akan timbul jaguh-jaguh dari Jepun yang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan anime-anime yang mereka hasilkan.
Kesimpulan yang boleh saya buat adalah para pengusaha animasi negara kita seharusnya mengambil contoh hasil-hasil karya animasi dari Jepun untuk dijadikan panduan dalam pengolahan jalan cerita yang baik serta mempunyai maksud tersirat yang memberikan kesan kepada penontonnya. Janganlah asyik dengan jalan cerita menolong wanita dalam kesusahan ataupun kisah pendekar-pendekar yang bergaduh entah apa-apa. Seperti kisah keluarga sidek, bagi saya ianya merupakan tajuk yang menarik dan jalan cerita yang boleh mempengaruhi minda-minda remaja. Kalau boleh dibanyakkan lagi kisah-kisah seumpama ini dan ianya tidak perlu berasaskan kisah sebenar atau biografi seseorang, sebagai karyawan biarlah alam semesta menjadi sempadan dan berkaryalah dengan minda yang terbuka. Insyaallah.
*peminat anime*
ReplyDeletehehe~
hopefully msia pun buat byk2 yg berkualiti.
:)
harapan saya pun sama..
ReplyDeleteanime foreva :P
ReplyDeletehaha
yuhuhu..nadiyah setuju tuh.
ReplyDeletesebb saya jga pemint anime.
..erti sebuah p'shabatn dlm cerita naruto~~hehe n mcm2 lgi lar~~ ;D
Hi WR.. long time no sound.. ehehe.. Anime Malaysia maseh jauh ketinggalan.. sadly..
ReplyDeleteyup.. naruto pun banyak juga moral-moral cerita yang baik.. semoga Malaysia boleh buat lebih banyak yang berkualiti..
ReplyDeleteantoo anime..
ReplyDeleteanime yg aku suka:
1.naruto shippuuden
2.Bleach
3.One peace
Anime di M'sia nun nya...gik jauh gik. Kita disuruh belajar teknologi nok kedak ya...kelak mdah nok niru dak Yahudi. Nok blajar Maths ngan Sains dlm BI pun mdah kita nok bljar bhsa penjajah. Takat tuk jaklha pemandei kita.
ReplyDelete