Dipetik dari Berita Harian Online
Kerajaan sasar seorang guru bagi 20 murid: KPPA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha aktif bagi memperbaiki sistem penyampaian pendidikan dengan menyediakan seorang guru bagi setiap 20 murid, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, hari ini. Pada masa ini nisbahnya ialah seorang guru bagi setiap 40 murid dan terdapat kira-kira 360,000 guru di negara ini atau kira-kira 36 peratus dari keseluruhan perkhidmatan awam. Dalam respon segera, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mempunyai 150,000 anggota menyambut baik langkah itu, dengan menyatakan nisbah baru itu adalah "ideal dan impian setiap guru".
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia memerlukan sedikit masa sebelum dasar itu dapat dilaksanakan sepenuhnya berikutan kurangnya guru terlatih. Ismail menasihatkan siswazah yang belum mendapat kerja memohon mengikuti kursus latihan guru. - Bernama
Kata White Rabbit:
Walaupun petikan di atas ini adalah berita yang sangat baik bagi masalah pengangguran di negara kita, namun pada pendapat tak profesional saya, seharusnya pihak pendidikan lebih menitikberatkan kepada kualiti guru yang dihasilkan dan bukannya kuantiti.
Adanya bilangan guru yang lebih banyak hanya akan mengurangkan masalah pengangguran tapi jika masalah ini di hadapi dengan menambahkan lagi kualiti guru-guru dan kualiti subjek yang diajar, banyak masalah lain akan terselesai dengan sendirinya.
Dengan adanya pendidikan yang berkualiti maka pelajar hasil daripada institusi pendidikan negara kita akan lebih berkualiti dan ini akan menjamin peluang pekerjaan yang lebih cerah untuk mereka. Masalah penganggur zaman sekarang bukannya kekurangan kerja di negara kita, tapi penganggur yang kurang usaha. Ada seribu satu cara untuk mendapatkan kerja tapi semuanya nak kerja dengan kerajaan. Ini bererti sistem pendidikan negara hanya mendidik pelajar kita menjadi seorang pekerja kerajaan. Sedangkan kerajaan lebih memerlukan mereka yang berkerja di sektor swasta dan usahawan-usahawan bagi menjanakan pendapatan untuk negara. Perihal ini sungguh membingungkan kepala otak saya kerana kompius teramat dengan sistem pendidikan Malaysia. Mungkin 40 tahun dahulu kita boleh gunakan sistem pendidikan yang sedemikian tapi zaman sekarang sistem pendidikan kita terlalu kuno dan akibatnya, hasilnya pun akan jauh ketinggalan.
Sistem pendidikan negara harus di rombak semula, buang ke dalam tong dan buat semula yang baru dari kosong. Sekarang dengan adanya teknologi pelajar-pelajar semakin bijak dan mudah untuk mengaksess maklumat. Tak hairanlah lebih ramai yang skor dalam SPM, PMR dan ramai yang menjadi graduat. Tidakkah ini menunjukkan bahawa tahap peperiksaan kita terlalu rendah dan harus dinaikkan tarafnya. Sekarang budak dah boleh skor dalam 20 mata pelajaran. Dulu masa zaman saya dibangku sekolah 10 pun dah kira banyak, sekarang 10 budak boleh skor tutup mata, buka buku sket2 je.
Kesimpulannya pihak kerajaan harus ambil inisiatif dalam memperbetulkan keadaan ini. Jika ia dibiarkan berlarutan banyak masalah akan timbul dikemudian hari. Asyik nak gaduh pasal BM tukar BI tukar BM balik, sampai bila nak abis? Benda tu tak penting. Kalau kandungan tak sampai pada memurid, ajar dalam 18 bahasa pun tak guna sesen pun. Yang pentingnya kandungan, isi, dan panduan untuk memurid menghadapi dunia sebenar. Agar mereka boleh menjadi manusia berguna seterusnya menjamin kesejahteraan negara dan bangsa. Amin.
1st!! heheh..
ReplyDeletebagus gak kalau direndahakan nisbah guru-pelajar. selain boleh mengurangkan kadar pengangguran, boleh juga meningkatkan konsentrasi seseorg guru kepada jumlah pelajr yg lbih sedikit. kalau nisbahnya tgi, sukar seorg guru hendak mengajar dan mengawal masalah disiplin dalam kalangan pljar yang ramai. maklum sajalah, masalah disiplin semakin menjadi2. Sampai kes bunuh-membunuh pun ade. seram seyh..
Soal kualiti pulak bergantung kepada qualification. pemilihan perlu dibuat berdasarkan sejauh mana seseorg itu ade profesionalisme sebagai seorg guru. Kalau nak ade kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, jgnlah disuruh cikgu matematik ajar sejarah. Cikgu sains ajar kemahiran hidup. Gilo apo? Mmg la seorg guru perlu ada kepelbagaian ilmu. Tapi lebih kualiti jika disuruh mereka mengajar subjek yg mereka master.
Ilmu Sains dan Matematik adalah mustahaknya untuk memahami konsep. Kalau konsep itu mampu difahami dengan baik menggunakan Bahasa Melayu, kenapa tidak digunakan saja jalan mudah ini?
ReplyDeleteAna sendiri adalah zaman Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik. Namun, bahasa Inggeris ana takdelah teruk sangat. Mampu memahaminya dengan baik. Sebenarnya, ia bergantung kepada usaha pelajar itu sendiri selain dedikasi guru untuk menarik perhatian pelajar minat berbahasa Inggeris.
***Bagus cadangan nisbah guru pelajar itu. Tapi zaman gawat ini, adakah benar terlaksana?