Thursday, February 12, 2009

Pemimpin Insan Istimewa

Petikan diambil dari Berita Harian Online

Najib tiba di Kuching untuk lawatan tiga hari ke Sarawak

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 10.10 malam ini untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke Sarawak. Ketibaan Najib disambut Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, serta Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri dari Sarawak selain pegawai tinggi kerajaan pusat dan negeri. Najib akan memulakan aturcara lawatannya dengan mengadakan perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak di Hotel Hilton di sini pada jam 9 pagi esok.

Beliau kemudian dijadual menghadiri istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di Dewan Santapan Astana, Petra Jaya, pada jam 11.30 pagi. Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri majlis penyampaian bantuan kewangan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Negara 2009 bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Negeri Sarawak dan Sabah di Dewan James Wong Kim Min, SMK St Thomas, Kuching. Beliau juga dijadual hadir pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Bidayuh di Ibu Pejabat Dayak Bidayuh Nasional Association di Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee di sini.

Pada sebelah malam, Najib akan menyempurnakan majlis Penutupan Kongres Islam anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak di Hotel Riverside Majestic di sini. Timbalan Perdana Menteri juga akan akan melawat Miri pada Jumaat ini untuk menyampaikan bantuan ihsan kepada mangsa bencana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Niah dan di Pusat Persatuan Bulan Sabit Merah Miri sebelum kembali ke ibu negara pada hari sama. - Bernama

Kata White Rabbit:

DS Najib datang melawat Kuching? Hometown saya la.. Ni best ni.. Seronok betul kalau dapat jadi Timbalan Perdana menteri. Banyak tempat boleh pegi, banyak orang boleh jumpa dan banyak orang boleh kita bantu.

Tapi bila saya baca betul-betul petikan dari berita harian online di atas, saya sedar bahawa sebagai seorang pemimpin seseorang harus mengorbankan masanya demi rakyat dan negara. Kepentingan sendiri diketepikan demi melihat dan menjamin kebahagiaan rakyat.

Dari pagi sampai ke malam, penuh dengan aktiviti. Saya yakin di setiap majlis yang dihadiri kena beri ucapan. Setiap majlis berbeza-beza jadi tentulah teks ucapan juga berbeza-beza. Bila masa pulak nak ingat teks-teks tu? Kalau nak cakap main lepas je mana boleh. Setiap perkataan dan percakapan yang keluar dari mulut seorang timbalan perdana menteri akan direkod dan didengar oleh berjuta-juta masyarakat Malaysia. Silap sikit pihak pembangkang sentiasa menunggu peluang untuk serang. Lagi kena jaga perlakuan, nak kena senyum dan kena salam-salam lagi dengan rakyat. Waahhh... penatnya jadi Timbalan Perdana Menteri ni.. Saya bayang je pun dah rasa penat.. Kalau jadi betul-betul, maksimum kasi sebulan je la..

Jadi kesimpulan yang saya boleh buat adalah, walaupun kekadang pemimpin memang akan melakukan kesilapan atau kesalahan sepanjang beliau memimpin. Namun seorang pemimpin juga manusia yang tak akan lari dari membuat kesilapan. Tapi jangan sekali-kali kita hilang rasa hormat kepada mereka yang memimpin ini, kerana di dalam berjuta beliaulah yang sanggup memimpin kita, yang layak di mata ramai dan yang sanggup mengorbankan diri dan keluarga demi kita.

No comments:

Post a Comment