Thursday, February 19, 2009

Pemimpin Negara Islam








Saya berasakan perbuatan itu tidak salah kerana itu hak peribadinya. Tambahan pula, beliau masih bujang. Ini semua tindakan parti politik yang cuba mencemarkan maruah wakil Pakatan Rakyat," kata Timbalan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Dr Joyce Lee Yueh Choo. Dipetik dari Berita harian Online.

Kata White Rabbit:
Pada pendapat peribadi saya, sebagai seorang pemimpin seseorang itu seharusnya mempunyai etika yang baik. Dari segi peribadinya, budayanya, amalannya dan cara hidupnya. Kalau Elizabeth Wong bukan seorang wakil rakyat, saya boleh lagi terima perbuatannya itu adalah hak peribadinya. Tapi memandangkan beliau seorang wakil rakyat, setiap percakapannya adalah suara rakyat dan setiap tingkahlakunya mencerminkan tingkahlaku rakyat. Perkara sebegini tidak dapat dimaafkan.

Tambahan pula negara kita adalah negara Islam, tidakkah sikap pemimpin yang negatif ini akan mempengaruhi imej dan maruah negara? Tidak kiralah siapa yang buat. Sama ada parti Barisan ke, Pakatan ke, semuanya sama. Seharusnya sikap sebegini tidak disokong dan tindakan beliau untuk meletakkan jawatan seharusnya dialu-alukan dan disegerakan.

Bila saya lihat dalam television bagaimana sesetengah wanita yang bertudung merayu agar exco Selangor ini tidak meletakkan jawatan dan menangis dengan pemergiannya, saya rasa amat kecewa. Dalam fikiran saya entah kenapa pimpinan sebegini yang kita pilih, yang kita sanjungi.

Kepada golongan-golongan pemimpin, sila jaga percakapan serta tingkahlaku anda kerana ianya mencerminkan seluruh masyarakat Malaysia. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab, berani jadi pemimpin, beranilah tunaikan tanggungjawab seorang pemimpin.

10 comments:

  1. sebenarnya apa yg elizabeth telah lakukan? seks? or hanya tidor dalam keadaan yg seksi (separuh bogel)..n ader org snap gambar dia tanpa disedari..

    check this out:
    http://satublogtotal.blogspot.com/2009/02/blow-siapa-pulak-yang-setuju-adun-letak.html

    yg u ckp nak ambil DNA la, angkat tilam la..what for? she juz sleep like a log only maa..but in a sexy way..hahaha..4 me itu peribadi dia. mana dia tau ader org nak snap gambar dia..kalau dia tahu mesti dia x tidor dalam keadaan separuh bogel..panas kot..?

    ReplyDelete
  2. sememangnya tak salah kalau nak tidur dalam keadaan macam mana sekalipun. Tapi yang salahnya adalah tidur dalam keadaan begitu ketika teman lelakinya ada dirumah. Dalam Islam ini mungkin jadi kes khalwat. Kalau suami isteri lainlah ceritanya.

    Mungkin boleh pertahankan lagi dengan menyatakan bahawa Elizabeth Wong bukan Islam dan beliau tidak tertakluk dalam hukum Islam. Tapi adakah agama beliau membenarkan perbuatan sedemikian?

    Malaysia negara Islam, saya pun Islam dan secara peribadi saya berpendapat sesiapa yang Islam tak sepatutnya menyokong perbuatan sedemikian atas apa alasan sekalipun. Then again semua manusia punyai hak masing-masing. LaKuM DiNuKuM WaLYaDiN.

    ReplyDelete
  3. Dalam Hendak Memimpin Ini Memerlukan Teori Dan Praktikal Yang Sebaiknya Untuk Kejayaan Kelak..

    ReplyDelete
  4. ader teman lelaki kew time tu? xtau plak..
    LaKuM DiNuKuM WaLiYaDiN la...

    tp ingat x kes Dr. Mashitah kata org bkn islam boleh melacur. Gile punya statemnet. ustazah plak tu..huhu..

    kalau betul dia ngan bf time tu, mmg slh dia la..

    ReplyDelete
  5. sebab itulah... dalam Islam.. kalau berfikir pun ada batasnya.. Kita harus sedar bahawa sesetengah perkara seharusnya diserahkan kepada Allah swt untuk mengelakkan fitnah dan kejatuhan ummah. Tapi yang salah tetap salah jangan sesekali pulak menghalalkan yang haram. Tapi dalam dunia ni macam-macam ada. :D

    ReplyDelete
  6. Maaf nak cuit sikit... aku nk tanya kat mana tempat kita rasa selamat, selesa dan bebas. Biasanya org akan kata kat rumah.. jd apa yg kita lakukan dirumah adalah hak kita kerana kita tak perlu nak lapurkan pd mana2 pihak pun apa yg kita nak lakukan dirumah.. sebab itu dlm islam pun semua org boleh membuka auratnya {terhad} asalkan ia bersama2 muhrimnya. itu utk org islam.. kalau org bukan islam tentu lebih sikit kan.. jd bagi aku mana yg peribadi is tetap peribadi walaupun dia seorang wakil rakyat. takkan bila kita jadi wakil rakyat kita kena beritahu semua org yg kita nak tidur dgn isteri kita mlm nih.. itu peribadi kan.. aku tidak memihak pd mana2 dlm hal ini cuma.. bg aku politik yg melibatkan peribadi adalah politik yg paling kotor dan jijik sekali.. dan mereka yg terlibat dlm hal yg sebegini bukanlah org yg boleh kita panggil pemimpin...perlu diingat nabi sendiri pernah berpesan agar kita menghormati hak2 org kafir terutama hak2 peribadi.... {adus seriousnya aku...}

    ReplyDelete
  7. saya pun kompius jugaklah... antara hak peribadi dengan pemimpin sebagai contoh.. maksud saya hubungan bukan muhrim yang melampau.. walaupun tak begitu pasti mcm mana kes sebenarnya tapi bagaimana gambar tu boleh ada menjadi tanda soal.. takkan org kat rumah ketika itu ramai kan?kalau ada orang pecah masuk rumah dah tentu wakil rakyat tu ada buat laporan polis.
    tambahan pula saya terbaca kat new strait time yang mengatakan wakil rakyat tu cakap ada kemungkinan ada lebih banyak gambar yang mungkin akan tersebar bagi mengaibkannya. ini menunjukkan bahawa dia tahulah wujudnya gambar-gambar tersebut sebab takde pulak dia lapor polis menyatakan ada orang yang ugut dia nak sebarkan gambar tersebut.
    saya ni nak kata ah lim sgt tak jugak.. tapi ambil berat jugak kalau contoh-contoh sebegini menjadi teladan generasi muda kita..

    ReplyDelete
  8. actually ni sume pihak same bersala la jugak..

    elizabeth xpatut buat gitu.
    pakwe die lg lah buat hal.
    then of course kalau perkara ni diuruskan secara rasional dan semua berfikiran terbuka maybe kan lebih bagus.

    ReplyDelete
  9. kalau semua orang boleh berfikiran terbuka dan rasional, tak akan ada masalah di dunia ni.. takda perang tak da kebuluran.. it would be a perfect world..

    ReplyDelete