Tuesday, February 17, 2009

Kurang ajar atau terlebih ajar?

Hormati Perlembagaan (Petikan Dari Berita Harian Online)
Tuanku Mizan beri amaran jangan gugat keharmonianKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh semua pihak ketika negara mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dihormati dan tidak dipersoalkan. Serentak itu, baginda mengingatkan semua pihak supaya sentiasa menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan jangan sesekali cuba untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengannya.
Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat semalam, Seri Paduka kesal kerana selepas 51 tahun negara merdeka, masih ada pihak tertentu cuba membangkitkan isu perkauman yang sempit serta menjadikannya perdebatan umum. Justeru, titah baginda, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum serta keamanan negara sentiasa terpelihara. "Hak setiap rakyat di negara ini, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Beta menyeru semua rakyat bersama-sama berusaha meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara.

"Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas untuk diamalkan," titah baginda. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak. Seri Paduka turut mengingatkan wakil rakyat supaya menunjukkan perilaku terpuji di Dewan Rakyat. Baginda sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan mereka sehingga memberi imej negatif kepada Dewan Rakyat dan negara.
"Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan," titah baginda. Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara. Prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Baginda juga mahu semua pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. "Beta memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu, termasuk melalui blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. "Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah Seri Paduka sambil meminta rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Tuanku Mizan bertitah, kerajaan juga mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan negara. "Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat," katanya. Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Baginda bertitah, bagi memastikan usaha membanteras rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang. "Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan Beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan," titah Seri Paduka.


Kata White Rabbit:
Kebelakangan ini, semenjak pilihanraya umum lepas, saya perhatikan semakin banyak isu-isu perkauman yang timbul. Jarang sekali Sultan campur tangan dengan urusan pentadbiran dan beri titah. Sekarang macam-macam titah dan amaran dah dikeluarkan tapi entah kenapa masih lagi ada yang menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan.

Adakah masyarakat kita kurang pengetahuan mengenai sejarah penubuhan negara? Bagaimana ia terbentuk? Syarat-syarat yang telah ditetapkan dan perkara-perkara yang harus diikuti untuk menjamin keharmonian negara? Kalau yang menimbulkan isu-isu ini orang yang tak berpelajaran, saya boleh terima. Tapi biasanya golongan yang terlebih sangat belajar yang menimbulkan isu-isu sensitif ini.

Mungkin bukan saja Melayu yang mudah lupa. Tapi Cina, India dan kaum-kaum lain juga mudah lupa. Lupa akan asal-usul dan bagaimana kita mula membentuk keharmonian ini. Keharmonian yang ketika itu kita namakan Malaysia.

7 comments:

  1. hormatilah perlembagaan

    Yg saya x paham cane kerajaan ley wat undang2 n pendekatan yg x mematuhi perlembagaan?
    cthnya PPSMI. sampai kan GAPENA nak saman kementerian Pelajaran Malaysia. Kalu math & sains tukar balik dlm BM, kitorg bakal cikgu ni yg jd mangsa sbb dah belajar dalam base inggeris, t tibe2 nak kena ajar dalam BM lak.Kalau dikklkan dlm BI, effect kat dak luar bandar plak. masalah2..
    yg GAPENA ni pun satu hal, dah bertahun2 PPSMI dilaksanakn baru nak saman. Apa kes?
    Kementerian pun sama, nak buat sesuatu tuh rujuklah perlembagaan dulu. Kalau kerajaan sendiri tak menghormati perlembagaan, cane nak suruh rakyat hormati.

    however,sy setuju ngan aper yg white rabbit ulaskan. x kira la bangsa apa pun, kite rakyat malaysia kena bersatu. hormat antara satu sama lain.
    PEACE..

    ReplyDelete
  2. Lain org, lain idea. Setiap org nak kan ideanya dilaksanakan. Waktu PPSMI dulu dirancang, takkan kemungkinan2 dan masalah2 yg timbul skarang ni tidak tfikir pun mula2 dulu. Baru skarang baru nak ambil tau akan efek2 nyerr.

    ReplyDelete
  3. ni bukan kurang ajar or terlebih ajar..
    ni KURANG MAKAN ASAM JAWA..
    (^_^)

    ReplyDelete
  4. yang jadi mangsanya guru malaysialah... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. check this out:
    http://profabdullah1.wordpress.com/2009/02/17/alahai-yang-berormat-alang-alang-berperibahasa-biar-betul/

    ReplyDelete
  7. Saya pun heran... macam-macamlah masalah dengan sistem pendidikan negara kita ni.. asyik nak gaduh dan tukar tentang perkara-perkara merepek..

    walaupun bahasa tu penting, tapi kalau mesej tak sampai kepada penerima.. baik kasi ayam je yang ajar bebudak tu..

    Yang menjadi masalah sistem pendidikan kita adalah pelajar dan guru kurang pengetahuan mengenai aplikasi pembelajaran dengan kehidupan sebenar iaitu setelah tamat pengajian. Perkara macam tulah yang patut diketengahkan.

    Sekarang banyak sgt pengangguran, yang ada ijazah menganggur dan yang gagal masa spm pulak ada yang jadi jutawan. Dari masalah pengangguran timbul pulak nanti gejala2 sosial yang negatif dan hutang semasa belajar pulak tak dpt nak byr. Takkan takde pihak yang dapat lihat realiti sebenar ni? Realitinya dasar pendidikan negara kita ni ada masalah besar dan tak sapa2 yang sedar.. Bangun Malaysia oiiiii!!!

    ReplyDelete