Tuesday, February 10, 2009

Sepakat yang tak membawa berkat?Betul ke?

Karpal desak Anwar undur
Pengerusi DAP selar Kit Siang, Guan Eng GEORGETOWN: DAP semalam meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat kerana mempromosikan budaya melompat parti dengan memancing wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Anwar tidak layak untuk menerajui Pakatan Rakyat kerana tindakannya mempromosikan politik lompat parti adalah perbuatan tidak bermoral serta menjejaskan imej Pakatan Rakyat.
Selanjutnya di... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090208232733/Article

Kata White Rabbit:
Apa dah jadi dengan pakatan rakyat ni? Tak ada sepakat langsung.. Dari dulu-dulu lagi saya dah rasa pakatan ni takkan lama punya.. Orang kalo nak berpakat kena ada tujuan, niat dan ideologi yang sama.. Ni kalo sorang nak bawak timur sorang barat dan sorang pulak selatan, macam mana nak gerak mana-mana? Siapa nak jadi ketua? Hujung-hujung baik lambung duit siling je.. Belum lagi memerintah kerajaan dah mula cakap dia ni tak layak dia tu tak layak.. Baru perintah sikit je dah nak naik kepala pulak.. Sampai Sultan pun nak saman ke?

Kapal... Kapal... alamatnya tak lama la karrier ko dalam dunia politikus ni.. Semua pun ko nak saman.. Kalau disitu bumi dipijak disitula langit kita junjung.. janganla nak junjung diri sendiri plak.. Malaysia negara berdaulat dan Sultan adalah lambang kedaulatan untuk semua rakyat Malaysia.. Kalo tak hormat Sultan maksudnya tak hormat semua rakyat Malaysia.. Ingatla.. Ko jadi pengerusi sebab rakyat yang melantik ko, bukan kerna ko menang kes di mahkanmah.. Anytime rakyat boleh tarik balik jawatan tu.. biar ko jadi loyar buruk je kat rumah.. Dunia ni bulat.. Tak selalunya kita diatas.. kekadang dibawah.. jadi masa kat atas tu janganla lupa diri..

7 comments:

  1. APA2 PUN...
    WAN TTP SOKONG BN..
    YEAAAHHHH!!!
    hahaha

    ReplyDelete
  2. betul,betul,betul. nang sik berkat. mundapat anta balit ke negeri asal. urg tua sik sedar dirik. mun nya nok saman si nuar sik juak hal. ngeredak rasa ati aku nanggar si tuuuut ya. mun dekat nang ku sirap dgn cat putih. sak nya nampak dikit diriknya pun..

    ReplyDelete
  3. Nama jak PAKATAN RAKYAT tapi daknya dlm ya dh mula nmpak sik sepakat. Lom apa2. Baruk 3 parti dlm ya....

    ReplyDelete
  4. kalo berkat dah takde... pakat walau mcm mana pun tak jadi jugak..

    ReplyDelete
  5. klaka lak rasa bile baca komen kat sini..dalam base sarawak..x paham mende..

    ReplyDelete
  6. hahahaha... translation jap...
    Komen Asal:
    betul,betul,betul. nang sik berkat. mundapat anta balit ke negeri asal. urg tua sik sedar dirik. mun nya nok saman si nuar sik juak hal. ngeredak rasa ati aku nanggar si tuuuut ya. mun dekat nang ku sirap dgn cat putih. sak nya nampak dikit diriknya pun..

    Alih Bahasa Oleh White Rabbit:
    betul,betul,betul.memang tak berkat.kalau boleh hantar balik ke negeri asal.Orang tua tak sedar diri.kalau dia nak saman si anuar takpe jugak.mendidih rasa hati aku tengok si tuuuut tu.kalau dia dekat memang aku simbah guna cat putih.. biar dia dapat tengok sikit diri dia..

    ReplyDelete
  7. Komen Asal:
    Nama jak PAKATAN RAKYAT tapi daknya dlm ya dh mula nmpak sik sepakat. Lom apa2. Baruk 3 parti dlm ya....

    Alih Bahasa Oleh White Rabbit:
    Nama je PAKATAN RAKYAT tapi mereka kat dalam tu dah mula nampak tak sepakat.Belum lagi apa-apa.Baru 3 parti dalam tu....

    hahahah... harap pembaca paham..
    Seronok jugak kerja2 mentranslate nih...

    ReplyDelete